al-

917 108 1
                                    

Eunji p.o.v

Keadaan dalam kereta sejuk. Makin malam makin sejuk. Heater tak dihidupkan kerana kereta rosak. Sejuknya boleh rasa ke tulang hitam meskipun aku memakai jaket.

Jaket aku mungkin nipis. Aku mengosok tangan kiri dengan tangan kanan lalu dihembuskan karbon dioksida melalui mulut. Situasi aku sekarang ini adalah duduk dibahagian depan.

Tingkap tadi tak boleh ditutup kerana kereta rosak. Tulah! Sibuk cari line sampai tingkap kereta pun tak tutup!

jimin masih mengelamun tepi aku.

Aku keluar dari kereta. Lalu membuka pintu tempat duduk belakang.Masuk lalu menutup pintu. Panas sikit berbanding duduk di tepi tingkap yang terbuka separuh itu.

"Awak sejuk ke?" Tanya jimin.

"Ya"

Jimin keluar dari kereta. Dia mengambil sesuatu dari belakang kereta.

"Nah"ucap Jimin lalu menyelimutkan aku dengan selimut yang tak berapa tebal namun boleh menghilangkan sejuk yang teramat ini menjadi sejuk ala kadar.

Jimin duduk sebelah aku. Dia pun selimut dengan aku.

"Awak tahu tak apa beza awak dengan kereta ni?"

"Kereta objek, saya orang" ucapku simple. Ringkas dan benar.

"Yang lain?"

"Mana nak tau!"

"Kereta ni tersangkut kat hutan, awak tersangkut kat hati saya"

Salji yang sederhana saiznya mula menuruni dikawasan ini. Rasa sejuk makin terasa.

Namun aku tak berapa kisah.

Yang aku kisah sekarang ni adalah pickupline jimin yang membuatkan pipiku merah dan hatiku berdegup laju.

Cinta?

Takkanlah.









#tbc
Nilah jadi bila kau khatam buku pickupline lejenpress nak dekat 4 kali dalam dua hari.

[C] Ramen = pjmWhere stories live. Discover now