Hye Jin telah menggantungkan kertas yang telah ditanda tangan itu di depan pintu biliknya. Kemudian terus tidur dengan perasaan yang gembira. Sementara itu, Dalgu dalam perjalanan balik kerumahnya. Dia juga membawa Woo Chan bersamanya kerana dia ingin menghantar Woo Chan pulang. Keesokan harinya, Hye Jin telah dikejutkan oleh Soo Kwang iaitu jiran biliknya. "Oi! Bangun cepat nanti terlambat. Bukankah harini awak ada mesyuarat." Hye Jin terus memekakkan telinganya. Soo Kwang terus mendapat idea. "Hye Jin bangun cepat, Dalgu dalam perjalanan kerumah kita!" Apabila Hye Jin mendengar itu, dia terus melonjak kegembiraan. "Apa?! Ya ke." Soo Kwang terus berkata. "Mana ada dia nak datang cepat cepat nanti terlambat padan muka." Tiba-tiba loceng rumah mereka berbunyi. Kring. "Hye Jin kalau awak membuka pintu saya akan beri awak cuti." Kata Soo Kwang. "Betulkah baik saya buka sekarang." Hye Jin terus meluru ke arah pintu rumah mereka. Apabila dibuka, Dia terus menutup mulut dalam perasaan teruja sambil berkata "Oh My God." Kerana didepannya ialah Kwon Dalgu. "Mengapa? Awak teruja? Kamu akan hilang keterujaan kamu kerana saya akan menjadi jiran bilik kamu yang baru." Jelas Dalgu kepada Hye Jin. Hye Jin tidak mampu kata apa-apa. Soo Kwang berasa pelik kerana senyap di bawah sana. Dia pun pergi kesana sambil berkata "Hye Jin mengapa awak...." kata-katanya terhenti disitu kerana melihat Dalgu didepannya. Soo Kwang sangat terkejut melihat Dalgu."Mengapa dia..?
"Saya akan menjadi jiran bilik kamu." Belum sempat Soo Kwang bertanya, Dalgu telah menjawabnya. Hye Jin masih terpaku melihatnya. Dalgu terus masuk kerumah itu.****
Dalgu duduk di sofa tengah sambil meminum air. Soo Kwang melakukan yang sama. "Mengapa awak perlu tinggal disini?""Tidak bolehkah saya mahu tinggal disini?" jawabnya secara spontan.
"Rumah-rumah disini sememangnya kelihatan moden. Harganya juga murah,"
Mereka berdua terdiam.
Tidak lama selepas itu, Soo Kwang terus menunjukkan biliknya. Dalgu pun masuk ke kedalam biliknya. Dia berasa puas.
Pada waktu malam ketika Dalgu sedang menulis lirik lagunya, tiba-tiba pintu biliknya diketuk.
"Hei, Dalgu buka pintu ini,"
"Mengapa saya perlu membuka pintu ini," jawabnya sambil menulis lagu.
"Buka sahajalah,"
Dalgu pun meluru ke pintu biliknya lalu dibuka pintu biliknya. Hye Jin berada di depan pintunya.
"Mari turun makan,"
Hye Jin terus pergi ke tangga namun terhenti disebabkan Dalgu yang masih bingung tentang ini."Cepatlah!" Hye Jin menyuruhnya.
Dalgu pun turun mengikutnya. Dalgu berasa pelik kerana di meja makan terdapat beberapa makanan dan minuman.
Sudah menjadi kebiasaan untuk turun pada pukul 10.00 p.m.
"Hei, mengapa lambat sangat?"
Tanya Soo Kwang. Hye Jin menunjukkan jarinya kearah Dalgu. Mereka berdua pun duduk di meja makan. Diatas meja makan, terdapat dua botol bir dan tiga keping roti. Soo Kwang dengan tiba-tiba menghulurkan sebotol kepada dalgu. Dalgu mengambilnya dengan rasa kekok. Hye Jin mengambil tanpa diminta. Sepatutnya perlu dituang ke cawan tetapi Dalgu terus meminumnya. "Hei, hei, bukannya macam itu lahh!"Dup.
Dalgu telah menghabiskan sebotol. Hye Jin ternganga melihatnya. Dalgu mabuk.
"Haish, kamu ni, mengapa kamu minum dengan gelojoh?"
"Saya tidak pernah minum sebelum ini,"
"Haih kamu harus belajar dahulu,"
Dalgu telah mabuk lalu mennundukkan kepalanya. Tiba-tiba Dalgu bersuara. "Hei, kamu yangmemarahi saya hari itu kan?"
"Apa?"
"Ya, kamulah orangnya. Yang telah memarahi saya ketika di program itu,"
"Kamu tidak boleh salahkan saya. Saya tertekan ketika itu,"
Dalgu terus meninggalkan meja itu. Dan disusuli oleh Hye Jin. Soo Kwang memegang rambutnya.
"Apa yang saya perlu buat dengan mereka ini."
YOU ARE READING
Amytal Love
FanfictionKwon Dalgu, seorang penyanyi terkenal manakala Sang Hye Jin seorang doktor pakar psaiktari. adakah mereka akan menjadi pasangan yang secocok.