Bahagian 1

1.2K 66 2
                                    

"Shh senyap sikit nanti kantoi dengan Jin hyung," Marah Jungkook kepada adik kembarnya,Jungkie. Mereka sedang menjalankan misi untuk mendapatkan 'snek malam'.

Setelah tiba di depan peti ais, pintu peti segera dibuka. Aiskrim. Anak mata coklat gelap mereka berdua membesar melihat aiskrim berperisa coklat,vanilla dan strawberi itu.

"Omo omo cepat lah ambil sudu," Arah Jungkook. Jungkie hanya menurut sahaja. Yang penting dia dapat aiskrim itu. Dia dan Jungkook telah dihukum tidak boleh makan aiskrim selama 2 minggu oleh Seokjin kerana tidak siapkan kerja sekolah.

Baru dua hari, mereka sudah tidak tahan. Hari ini misi terlaksana.

Sedang mereka asyik makan, Jimin masuk ke dapur kerana mahu mengambil air untuk Taehyung. "Oh?" Membuntang mata kecil Jimin apabila melihat adik kembarnya di dapur.

"Hyun-" belum sempat Jimin menjerit memanggil Seokjin, Jungkook dan Jungkie berjaya menekup mulut Jimin. "Shh! Jangan lah macam ni oppa," Jungkie menarik muncung sambil membesarkan matanya kepada Jimin. Begitu juga Jungkook. 

Jimin menjadi lemah pada dua kembar itu. Aish! Jimin mengalah. "Fine. Tapi hyung nak sikit boleh?" Soal Jimin. Mereka berdua segera bersetuju. Janji abang mereka itu menutup mulut.

Seketika kemudian, Taehyung tiba di dapur. "Jimin mana air aku?" Tanya Taehyung separa sedar. Ketiga makhluk itu terkedu. Hampir sahaja Jungkook terlepas genggaman pada sudunya. 

"Nak sikit," pinta Taehyung sambil mengambil tempat di sebelah Jimin. Mereka bertiga tersenyum kerana nampaknya Taehyung tidak akan membocorkan rahsia mereka pada Seokjin. 

Tapi ketenangan itu tidak kekal lama apabila satu mesej masuk ke group chat mereka.

Seokjin + Anak-anak

Jin hyung: Dalam masa 3 saat kalau kamu semua tak melutut dekat ruang tamu sekarang, tengok apa jadi.

Hobi hyung: ㅋㅋㅋㅋ habislah korang

Joonie hyung: Aku sumpah yang muka Jin hyung macam udang kena bakar sekarang, baik korang cepat melutut ㅋㅋㅋ

Telefon Jimin terlempar ke udara. Jimin segera berlari ke ruang tamu lalu melutut. Habislah aku.. kena makan maggi seminggu ㅠ_ㅠ. Yang lain masih terpinga di dapur kerana tidak tahu apa yang berlaku hinggalah Taehyung mengambil telefon Jimin yang sudah retak skrinnya itu.

Nafasnya sudah terhenti.

"Matilah nak!" Dia turut berlari ke depan sebelum melutut di sebelah Jimin. Pasangan kembar itu sekali lagi dibiarkan sepi tanpa sebarang informasi.

Mereka sudah terlambat apabila mereka ke hadapan. Seokjin sudah tercegat di hadapan abang-abang mereka. Jungkie dan Jungkook saling berpandangan. Matilah weh!

"Ha! Tunggu apa lagi? Mari sini budak bertuah!" Marah Seokjin. Muka dia saling tak tumpah seperti singa yang kelaparan. Habis menggeletar setiap orang yang memandang lelaki itu ketika ini.

Mereka berempat melutut di hadapan Seokjin. Hoseok dan Namjoon yang sedang menyorok di sebalik dinding itu asyik menahan ketawa melihat percubaan mereka berempat membuat muka sedih kepada Seokjin. 

Sudah tentu mereka semua tidak berjaya.

"Hyungie... Kook minta maaf," dengan manja Jungkook cuba meredakan kemarahan Seokjin. Seokjin ketawa sinis. "2 hari lepas kamu cakap benda yang sama juga kan? Tapi tengok hari ni kamu buat apa?" Ibarat satu tamparan hinggap di pipi Jungkook.

Tiga orang lagi pesalah masih mendiamkan diri, cuba memikirkan ayat untuk melepaskan diri dari diktator Seokjin.

Masing-masing tidak tahu dan berani untuk berkata apa-apa ketika ini. Mendengar bebelan Seokjin sangat menyebalkan tapi lebih sebal jika kau menyampuk bebelan dia sekarang. Bertambah hukuman nanti.

"Aku yang bagi diorang makan. Dah pergi balik bilik," Satu suara asing muncul. Keempat pesalah itu seperti mahu menangis terharu. 

Yoongi!

"Yoongi! Kau janga-"

"Huhu terima kasih oppa,"

"Sayang hyung ketat-ketat,"

[EDIT] Wonderful Abangtan • |BTS|Where stories live. Discover now