Dihadapan wanita
Persis malaikat subuh
Namun dibelakangnya
Umpama anjing kacukan syaitanLelaki juga pendosa tegar
Pelbagai dosa dilakukan
Katanya tua baru taubatMati mu tidak menunggu tua
Tidak menunggu kau bersedia
Lelaki punya tanggungjawab banyak
Tetapi hanya 1/4 yang dilaksanakanHawa nafsunya besar
Jika mampu mengawal
Ia dikira pahala
Jika tidak mampu dikawal
Membawa kehancuran hidup insanTetapi mungkin ada
Lelaki yang soleh
Yang mampu mentarbiahkan
Lelaki lelaki yang lain
Sehingga menjadi soleh juga
Sehingga bumi ini ceria bersama solihin