Daripada sikap mudah memandang hina orang lain, terbentuklah satu lagi sikap keji iaitu takbur. Takbur ialah rasa diri lebih baik, mulia daripada orang lain. Awas, cukuplah dengan sekelumit takbur di hati, tertutuplah pintu syurga untuk kita.
Rasulullah bersabda:
"Tidak akan masuk syurga, siapa yang ada dalam hatinya walau sebesar zarah rasa takbur!"
Seorang sahabat bertanya:
"Bagaimana dengan seseorang yang sukakan bajunya yang elok-elok, sandalnya yang elok-elok."
Rasulullah pun bersabda,
"Sesungguhnya Allah Maha Cantik, suka akan kecantikan. takbur itu, menyanggah kebenaran[kerana ego] dan menghina orang lain!" (Riwayat Muslim)
![](https://img.wattpad.com/cover/70752363-288-k159663.jpg)
YOU ARE READING
Ruginya Amalan Kita
ContoAntara penentu amal kebaikan kita diterima Allah bergantung kepada sebaik mana hubungan kita sesama manusia. Akhlak dan amalan, ibarat kuku dengan isi. Andai terkopeknya kuku di atas, meranalah isi di bawahnya. Andai buruknya akhlak, sia-sialahh seg...