Bab 2: Fairuz

7 0 0
                                    

Setelah Faris pulang ke rumahnya bersama pak saad, faris ternampak sebuah kereta mewah yang jarang dilihat berada di hadapan rumahnya.

*aikk kereta siape pulak nih.. tak pernah tengok pun sebelum nih.. mungkin sedare mare jauh kot datang nak jenguk mama* kata hati faris yang tertanya-tanya siapa pemilik kereta itu.

Pak saad ternampak Faris termenung sambil melihat kereta mewah itu, lalu pak saad kejutkan faris "heip faris.. haa termenung ape tuh.. kita da sampai da nih.. tanak keluar ke?" Faris terkejut dengan teguran pak saad.

"Ehh. Apela pak saad nih terkejut saye.. tadeklah. Saya cuma musykil dengan kereta mewah yang ada depan rumah saye tuh. Kereta sape tu pak saad?" Lalu pak saad menjawab sambil sedikit ketawa kerana faris terkejut dengan teguranya sebentar tadi.

"Haha apela faris nih.. haa tu kereta abang ruz kamu la. Dia baru balik pagi tadi da.."

faris terkejut apabila dengar nama abang nya itu, fairuz merupakan anak pertama dari 5 orang adik-beradiknya dan fairuz tua dua tahun darinya. Fairuz telah sambung belajar di london iaitu University Of London (UOL) dimana kebanyakkan pelajar di UOL merupakan anak-anak orang berada dan sebahagiannya anak kerabat, anak menteri dan ada juga anak jutawan.

Fairuz telah lama tidak pulang ke malaysia sejak tiga tahun lepas dan apabila abangnya fairuz tiba-tiba pulang ke rumahnya, Faris menjadi semakin musykil dan tertanya-tanya tentang kepulangan abangnya itu ke rumah.

"Assalamualaikum.. ma.. faris da pulang.." faris mulakan langkah masuk ke rumah. "Haa faris.. sini abang ruz kamu dah pulang ni.." mamanya memanggil faris yang baru melangkah masuk ke dalam rumah agam itu.

Mama faris dari keluarga yang biasa dan sederhana tetapi papa Faris disebaliknya iaitu merupakan keturunan kerabat. Mamanya digelar kak Oji sempena namanya fauziah binti nawawi.

Papanya pula digelar bang ismail, namun nama panjang papanya adalah tengku roslan ismail bin tengku sarip.

Selepas dipanggil oleh mamanya lalu Faris menuju ke arah ruang tamu kerana mama dan abang ruz berada di situ.

Faris hulurkan tangannya ke arah abang ruz untuk bersalam dengan abang nya itu. Lalu abang ruz membalas salam faris yang merupakan adiknya.

Faris duduk disebelah mamanya sambil memberi senyuman ke arah abangnya. "Abang ruz camne sekarang? Sihat? Okey tak belajar kat sane? Emm abang ruz tadek teman special ke kat sane? Hehe"

abang ruz tersengih apabila terdengar soalan yang diberi oleh adiknya itu. "Haha ape nih abang baru balik da tanye sal teman special.. abang okey je duduk sane.. alhamdulillah buat mase sekarang abang masih sihat walafiat.. sal teman special tu tak la special sangat just kawan-kawan biase je.." abang ruz menjawab sambil tersipu malu apabila ditanya tentang teman "special" ini.

Dengan jawapan yang telah abang ruz berikan itu telah buatkan dia lebih ingin mendalami kisah abang ruz dengan teman "special" abang ruz itu. "Ouh.. alhamdulillah.. tapi bang takkan teman biase je.. name ape bang kawan abang tu? Hehe" faris memberi senyuman sinis kepada abang nya itu.

Lalu abang ruz menjawab dengan muka yang selamba " betulla dia kawan biase je ris.. abang panggil dia dengan name shae.. name sebenar dia sherry.."

tersentak Faris apabila terdengar nama sherry *laaa mat saleh ke.. aku ingatkan perempuan melayu.. ouh maybe betulla kawan biase je kot..* kata hati Faris.

