"I ada appoinment dengan sesiapa tak hari ni?"
Reza Shah. Hidupnya hanya kerja, kerja dan kerja. Tiada istilah kekasih dalam hidupnya kerana bagi dirinya, perempuan hanya tahu mengikis, menggedik dan mengada-ngada.
"Ada, tuan. Jam 10 pagi tuan ada meeting dengan Dato' Harun dari S.A Holdings. Jam 1 tengah hari, tuan ada lunch dengan Tan Sri Yahya. Itu saja, tuan."
Reza mengangkat sebelah keningnya.
"Itu je?"
"Ya, tuan."
"I nak you batalkan semuanya."
"Tapi tuan, meeting tu semuanya penting."
"Oh ye? Kalau macam tu you je la yang attend semua meeting tu." Reza berkata dalam nada sinis. "Now, you may leave."
"Tapi---"
"I said leave!"
Terkulat-kulat Allisa apabila ditengking oleh majikannya itu.
"M-maaf, tuan. Saya keluar dulu."
Reza mendengus geram.
Kejadian semalam betul-betul mengganggu emosinya pagi ini. Habis semua pekerja ditengkingnya.
"Reza... bila you nak kahwin dengan I? Parents I dah bising la, yanggg..."
Meluat Reza melihat wanita yang berada di hadapannya itu. Seksi nak mampus!
"Apa you merepek ni? I takde janji ape-ape pun yang I nak kawin dengan you la. I banyak kerja ni. Balik la.."
"Sayang... sampai hati you halau I. I bagitau your daddy!"
Reza memandangnya dengan pandangan meluat.
"Aku kisah apa kau nak bagi tau daddy?? For your information, Miss Julia, I dah nak kawin next month. So, you boleh blah la!"
Reza memberi seenyuman sinis.
"What??! How could you, Reza? No! No way! I tak percaya! Setahu I, you takde girlfriend pun. Well, you sendiri pun tau kan yang you ni kaku. Mana ada girls nak dekat dengan you melainkan I. Am I right, Mr Reza?"
Kini giliran Julia pula tersenyum sinis.
Reza tidak mahu kalah. Perempuan gedik di hadapannya itu perlu diajar agar tidak mengganggunya lagi.
"We'll see. Tunggu je la kad jemputan sampai dekat rumah you!"
Julia mendengus.
"Fine! I tunggu! Kalau you tipu I, you tau kan apa I akan buat? I akan pastikan you jadi milik i. FOREVER!"
Julia terus mencapai handbagnya di atas meja dan berlalu pergi. Pintu dihempas kuat.
Reza tersenyum sinis.
***
'Tadi kau yang tanya lepas tu nak marah-marah aku pulak? Mereng betul mamat sorang ni.'
Allisa menghempas fail di atas mejanya.
'Kalau tak sebab aku perlukan kerja, dah lama aku angkat kaki dari sini!'
Apa saja yang diomelkan oleh Allisa. Nasib baik tiada orang di situ kalau tidak mesti dia sudah dicop sebagai orang gila.
"Lis! Masuk bilik I."
Interkom berbunyi.
'Apa lagi dia nak? Tadi bukan main sedap halau aku!' Desis Allisa.
Tok! Tok! Tok!
"Come in!"
Allisa membuka pintu dengan berhati-hati. Takut dimarahi lagi.
"Ye, t-tu-an?"
Terkulat-kulat Allisa berdiri di hadapan meja majikannya itu. Risau sekiranya dia dimarahi lagi.
"Sit!" Arah Reza.
Allisa seperti robot yang mengikut saja apa kata majikannya itu. Dia menarik kerusi dan duduk bertentangan dengan Reza. Kepalanya ditundukkan. Takut untuk bertentang mata dengan majikannya itu.
"I'm so sorry. I tak berniat nak tengking you just now. Otak I serabut."
Reza menghela nafas.
Allisa memandang wajah majikannya itu seolah-olah tidak percaya.
'Lelaki yang keras hati, payah nak senyum ni minta maaf dekat aku? Biar betul?' Allisa seolah-olah tidak percaya dengan apa yang baru saja didengari sebentar tadi.
"Lis? Do you hear me? I bercakap sorang-sorang ke ni?"
Reza mengawang-awangkan tangannya di hadapan Allisa yang dilihat seperti kebingungan itu.
"Err... yes?" Allisa memandang Reza yang sedang memerhatikannya.
"You dengar tak apa I cakap tadi?" Soal Reza dengan nada yang sedikit tegas.
Allisa menggeleng. Lebih baik dia jujur daripada dimarahi sekali lagi.
"You ni berangan ke? I said I'm sorry. Sebab marah you tadi. I tak berniat pun. Got it?"
Allisa hanya mengangguk.
"Takpe, tuan. Saya dah biasa. Eh! M-ma-maksud saya, takpe...saya okay je... Tak ambil hati pun..." Terang Allisa tergagap-gagap.
'Apa aku cakap ni?' Allisa menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu.
"Okay. You may go."
Allisa mengqngguk lalu dia terus bangun dari kerusi empuk itu.
Baru saja Allisa mahu memulas tombol pintu, namanya diseru.
"Lis..."
Allisa berpaling memandang Reza.
"Err.. nothing. You may go."
'Ape benda la dia ni?'
Allisa menggeleng lantas meninggalkan bilik itu.
YOU ARE READING
Syarat Kahwin Kita ✔
RomanceAndai jodoh itu milik kita, sejauh mana kau berlari, aku pasti akan mendapatkanmu. Ikuti kisah Reza Shah dan Allisa dalam menempuh liku-liku percintaan mereka dalam SYARAT KAHWIN KITA