Aku mencium bau cinta,
Waktu aku melepasi seorang ibu
sedang memarahi anaknya.
Aku mencium bau cinta,
Memerhati si adik meladeni abangnya.
Aku dapat mencium aroma cinta itu,
pada dua orang yang saling bertelingkah.
Aku merasakan cinta,
pada sang ayah yang sabar
menunggu tatihan anaknya.
Aku melihat cinta,
ketika dua manusia yang menjalani haluan berbeza
bertemu pada satu paksi yang sama.
Waktu aku mendengar dua hati yang saling menyakiti,
Aku masih dapat merasa dan mencium
bau cinta.
YOU ARE READING
Aku Hanya Mahu Menulis
PoetryBecause I'm not good at verbal communications... Kerana mereka tidak mahu cuba untuk mendengar...