tarik aku ke syurga

387 3 1
                                    

Alquran oh alquran, dirimu setia sebagai peneman. Dari kecil hinggalah besar, dirimu ada sebagai penenang. Dunia ini terasa sepi, jiwa ini terasa kosong sekali. Tiada peneman tiada siapa peduli, ku terus gagah mengukir senyuman walaupun hati sentiasa muram.Lalu aku terus berdiri, memandang langit yang sentiasa tenang.matahari yang mula memberi pancaran. Awan pula putih kebiru-biruan. Ya tuhan mengapa aku tidak secerah matahari setenang awan.? Siapa kah aku di mata mu ya tuhan? Mengapa aku terus di uji dengan kesakitan? Ya tuhan tunjukkanlah aku kebenaran. Pimpinlah aku jika aku dalam kesesatan.


Lalu diriku terus mengambil tikar sembahyang. Solat dhuha mula aku kerjakan. Air mata mula mengalir deras tanpa paksaan. Mengapa aku di uji dengan kesakitan yang tak pernah padam? Lalu bibir mengukir senyuman. Ya rabb, aku tidak tahu mengapa kesakitan terus sahaja menjalar, tenang kan lah aku ya rabb untuk menghadapi kesakitan ini. Engkau yang memberi kesakitan engkau jua yang menyembuhkan.

Tika diri duduk di tikar sembahyang, terdengar satu suara memanggil penuh kesyahduan.Lia! meh tolong mak kat dapoq. Banyak kerja ni. Dok teperap kat bilik tu kenapa? Ibu memanggil memerlukan pertoloongan. Aku terus sahaja melipat tikar sembahyang. Ku tanggalkan telekung lalu ku letakkan di atas katil. Menjadi rutin dalam hidupku, menolong emak di dapur adalah tugasku. Maklumlah anak pertama. Aku ada 4 orang adik beradik. Semuanya masih kecil, masih belum mengenal tuhan.Akulah yang paling besar. Tetapi sayang seribu kali sayang, besar hanya pada badan. Tapi ilmu setipis bawang.


Seusai menolong emak memasak, mak dengan abah mengajak ku berbincang, mereka ingin menghantar aku ke asrama. Aku terkejut bukan kepalang! Lalu abah terus memberi jawapan. Abah hantaq hang p asrama bukan apa, asrama tu bole didik hang jadi orang. Bila dok asrama hang didik untuk berdikari, kat sana hang akan di ajaq ilmu agama.. Kami bukan hantaq hang p asrama saja2. Kami hantaq supaya hang jadi orang berguna.Hati yang mulanya resah, menjadi tenang.Dengan kata2 abah, ku tanamkan azam, belajar rajin2 agar dapat berbakti kepada mak dan abah bila aku sudah besar.

Hari yang dinanti sudah pun bermula, kini diriku meniingkat remaja. Pertama sekali kedunia asrama, berbagai ragam hidup manusia. Ada yang peramah ada yang pemarah, ada yang menjeling ada yang diam seribu bahasa. Aku terus duduk mengawal amarah. Nafsu terus sahaja menganggu jiwa., syaitan pula terus menggoda, Baliklah ke rumah! Engkau tak sesuai dok asrama! Cuba ko tengok xda sorang pun nak kawan ngan ko! Baik ko balik p rumah lagi bagus! Ku terus memejamkan mata. Kata2 abah terus sahaja bermain di minda. Bayangan mereka wujud serta merta. Senyuman terus terukir bibir mula beramah mesra. Sifat negative terpisah jua.




Hari berganti hari. Kini diriku menginjak dewasa, umurku sudah mencecah 15 tahun duk asrama. Pelbagai pengalaman ku pendam di jiwa. Walau diri duduk asrama, diriku seorang tiada peneman.Aku suka beramah mesra, tapi dalam kemesraan ada batasan. Ku jaga stiap pergaulan, ku jaga setiap bait-bait tutur perbicaraan.Ku ingat lagi pesan guruku, pesan abahku, jagalah tutur katamu dalam percakapan kerana dengan percakapan bole memusnahkan tali persahabatan boleh jua merapatkan ukhwah sesama insan. Ku ingat pesan itu hingga sekarang.

Di sekolah ini aku di temukan dengan seorang guru yang tegas dalam percakapan tapi lembut dalam pergaulan. Dialah warden yang sangat aku sayang, dia jualah yang mengajar aku mengenal tuhan. Dia mengingatkan aku tentang beribadah kepada tuhan. Dia jua yang mengajar aku bangun tahajud setiap malam. katanya dengan kuasa tahajud hati kita menjadi tenang. Apabila kita solat tahajud,malaikat turut datang mendoakan. Dengan tahajud, allah memberi lebih banyak kekuatan untuk kita menghadapi ujian..janganlah tinggal tahajud, walau kelak sekolah ini nanti engkau tinggalkan. Persahabatan aku dengan guruku mendapat perhatian seluruh sekolah. Ramai yang dengki cemburu buta. Katanya aku ini suka mengambil perhatian guru sahaja. Kesedihan hanya di pendam di jiwa, jika di luah, tiada gunanya.Ku lakukan kehidupanku seperti biasa. Ku tidak pernah kesah apa yang di kata,yang penting diriku rapat kerana ilmu yang ada padanya. Guru .. walau dirimu tegas di mata muridmu. Tapi sifatmu hanya allah yang tahu.

Tarik Aku Ke SyurgaWhere stories live. Discover now