Susunan meja dan kerusi di kelas aku sangat tipikal. Duduk berdua-dua. Dan pelajar yang duduk disebelah aku bukan kawan baik aku. Dia kawan baik pelajar yang duduk dihadapan aku,dibelakang aku, pelajar berdekatan pintu masuk kelas dan pelajar yang berdekatan meja guru. Dia popular.
Meja aku paling dekat pintu belakang. Biasanya telinga aku yang pertama mendengar dentuman pintu akibat ditiup angin. Dan aku redha dengan ketentuan itu. Lagipun, aku suka tempat duduk aku. Betul-betul menghadap padang yang hijau.
Memandangkan aku akan menghuni meja itu lebih lama, waktu rehat hari ini aku tidak baring di stor sukan lagi. Aku berlari ke tapak parking cikgu untuk mengambil sebiji batu bata bagi menghadang pintu kesayangan aku tertutup kuat tika angin bertiup keras.
Berjaya? Ya, aku berjaya mengambil batu bata tersebut, namun sejurus aku menghadang pintu itu, awan mendung menjengah, berikan senyuman dan melemparkan hujan. Dan, aku terpaksa menutup pintu.
Dan aku redha.
Sepanjang minggu hujan, beberapa hari selepas itu, batu bata yang aku ambil telah hilang. Aku syak, tukang kebun telah kembali merampas haknya. Ye lah, aku ambil dari hiasan taman berdekatan parking guru.
Aku paling benci bersesak di kantin sekolah. Dengan kerusi kayu panjang, dan meja panjang. Palang besi di kaunter kantin supaya pelajar beratur(tapi tak beratur pun) dan singki yang sentiasa tersumbat. Aku benci kantin. Tapi masa rehat diwajibkan ke kantin. Apatah lagi musim hujan macam ni, tiada lah ruang aku baring di padang sekolah.
Bila bunyi loceng, semua pelajar berlari ke kelas, tujuan utama mereka? Entah, sampai saat ini aku tidak pasti. Dan aku, sentiasa mengambil masa untuk masuk ke kelas. Tapi musim hujan begini, tidak sempatlah aku melayan perasaan sambil melihat padang, terpaksa berlari juga.
"Sesiapa, tolong padamkan papan hitam, " suara hingar bingar di kelas, di tambah lagi kecohnya hujan lebat di luar. Guru matematik keluarkan arah memadam papan hitam, namun tidak diendah. Entah kenapa tengahari itu, kaki aku melangkah kedepan dan memadam papan hitam. Sungguh, aku tidak tahu mengapa.
Usai memadam aku kembali ke tempat duduk aku. Suasana yang hingar bingar senyap seketika. dan aku berlagak biasa dan mengeluarkan buku matematik. Dan sepasang mata memandang aku sambil tersenyum.
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya adalah Dia menciptakan untuk kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu mawaddah dan rahmat. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir." (QS Ar-Rum [30]:21)
YOU ARE READING
Dan Jalan Aku
Short StoryBismillahirrahmanirrahim.. "Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari setetes mani yang bercampur yang Kami hendak mengujinya (dengan perintah dan larangan), karena itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat." [QS. Al-Insan ayat 2] Aku dalam...