Bahagian 4

503 35 1
                                    

Namjoon menghulurkan kepingan gambar yang diterima hari itu. Hoseok dan Yoongi hampir rebah apabila melihat gambar itu. Berbeza pula Jungkie dan Jungkook. Mungkin kerana mereka tidak kenal ibu mereka kerana dia tidak wujud semasa mereka membesar.

"Omma..masih hidup," mereka terus tergamam dengan apa yang dikatakan oleh Namjoon sebentar tadi. "Kau jangan main-main Joonie," marah Yoongi.

Namjoon dan Seokjin hanya mampu mengeluh kerana mereka sudah dapat mengagak apa reaksi adik mereka. "Ingat Joon ada masa nak main-main ke benda macam ni?" Balas Namjoon.

Yoongi terus terdiam mati. Tak mungkin wanita itu masih hidup. Bapa mereka sendiri yang mengesahkan kematian wanita itu dan mereka turut menghadiri majlis pengebumian ibu mereka. Siapa wanita dalam gambar ini?

Jungkie menatap lama gambar itu. Dia tak tahu apa reaksi yang dia sepatutnya beri. Wanita itu tidak pernah wujud dalam hidup dia dan Jungkook.

Hoseok langsung tidak berkata apa-apa.

''Mana kau dapat gambar ni?" soal Yoongi lagi."Macam ni sebenarnya, dua minggu lepas aku ternampak omma dekat mall. Dia kerja sebagai cleaner, aku terus suruh orang siasat. Memang betul Omma kita masih hidup," jelas Namjoon.

Mereka semua mendiamkan diri. Telefon Jungkie tiba-tiba berbunyi.

"Sora," bisiknya perlahan. Jungkook mula berkerut apabila melihat nama pemanggil itu. Dia terus merampas telefon Jungkie lalu menjawab panggilan itu.

"Kau dah buat apa yang aku suruh Jungkie?"

Kedutan di dahi Jungkook semakin dalam. Jungkie mula cuak, dia cuba mengambil kembali telefonnya namun tidak berjaya. Jungkie mula panik.

"Oi perempuan? Kau dengar tak apa aku cakap ni? Kau buat tak apa yang aku suruh?" tanya Sora dengan nada yang lebih kasar.

"Kau jangan sampai aku sebar gambar engkau!" ugutan Sora membuatkan jantung Jungkook hampir luruh.

"Kau jangan main-main dengan aku perempuan?! Kau bisu ke?!" jerit Sora.

"Ehem," suara Jungkook menyebabkan gadis itu terdiam.

"Kook," rayu Jungkie sambil menggelengkan kepalanya. Abangnya yang lain tidak tahu apa yang berlaku antara mereka berdua.

"Apa lagi yang kau Sora?" Jungkook menahan dirinya daripada memaki perempuan itu. "Ju-jungkook.." gadis itu mula cuak kerana rancangan dia sudah terbongkar.

"Kita settle esok, kalau aku tahu kau contact adik aku, siap kau!" talian terus dimatikan tanpa menunggu sebarang balasan dari gadis itu.

Jungkie yang sudah teresak-esak di pangkuan Jimin sambil dipujuk Taehyung hanya dipandang oleh Jungkook. "Bagitahu aku sekarang gambar apa yang perempuan tu cakap!" nada tegas Jungkook menyentakkan semua orang di ruang tamu itu.

Wajah lelaki itu merah padam. Penuh dengan kemarahan.

Jungkie sudah mati akal. Abangnya sudah tahu. Sekarang semua orang akan tahu. Dia malu. Dia tak sanggup hadap semua ini.

" Jungkie! Lekas bagitahu aku apa yang dah jadi antara kau dan dia!" amarah Jungkook semakin memuncak. Hoseok menarik tangan Jungkook, meminta dia untuk bertenang. "Apa yang dah jadi ni sebenarnya ni? Gambar apa? Siapa yang korang maksudkan ni?" soal Seokjin.

"Jung-!"

"Fine! Fine! Semua nak tahu kan! Jungkie mengambil telefon daripada tangan Jungkook sebelum membuka perbualan antara dia dan Sora. Galeri dibuka sebelum menayang kan gambar yang menjijikkan itu.

Telefon itu dilempar semula kepada Jungkook sebelum dia lari ke biliknya. Pintu di hempas kuat. Kini semua orang tahu rahsianya. Semua..

[EDIT] Wonderful Abangtan • |BTS|Where stories live. Discover now