"Ouhh haha sorry ingatkan perempuan sebangsa rupenye mat saleh.. tapela bang ruz mama faris naik atas luh ae nak tukar baju.. sejuk nih.." faris tidak berminat untuk bertanya lebih tentang perempuan mat saleh tersebut.

"Haa pegila tukar baju tuh.. patutla dari tadi bau lain macam je.." puan fauziah menyuruh anak nya menukarkan baju sekolah yang sudah lembab akibat terkena cebisan hujan.

Abang ruz hanya tersenyum sambil mengangguk kecil kepada faris.

"Bang Ruz kenapa baru sekarang bagitau mama? Cam mana mama nak jelaskan pada papa kamu hal ni" Puan Fauziah terkejut dengan berita yang telah anaknya fairuz berikan sebentar tadi.

"Mama ruz mintak maaf sangat-sangat. Ruz segan dengan mama papa dan saudara mara. Ruz tanak disebabkan perbuatan ruz keluarga kita dipandang serong. Ruz tak sengaja dengan semua ini maa.. ruz menyesal." Fairuz memberi penjelasan dengan sedikit tertekan akibat masalahnya itu.

"Mama lagi malu nak.. selama ni ruz tak balik semua saudara mara kita tanya pasal ruz.. mama tak tau nak jawab ape.. dan sekarang ruz tetiba balik dengan bawa berita ini. Dimana anak isteri kamu ruz? Bagitau mama" puan fauziah menanyakan dengan nada yang sedikit tegas.

"Ruz da sewakan sebuah rumah dekat condo di bandar setia jaya. Mama jangan risau tentang diaorang ruz da bagitau awal-awal tentang keluarga kita" fairuz cuba menenangkan mamanya itu.

"malam ni mama nak ruz bawa isteri dengan anak ruz datang makan malam.. pasal papa takpe mama akan cube jelaskan dekat papa"

Fairuz hanya mengiyakan saja kerana mau tidak mau dia harus mengikut arahan mamanya itu.

Tok tok tok

Faris terbangun dari tidurnya kerana terdengar ketukan pintu. "Tuan faris bangun, mama faris suruh tuan turun untuk makan malam tuan. Lagi satu mama suruh tuan faris pakai kemas-kemas malam ni kerna ada tetamu dateng malem ini tuan." Bibik nya memberi tahu arahan dari mamanya kepada faris dan berlalu pergi.

"Ye ye.." ringkas faris menjawab kerana masih mengantuk.

*ehh kejap tadih bibik cakap tetamu? Tetamu mane pulak nak datang nih? Saudara mara jauh mungkin* kata hati faris dengan penuh persoalan tentang tetamu tersebut.

Setelah selesai mandi, solat maghrib dan juga telah memakai pakaian yang kemas dan kelihatan kacak, faris turun ke bawah menuju ke ruangan dapur.

"Wow banyak nye hidangan.. best-best pulak tuh.. hulamaakk ade ikan patin tempoyak ni favourite faris nih.. ade mood nak makan la malam ni ma paa.." kata faris dengan penuh semangat apabila melihat hidangan-hidangan di atas meja besar itu.

"Ni sebab tetamu nak datang ris.. bawa bersabar ye kite kene tunggu tetamu hadir dulu" mama nya menjawab dengan nada yang selamba tetapi riak wajah mamanya menampakkan mamanya sedang memikirkan sesuatu.

Papanya pula masih sibuk dengan telefon bimbit di tangan nya itu. Riak wajah papanya menampakkan papanya tidak dalam mood yang baik.

"Hai ma pa.. bang faris.." sapa dua adik kembar perempuannya itu. Nina dan nana yang merupakan adik beradik kembar yang berumur 12 tahun.

"Ehh Anak kembar mama da bangun.. haa duduk atas kerusi makan elok-elok." Kata puan fauziah lembut kepada anak kembar kesayangan nya itu

●●●●●

Wujudkan CintaTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang