Hujan

7 3 1
                                    

Pada setiap derap air yang menitis,
Irama itu membuat aku menghilang
dalam masa yang tidak pernah
mahu berhenti,
Dalam setiap bunyi aliran,
aku melayari semula cerita-cerita.
Aku tidak menyukai hujan
Hujan sering mengingatkan aku
pada masa lalu.
Aku tidak membenci hujan,
Titis-titis air pada kaca tingkap kamarku
membuah tenang dalam candu .
Aku tidak menyukai hujan
kerana pada penghujung jalan basah,
waktu aku kuyup melalui lorong-lorong panjang itu,
aku akan sering melihat sosoknya.
Aku tidak membenci hujan.

Aku Hanya Mahu MenulisWhere stories live. Discover now