Bab 1: Hujan

25 1 0
                                    

Pada petang yang dingin disebabkan oleh hujan yang membasahi bumi, faris yang masih menunggu di depan sekolah menengah kebangsaan tun hussein onn di bawah pondok bas di depan sekolah itu.

Sudah 1 jam lebih dia menunggu "driver"nye datang mengambilnya pulang tetapi masih tidak nampak kelibat "driver"nya itu.

Dari jam 2.40 petang tadi dia menunggu sehingga dalam jam 3.20 masih "driver"nya tidak sampai-sampai lagi. "Heish mana pakcik Saad nih.. aku da penat tunggu nih.. dahla lapar pastu sejuk pulak.." sedang faris bercakap sorang-sorang, tiba-tiba dia terlihat seorang pelajar perempuan yang berkeadaan comot sambil memegang basikal yang tidak dibawa oleh perempuan itu.

Faris berasa kasihan terhadap perempuan itu. Faris cuba mendekati perempuan itu sambil memegang payung yang memang sedia ada didalam begnya.

"Awak..emm awak okey tak nih?" Faris menujukan soalan tersebut kepada perempuan itu. "Saya okey. Tadih saya terjatuh dari basikal mungkin jalan licin sebab hujan kot. Baju saya kotor sebab jatuh tadi la." Perempuan itu menjawab dengan selamba.

"Tunggu la dulu di bawah pondok bas nanti hujan da reda awak balik la." Faris cuba mengajak perempuan itu ke pondok supaya tidak terjadi apa-apa yang tidak diingini jika perempuan itu meneruskan perjalanannya dalam keadaan hujan lebat.

"Emm.. tapela saya okey je nak balik dalam hujan nih.. jatuh-jatuh tu biasala.." perempuan itu sekali lagi jawab dengan selamba.

"Aik awak nih confident nampak. Banyak da kes pelajar kena langgar dgn kenderaan berat nak tau sebab ape? Sebab jalan licin lagi satu bile dalam hujan lebat orang yang bawa kenderaan jarak penglihatan dia rendah tau" Faris berkeras supaya perempuan itu mendengar katanya untuk menunggu hujan reda di bawah pondok bas tersebut.

"Oh.. kalau awak cakap camtu tapela saya tunggu la kejap sampai hujan reda".

Semasa hujan masih lagi lebat, Faris dan perempuan itu berteduh di bawah pondok bas dan faris memulakan pertanyaan kepada perempuan tersebut.

"Awak ni name ape ae? Ehh bole ke saye tanye nih?"

"tape2 tanye je.. awk panggil je saye Raihah" Raihah menjawab dengan muka selamba.

" oh Raihah. Awak panggil je saye faris.. awak tingkatan berapa?" Faris tujukan lagi soalan kepada Raihah dengan niat untuk mengenali Raihah dengan lebih rapat lagi.

" ohh hai faris.. saye tingkatan 5. Kejap awak budak baru kan.. tingkatan 5 jugak kan.. kelas ape ae?" Raihah cube ramah dengan faris walaupun hakikatnya Raihah seorang perempuan yang segan berhadapan dengan lelaki.

"Haa yela saya budak baru lagi kat sekolah nih.. saya 5Cempaka.. awak?" Faris balas pertanyaan kepada Raihah.

"Oh budak sains la nih.. saya 5Tulen.." lalu Faris terus bertanyakan kepada raihah tentang seseorang yang dia kenali di dalam kelas 5Tulen itu.

"Ohh awak 5 tulen? Awk kenal tak Suzana Aishah?" Suzana Aishah merupakan salah seorang pelajar tercantik dan popular di sekolah itu.

"Ye kenal.. kenapa? Awak minat dia ae?" Raihah tanya sambil menyindir faris.

Lalu Faris sengih dan lalu berkata "eh takdela.. dia tu kawan saya time sekolah rendah.. dulu saya rapat dengan dia lepas upsr terus kiteorang dengan diri kiteorang masing-masing. Oh maksudnye awak budak sains sukan la nih ye?"

Lalu Raihah senyum dan menjawab" ye.. even saya ambil bidang sains sukan tapi saya kurang aktif dalam sukan.. just masuk peringkat sekolah je tak sampai lagi la sampai ke tahap kebangsaan..haha"

lalu satu kereta mewah berwarna hitam berhenti di hadapan pondok bas tersebut. Pada masa yang sama ketika itu hujan pun telah reda, mereka tidak perasan yang hujan telah reda kerana terlalu peka dengan perbualan perkenalan mereka itu.

lalu ada seorang lelaki yang berumur lingkungan 50-an keluar dari kereta itu untuk menjemput Faris pulang.

"Ehh da sampai pun pak Saad nih.. lame saya tunggu.. nasib baik ada Raihah tolong temankan.. pak saad kenapa bole lambat nih? Ada masalah ke?" Faris menginginkan penjelasan dari pak saad.

"Oh maaf la faris.. tadih mama faris suruh pakcik hantarkan kek buatan mama faris ke rumah kawannya datin Zaitun sebab tu lambat sikit tuh".

Raihah terdengar perkataan datin terus Raihah berkata dalam hati *wow datin.. Faris nih mesti anak orang kaya.. tengok kereta tau dah.. pak saad ni mesti "driver" dia..*

lalu faris berkata " oh yeke.. mama nih da tau pak saad kene jemput saya pulang mase tula dia suruh hantar kek la suruh tula suruh nilah.. tapela pak saad saya maafkan pak saad ni bukan salah pak saad pun. Nanti saya cube berbincang dengan mama tentang ni.. haa Raihah termenung ape tu? Haha tapela Raihah saya nak balik dulu.."

Raihah tersentak selepas faris berkata begitu, "ehh takdelah.. mane ade termenung..haha okey2 balikla.. saye pun nak balik juga nih hujan pun da reda nanti lambat-lambat risau hujan kembali lebat pula.. saya beredar dulu la ye"

lalu faris tersenyum "oh okey.. thank you sebab teman saya..harap lepas nih kita bertegur lagi jangan lah buat cam tak kenal pula ye.. bye" Raihah menjawab sambil tersengih "okey inshaallah.. bye"

Lalu kedua-duanya pulang ke rumah masing-masing.

Wujudkan CintaTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang