Nazneen membuka matanya perlahan-lahan. Kepalanya terasa sakit. Dia perasan dia terikat di kerusi. Mulutnya juga di tampal dengan plaster. Nazneen meronta-ronta cuba melepaskan dirinya. Malangnya dia diikat dengan kuat sekali. Kedua-dua belah tangannya diikat di tepi kerusi. Dia pandang ke arah kiri. Fuad sedang terbaring berlumuran darah sama macam bibik tadi. Jadi siapa punya angkara semua ini.
Dia melihat ke arah kanan. Satu susuk tubuh berpakaian serba hitam sedang duduk di hadapan sebuah piano berwarna putih. Nazneen cuba melihat wajah lelaki itu namun gagal. Jari jemari lelaki itu lincah mengetuk satu persatu papan kekunci piano hingga membentuk sebuah lagu. Nazneen kenal lagu itu. Lagu yang sering menghantuinya. Lelaki itu kelihatan sangat tenang. Nazeen hanya mampu memerhati sahaja.
"Hello Nazneen... aku akan ambil nyawa kau tepat pada masa kau ambil nyawa orang yang aku sayang..." lelaki itu tersenyum sinis. Lelaki itu berpaling. Nazneen terkejut melihat pemuda itu. Kenapa mesti dia.
Wajah itu kelihatan sangat tenang dan tampan. Tak terlihat raut seorang pembunuh di wajah lelaki itu. Senyuman sinis lelaki itu kelihatan sangat manis di mata Nazneen. Kenapa mesti dia. Nazneen mengeluh lemah. Nazneen terpandangkan sesuatu. Di tangan lelaki itu terdapat sebilah pisau. Nazneen pasrah. Andai lelaki itu puas dengan kematiannya dia redha.
"Kasihan dia. Jadi kambing hitam dalam rancangan aku. Memang dia gila tapi tak cukup gila macam aku!" lelaki tadi menggaru kepalanya. Dia menolak badan yang terbaring di lantai dengan kakinya. Tiada tindak balas. Mungkin sudah mati. Nazneen semakin takut. Lelaki itu mendekatinya dan bergerak mengelilingi tempat dia diikat.
"Kau ingat tak kemalangan lima tahun lalu... kereta kau bergesel dengan kereta kancil berwarna merah di Bukit Antarabangsa. Pemandu kereta kancil tu tak mati tapi dia lumpuh.Tapi dia tak boleh terima hakikat dia tak sempurna. Dia perlukan kaki dia untuk menjadi pemain tenis yang berjaya. Dan akhirnya dia mati kerana murung..."
"Dan untuk pengetahuan kau pemandu tu adik aku!" nada suara lelaki itu turun naik. Sarat dengan kesedihan dan emosi. Pisau ditangannya bergoyang-goyang sebagaimana tangan lelaki itu bergerak mengikut penceritaannya.
"Kaulah pembunuh adik aku! Aku dah janji dengan mak aku yang aku akan jaga adik aku! Tapi kau dah bunuh dia sebelum sempat aku tunaikan janji aku!!!" lelaki tadi menjerit nyaring di telinga Nazneen. Nazneen menggeleng-gelengkan kepalanya. Dia tak membunuh sesiapa pun. Dia bukan pembunuh.
"Mak aku pernah cakap lagu dan irama tak pernah dapat dipisahkan. Begitu juga aku dan adik aku... tapi kau... kau dah bunuh adik aku! Kau pembunuh..." lelaki itu ketawa sekuat-kuat hati.
"Andai di pisah lagu dan irama... lemah tiada berjiwa... hampa..." lelaki itu menyanyikan lagu Getaran Jiwa. Dan ketawa lagi seperti orang hilang akal.
Nazneen cuba menjerit tapi suaranya tersekat dek plaster. Kerusi yang diduduki Nazneen bergoyang-goyang akibat rontaan Nazneen. Air mata mengalir deras di pipinya. Dia tidak menyangka itu penyebab dia terikat di sini. Dia bukan pembunuh.
"Hukuman untuk kau sekarang adalah mati perlahan-lahan sama seperti orang yang aku sayang mati... kau akan rasa sakit hingga ke akhir hayat kau. Sama macam adik aku!"
Pisau Rambo di tangan lelaki itu digerakkan di lengan Nazneen. Darah merah mengalir perlahan. Nazneen terasa pedih namun dia tidak berdaya untuk melawan. Tangannya terikat pada kerusi. Dan seterusnya tapak tangan Nazneen menjadi mangsa.
"Tangan ni yang pengang stereng kan. Jadi tangan ni patut terima hukuman jugak..." tapak tangan Nazneen di toreh dengan pisau. Nazneen cuba meronta lagi. Namun dia kehabisan kudrat. Dia terasa lemah melihat darah di lengan dan tapak tangnnya. Akhirnya jeritan Nazneen mengendur.
YOU ARE READING
Ada Apa Dengan Lagu
Misterio / Suspensoprojek cerpen yang kedua genre psikothriller.