MINYAK DAGU

4.9K 115 1
                                    


minyak dagu

hati cinta berbolak balik, sekejap dia rasa benci dan marah saling bertingkah. pada masa yang lain pula dia rasa rindu mengebu gebu kepada lelaki itu. lelaki yang dia sendiri tidak pernah kenali dengan baik,tidak pernah beramah mesra melainkan asyik bertikam lidah.

cinta berlari,mencungap dia menahan lelah.sesekali dia memandang ke belakang.bimbang mahluk itu masih mengejarnya. di hadapannya pula tiang nisan memutih berceracakan,sesekali kakinya tersadung batu nisan hampir tersungkur dia menyembah bumi. peluh dingin mengalir membasahi dahinya. cinta menekan perutnya,terasa mahu muntah pula,dia berhenti seketika di perdu pohon kemboja. bau kemboja menusuk rongga hidung menerbitkan bau yang agak nyaman. cinta terduduk di situ.

"cinnntaaaa...."dia mendengar suara mendayu dayu memanggil namanya. cinta tertoleh toleh mencari dari mana datangnya suara tersebut.
"cinnntaaaa...."suara halus itu datang lagi. kali ini di ikuti dengan esakan halus yang menyedihkan.
tegak bulu roma cinta,sudah lah dia terperangkap di tanah perkuburan kini dia mendengar pula suara halus yang menyeru nyeru namanya.
cinta bangun,dia mahu segera pergi dari situ.

"cinta...cinta..bangun sayang"...cinta membuka mata. dia melihat wajah emaknya dihadapan mata,dia pandang sekeliling. syukur dia berada di dalam rumah bukan di kawasan perkuburan.
"mimpi ngeri lagi?"tanya emaknya. kepala cinta di usapnya perlahan.
cinta hanya mengangguk.
"kenapa tanah perkuburan itu sahaja yang muncul mak,tapi hari ni cinta dengar suara seorang wanita pula memanggil cinta,menyeru cinta..mendayu dayu suaranya."
"mimpi mainan tidur sayang,banyak kan berzikir" nasihat emaknya. nasihat biasa yang selalu emaknya titipkan buatnya.

di satu kawasan lain, rumah kosong di tepi wakaf perkuburan itu kelihatan suram dengan cahaya lilin yang meliang liuk di tiup angin. seorang pemuda tersengih di hadapan nya kelihatan meja yang di penuhi barang pemujaan. semangkuk darah ayam dara hitam,benang hitam limau dan sebilah keris. pemuda itu mengeluarkan sebotol minyak di dalam bekas minyak atar. kelihatan ada buih buih halus bermain di dalam botol tersebut,seolah olah sedang bernafas. tidak sia sia usahanya di malam jumaat kliwon tersebut. apa yang di hajati kini sudah berada di depan matanya.

" syaratnya mudah,setiap malam jumaat kau di kehendaki memberinya makan. darah kau sendiri,titikkan di dalam botol tersebut. puja lah ia setiap kali bulan mengambang penuh,serulah semangatnya supaya datang menyembah kamu sebagai tuannya yang ampuh. tetapi kau kena ingat,apabila apa yang kau hajati sujud di telapak kaki kau,jangan sesekali kau menolak,kau sia siakan, jika itu berlaku semangat yang kau puja akan memusnah kan diri engkau. mati engkau di antara langit dan bumi sebagaimana engkau membiarkan semangat ini bergentayangan." pemuda itu mengangguk. dia berjanji akan melaksanakan tugasnya sebaik mungkin.

hati cinta meronta ronta. dia mahu ke rumah safie. tidak boleh tidak,hatinya bagai di panggil panggil. pemuda anak haji hasbulah itu sering hadir di benak fikirannya. teringat ingat dia kepada safie. seolah olah safie itu sentiasa ada menyeru semangatnya. hatinya rindu jika sehari tidak bertemu lelaki itu.

"pelik benar dengan kelakuan cinta sekarang. dulu dia tak suka sangat safie tu, sampai sanggup menolak pinangan haji hasbulah,tapi sekarang ni saya tengok dia pula yang tergila gilakan safie. malu saya mendengar cakap cakap orang kampung." keluh isa kepada isterinyz. cinta itu anak dia,tentulah setiap perlakuan cinta di perhatikan hendak pula orang kampung asyik bercakap sahaja. sudah banyak kali mereka terserempak dengan cinta yang merayu rayu safie. tetapi pemuda itu tidak pernah kisahkan anak gadisnya. ibarat hidung tak mancung pipi pula tersorong sorong.

cinta mahu lari keluar dari rumah, dia mahu bertemu safie. sampai hati lelaki itu menolak dirinya. hari ini dia mendengar pula lelaki itu meminang jannah untuk di buat isteri sedangkan dia saban waktu merayu,meraih cinta safie. sampai hati lelaki itu. bukan kah safie telah berjanji mahu memperiaterikan dia tetapi kenapa meminang wanita lain dan jannah itu pula adalah sahabat baiknya sendiri.

teresak esak cinta menangis,merayu emaknya supaya membuka pintu bilik yang berkunci dari luar. tidak boleh tidak dia harus bertemu safie. dia mahu merayu lelaki itu supaya menjadikan dia isteri. tidak kisahlah walau terpaksa bermadu. hatinya sudah melekat benar terhadap lelaki itu. lelaki itu lah nyawa dia sekarang. tanpa safie dia lebih rela mati.

