Episode 1

41 0 0
                                    

Pagi yang cerah. Dalgu terbangun dari tidurnya. Dia terus mandi dan pergi meninggalkan kondominiumnya. Sementara itu, Sang Hye Jin sedang merawat seorang pesakitnya.
" Tarik nafas...hembus. Baiklah Kim Do Kyung kamu telah lulus ujian saya." Setelah menunggu 3 bulan akhirnya Do Kyung keluar dari hospital." Terima kasih doktor." Kata Do Kyung. "Sama-sama." Do Kyung berjalan pulang bersama ahli keluarganya. Dalgu pergi ke tempat membuat bual bicara. "Kamu hendak pergi ke mana Hye Jin?" Kata Hae Soo kawan baiknya." Bukankah saya ada rancangan bual bicara hari ini." Balas Hye Jin. "Hmm betul juga itu cepat pergi nanti terlambat padan muka." Hye Jin membalas senyuman. "Bye." Dalgu sudah duduk di kerusi itu selama sejam. Setelah Hye Jin sampai, dia telah dimarahi oleh juru mekap itu." Mengapa awak lambat kita sudah mahu mula tau tak!" Hye Jin seorang yang membantah." Tadi saya ada kerja kan. Cuba awak jadi doktor." Juru solek itu bertekak dengannya. Dalgu telah melihat pertengkaran itu. Dalgu segera meredakan pertengkaran itu. "Sudah! Jangan bertengkar lagi. Membazir masa dan tenaga saja." Mereka pun meredakan pergaduhan itu. Setelah bertengkar mereka pun duduk di kerusi berlainan. Pengacara itu pun menanyakan pelbagai soalan kepada mereka. "Jadi, Dalgu boleh beritahu pengalaman menjadi seorang penyanyi tak?" Dalgu menjawab dengan tenang. "Boleh saja. Pengalaman menjadi seorang penyanyi sangat menyukarkan." Kemudian pengacara itu bertanya. "Boleh saya tahu apakah yang dikatakan sukar itu." Namun Dalgu masih menjawab dengan tenang. "Nak dikatakan sukar ialah apabila kamu berada di konsert atau dimana saja kamu akan di serbu oleh peminat dan kamu terpaksa menandatanganinya. Saya tahu walaupun kamu fikir ini menggembirakan tetapi lama kelamaan kamu akan faham." Pengacara itu terdiam sebentar lalu dia terus menanyakan soalan kepada Hye Jin pula. "Baiklah Hye Jin,giliran awak pula. Apakah pengalaman menjadi seorang doktor?" "Baiklah,sebenarnya menjadi doktor lagi rumit sebenarnya." Balas Hye Jin kepada pengacara itu sambil marah. Lalu dia menamatkan sidang bual bicara tersebut dengan tiba-tiba. "Sidang hari ini tamat ya."
...........................................
Senyap antara mereka. Hye Jin terus meninggalkan sidang itu dengan perasaan geram. Dalgu pun pulang kerumahnya untuk menukar baju kerana dia mempunyai konsert malam ini. Apabila dia sudah menukar baju dan terus itu, riuh rendah kerana ada kemalangan berlaku disitu. Dalgu segera meletakkan keretanya di tempat letak kereta yang sesuai. Dia segera meluru ke tempat itu tiba-tiba Woo Chan menyergahnya dari depan sambil kepalanya berdarah. "Ish awak ni buat terkejut saja." Marah Dalgu kerana sergahnya. "Alaa rileks lah." Woo Chan cuba menenangkan kawan baiknya. "Mengapa awak sergah saya? Dahlah kepala berdarah."
Woo chan meminta maaf kepadanya. Oleh kerana Dalgu seorang yang tenang dan pemaaf. Dia pun memaafkannya. Dalgu terus menepis Woo Chan untuk melihat apakah yang terjadi. Woo Chan terus menarik Dalgu supaya pergi ke konsert itu. "Marilah pergi. Melambatkan masa saja." Kata Woo Chan sambil menarik kawan baiknya itu. Nanti saya pergilah." Kata Dalgu. "Dah tiada masa lagi cepat sebelum terlambat." Kata Woo Chan. "Hmm, betul juga itu." Mereka terus pergi ke konsert itu. Dalgu terus menyanyi lagu Who You. Sambil menyanyi dia melihat ke arah Woo Chan sambil menunjuknya. Di situ ada Hye Jin. Hye Jin merupakan peminat tegar Dalgu. Dia terus melihat Dalgu. Setelah selesai persembahan tersebut, Hye Jin telah meminta tanda tangannya. Dalgu pun menandatanganinya. Hye Jin berasa gembira kerana telah mendapat tandatangan penyanyi kegemarannya. Dia pun menggantungkan kertas yang telah dintanda tangan itu didepan pintu biliknya.

Amytal LoveWhere stories live. Discover now