Keesokannya,
Dikelas yang ketiga (madah hafalan).. semua sudah duduk manakala mawar seorang sahaja yang masih berdiri.Syarat untuk duduk pada kelas yang ketiga ini adalah hantar hafalan.. sekiranya tidak hantar.. maka, terimalah kepenatan berdiri selama dua jam.
"Mawar? Kamu tak penat ke asyik berdiri je? " soal ustaz bahar yang mengambil bahagian mahfuzat kelas tahun empat.
"Ustaz, saya ingat 5 ayat je.. tak cukup 10" jujur mawar sambil tundukkan wajahnya.
"Takpe.. hantarlah satu hari 5 ayat je.. asalkan kamu hantar." Kata ustaz bahar.
Mawar diam. Masih tunduk.
"Esok kamu tambah lagi lima ye? Ok.. saya keluar awal harini.. ada hal sikit."
Lepas sahaja dari ustaz bahar keluar.. semua memandang kearah mawar.
"Akak ni.. dah tahu susah nak ingat.. janganlah malas!" Perli dani.
Laila,izzati,dan nadia berpandangan. Sungguh pedas ayat dani itu.
"Susah sangat ke nak hafal? " kata layyin pula.
Mawar sudah tidak mampu menahan dirinya.. air mata turun melimpah kepipi.. tangannya menggenggam kain jubah.
"Akak.." laila cuba untuk memegang bahu mawar. Mawar memandang laila kemudian senyum.
"Xpe.. aku ok." Kata mawar kemudian menoleh arah syifa.
"Syifa, minta izin pergi tandas."
Pinta mawar. Nada serious."Ha? Ouh. Ok2.."
Mawar pun tinggalkan kelas empat.
Ppap!
Tiba2 sahaja abidah menepuk mejanya. Semua memandang belakang."Korang ni kan! Tahulah korang tu pandai.. tapi patut ke nak cakap macam tu dekat si mawar tu!? " marah abidah.
"Wuish... kak abidah bersuaralaaa.." soleha berseloroh. Dia ni memang suka seloroh tak kena tempat.
"Korang tengok nemang aku ni diam je.. duduk sorang je.. tapi ingat aku pekak? Buta? Mawar tu! Sebaya aku taw, dani! Kau sedar tak yang kau terlalu biadab tadi? " abidah menjegil mata arah dani.
"Tak betul ke ape yang saya cakap? " dani menjeling.
Laila adik kepada dani tiba2 rasa bengang dengan kelakuan sombong kakaknya itu.
"Dia ni kan! Suka hati je kata orang malas! Dia tu pun bukannya rajin ulang kaji pun. Banyak sembang je! " tengking laila.
"Hello! Akak sembang2 pon.. akak paling tinggi hafalan yer.." balas dani.
"Sebab tu lah awak tak faham orang yang macam mawar tu." Selit abidah. Sejurus kunci mulut dani.
Memang hakikat pelajar pandai amat susah nak memahami orang yang kurang pandai. Bagi mereka mudah.. tapi mereka lupa.. otak kita semua bukan sama. Kan?
"Korang.. maaf, akak cakap aku, kau. Tadi.. maaf akak kasar." Abidah meminta maaf.. dia memang sudah hilang sabar.. lagi2 dengan pelajar yang suka merendahkan orang ni.
---
Waktu qailullah (tidur tengahari) .
Laila dan izzati duk melepak dikatil nadia.. bercerita tentang ustaz die (rusydie) diorang tu.
"Kak nadia.. kenapa dari tadi akak tengok kak mawar tidur?" Tegur laila yang perasan sejak dari mula dia cerita lagi.. si kak nadia ni dok tengok mawar.
"Kesian kak mawar kan? Kenapa semua nak marah dia eh? " soal nadia.
"Tapikan, lagi pelik bila kak mawar still boleh gelak2.. happy2.. kalau akulah... peh! Tak sanggup weiiih!" Kata izzati.
KAMU SEDANG MEMBACA
Cintaku Di Sempadan THAILAND
RomanceCerita ini mengisahkan tentang cinta seorang pelajar Yang bernama, Mawar binti Abu samah. Seorang pelajar yang dianggap sangat nakal di maahad mukminin. Cinta yang pertamanya, akmal sudahpun meninggalkan dia.. manakala orang Yang kedua.. dia mula...