Eunji pov
Aku bangun dari tidur. Kelihatan Mingyu tidur sambil duduk disebelah katil aku.
Katil aku?
Setahu aku, cadar aku warna putih, tapi selimut aku warna pink. Ni asal warna putih biru?
Aku duduk. Otak masih berfikir kenapa selimut aku bertukar warna.
Eh? EH! MINGYU NI DATANG DARI MANA PULAK HAA???
Aku mula melihat sekeliling. Seunghee dan Seungyeon duduk tertidur diatas sofa manakala Eunbin dan Yee eun tertidur sambil duduk diatas lantai besebelahan meja. Buku dijadikan sebagai bantal. Tangan mereka berdua pulak bagai menulis sesuatu. Sah study tapi tiDURRR HAHAHHAHAHA
Tapi aku kat mana?
"Ouh unnie? Bangun dah? " tanya seseorang. Aku memusing kepala. Kelihatan Elkie yang memegang cawan melihat aku.
Aku hanya mengangguk lembut.
"Unnie ni buat semua risau tahu tak? Seunghee nampak Eunji jatuh pengsan pun nangis macam Eunji mati" marah Elkie dalam perlahan, tak nak kejutkan orang lain.
Aku menyebut sorry dengan perlahan.
Elkie datang mendekati aku.
"Unnie patut kesian dekat mingyu , dialah tolong angkat unnie, tolong pergi daftarkan unnie dekat ward ni a.k.a ward private. Then jagakan unnie sampai pukul 4 sebab takut unnie terjaga" ucap Elkie.
Oh, aku kat hospital
"Sekarang pukul berapa?" tanyaku.
"Baru pukul 4.20 a.m. Elkie tidur pukul 10 tadi, terjaga tengok Mingyu tengah jagakan unnie, Elkie offer nak jagakan unnie alang-alang tengok mingyu punya mata dah separuh. Ni baru buat kopi sebab ngantuk balik" ucap Elkie sambil menujukkan cawannya. Aku hanya tersenyum.
"Takpelah, elkie tidurlah dulu. Eunji dah bangun dah" ucapku. Elkie hanya tersenyum. Cawan kopinya diletakkan atas meja yang eunbin dan yee eun tidur.
"Unnie pun tidur balik tau!" ucap Elkie lalu duduk atas sofa bersama Seunghee dan Seungyeon.
Aku kembali baring. Badanku mengiring kearah Mingyu tidur. Mukanya ditilik.
Kalaulah Jimin ada, mesti dia duduk tempat Mingyu kan?
Mesti dia yang tunggu aku bangun kan?
Ataupun
Tak.
Tiba-tiba aku baru teringat bahawa aku pengsan sewaktu aku call Jimin. Aku memusing mencari meja. Kelihatan phone aku diatas meja itu. Terus diambil lalu melihat call log.
Jimin
8.30 a.m - 8.33 a.mTu je? Waktu semalam tu je dia cakap dengan aku? Tak kisah aku terlepas phone? Suara Seunghee terkejut?
Aku meletakkan phone balik. Muka mingyu ditilik lagi.
Kenapa dia baik sangat tolong aku?
Kenapa dia sentiasa ada di sisi aku selepas aku jumpa jimin dengan kakak aku hari tu?
Ke
Dia
Tertukar roh dengan
Jimin?
HUSH! NI BUKAN DRAMA KOREA K, NI FANFICTION JE JANGAN EXTRA SANGAT.
Tapi...
Takpelah aku sambung tido balik. Takde kuasa nak fikir benda-benda ni haa 🌚
#tbc
Whoop whoop, chapter boring tapi cerita saya memang boring pun haaa
YOU ARE READING
[C] Ramen = pjm
Fanfiction(Republish) [ Ramen ;; Mi segera yang mempunyai pelbagai rasa ] [ Park Jimin ;; Makan aiskrim] [ Kim Eunji ;; Termakan ramen pedas dan tidak tahan pedas ] [Ramen + ParkJimin + Kim Eunji] Info ; Started :11/2/2016 End : 22/3/2017 #414 in Fanfiction...