" tak boleh jadi bang..cinta  bagai kerasukan dalam bilik tu. habis semua barang di lemparnya ,cermin pun habis dipecahkan nya. saya risau bang." rahman mengadu kepada suaminya isa tentang kelakuan cinta yang bagaikan orang gila.
" dia asyik memanggil safie tak berhenti." sedih benar rasa hatinya.
" kita kena bawa cinta jauh dari sini. kita ke rumah long, long pun sudah berpesan tadi. dia akan ikhtiarkan berubat di mana mana asalkan cinta di bawa pergi jauh dari sini."
"ikutlah mana mana bang, saya tak sanggup tengok anak kita begitu. macam sudah di guna gunakan sahaja."
"tak baik menuduh, safie tu anak imam, anak yang baik. tak kan tergamak dia mahu bersengkongkol dengan syaitan pula." isa masih cuba bersangka baik walaupun hatinya berat menidakkan apa yang dia kata.

puas hati safie. akhirnya maruah cinta benar benar berada di tapak kakinya.,khabar terakhir yang dia dengar cinta berada di wad gila tanjung rambutan. padan muka kau cinta! dulu kau ludah aku sekarang kau rasa pula macam mana peritnya bila diri tidak di terima oleh orang yang kau puja. safie ketawa berdekah dekah. puas hatinya kini, terlupa dia pada perjanjian yang termenterai. bahana menanti tak akan berpaling lagi. safie lupa, hidup nya sendiri jadi taruhan.

sudah tiga malam safie bermimpi di kejar bayangan wanita hodoh di tanah perkuburan. ngeri apabila dia terbayangkan wajah wanita itu. mata yang terjojol keluar dengan ulat berengga yang menguit nguit jatuh di pipi yang lompong. dagu wanita tersebut sudah roboh , ada kesan terbakar dengan minyak yang meleleh berjejeran. dia pula bagai di tarik tarik menadah tangan ,menghirup minyak yang berbau busuk itu . termuntah safie di dalam lenanya. apabila terjaga,safie sudah tidak mampu lena lagi.

"saaafiieee...." suara wanita mendayu dayu memanggilnya setiap masa. kadang kadang dia terpaksa menutup telinga dengan kapas. dia langsung tidak boleh melelapkan matanya walaupun sekejap.
di dalam biliknya safie rasa bagaikan duduk di dalam neraka,kepanasan. sehingga dia  sanggup membuang segala pakaiannya.
haji hasbulah merasa  bimbang, kelakuan safie tidak ubah seperti orang gila sahaja. sudah gila kah safie?
dia tahu safie sakit,tetapi dia tidak mampu berikhtiar lagi. sudah puas dia berubat namun safie masih begitu. sudah lah begitu,sejak kebelakangan ini,sejak safie sakit mereka anak beranak sering di ganggu. kadang kadang mereka melihat seorang wanita duduk di anak tangga,menangis teresak esak. apabila di dekati wanita itu hilang begitu sahaja. bukan sekali dua kejadian itu berlaku,malah hampir setiap hari. ada masanya wanita itu kelihatan masuk ke dalam bilik safie. hairan juga haji hasbulah. terfikir juga dia kalau safie ada melakukan sesuatu yang di luar batasan.

safie akhirnya di pasung di dalam biliknya itu pun setelah dia cuba mencederakan dirinya sendiri. teruk benar keadaan safie sejak tiga bulan yang lepas. badannya menjadi kurus kering tidak bersebab walhal dia di beri makanan yang berkhasiat. apa yang orang lain tidak nampak sering menghantui safie. apa yang safie nampak?

ya!safie sebenarnya setiap hari harus memberi wanita itu darahnya sendiri. setiap hari wanita itu datang menghirup darah dari ibu jari kaki safie sehingga puas,menyeringai kekenyangan. safie akur,janji telah di mungkiri. dia sepatutnya tidak mempersiakan cinta tetapi dendam membuatkan dia alpa. hiduplah safie dengan wanita yang telah di puja nya di malam jumaat kliwon. sesaat pun wanita yang mati di bunuh itu tidak meninggalkan dia. dia sendiri tiada suara mahu meminta tolong dari ayahnya. mulutnya sudah terkunci,hidupnya kosong berteman kan wanita itu dan minyak dagu yang dipuja,tersorok di alang biliknya.

cinta memandang emak dan abahnya yang sering datang melawatnya di hospital. dia ingin berkata kata dengan mereka tetapi mulutnya bagai di kunci. wanita yang sering bersama dengannya selalu melarang dia berkata kata.
" kalau kau kembali bersama mereka,kau akan hilang aku cinta. aku kawan kau kan...tentu kau lebih sayangkan aku. susah hati kau sentiasa aku dengari,rasa kasih di hati kau sentiasa aku puja menjadi semangat kita bersama. aku sayang kau cinta bagaikan nyawa ku sendiri.jangan pergi tinggalkan aku,atau kau akan mati bersama ku"...
cinta pasrah, dia belum mahu mati. tidak mengapalah kalau dia terpaksa menjadi gila asalkan ada emak dab ayahnya di di sisi.

cinta merenung sayu! dia berpaling...perlahan lahan wanita itu memimpinnya pergi..tiada siapa tahu apa yang dia alami.doktor telah mengesahkan dia gila,maka dia sememangnya seorang wanita gila,pesakit psikitary yang tiada penawarnya. hatinya meronta mahu menjadi cinta yang sebenarnya tetapi wanita itu telah memuja semangatnya. bezanya dia lebih kadihkan wanita itu..sudah lupa kepada safie yang menjadi punca dirinya tercampak ke lembah misteri.

CERITA SERAMWhere stories live. Discover now