"Aku dah bagi kau tempoh yang kau nak. So, mana duit aku?" Suga berdiri dengan malasnya ke arah lelaki yang duduk dengan kepala menunduk ke bawah.
"Kau tahu kana apa yang jadi dekat orang yang tak bayar?" Suga mengacukan pistol ke kepala lelaki tersebut, menyebabkannya bergegar ketakutan.
"A-aku j-janji aku akan b-bayar. S-seminggu l-lagi Tuan Suga" kata lelaki tersebut gagap sambil memandang Suga dengan penuh harapan.
"Seminggu? Pft. Baik mampus je" Suga tersenyum sinis.
"Annyeong" Suga menekan picu pistol dan bunyi tembakan memenuhi lorong sunyi di kawasan gelap Seoul.
"Wah. Daebak" suara seorang perempuan yang tak asing lagi pada Suga kedengaran dan Suga berpusing untuk memandang J, musuh ketatnya dalam dunia gelap Seoul, dunia mafia dan gangster.
"J. Apa yang kau buat dekat kawasan aku?"
"Takde sebab pun. Cuma nak melawat musuh ketat aku" jawap J dengan nada sinis.
Annoying
Suga mengangkat pistol dan menghalakannya ke arah J, yang nampak tenang mahupun nyawanya boleh melayang dengan satu tembakan.
"Blah J, sebelum aku tembak" Kata Suga lagi, suara tidak berapa kedengaran kerana ditutup oleh topeng muka yang dipakainya untuk melindungi identitinya sebagai ketua gangster terkuat Seoul, Suga.
"Two can play this game" kata J sambil mengambil pistolnya dari poket jeans ketatnya.
Mereka berdua kini berada dalam posisi berjaga-jaga, Jihyo menghalakan pistolnya ke dada Suga dan Suga menghalakan pistolnya ke kepala J.
"Aku akan tembak –"
Bunyi kereta pihak polis memberhentikan niat mereka berdua dan kedua-dua mereka bergerak untuk melarikan diri.
"Annyeong Suga" lambai J sebelum bergerak pergi.
"Pft. See you soon J" Suga berlari ke dalam malam gelap Seoul.
YOU ARE READING
Gangster tu ... DIA ?!
FanfictionJihyo dan Yoongi merupakan dua orang ketua gangster yang terkenal sebagai musuh ketat di Seoul. Mereka berdua bencikan sesama sendiri pada waktu malam dan rakan sekelas yang jarang bertegur sapa pada waktu siang. Semua berubah apabila cikgu Sains me...