Bahagian 2

6.4K 71 15
                                    


"Mana kain batik?"

"Untuk apa?"

"Nur tak pakai kain ke waktu mandi?" aku sudah malu. Apa dia ni, soalan dahlah peribadi.

"Nur...Nur.." jawabku dengan sedikit gagap.

"Jujur sayang."

"Tak." jawabku ringkas.

"Mari sini, dekat dengan abang." aku menghampirinya yang berada di sofa. Dia menutup pintu bilik dan mengunci pintu. Suis lampu ditutupnya.

"Abang tak tahu sama ada ayah dan mak dah beritahu atau belum soal ni, tapi abang perlu katakan juga pada Nur." Keadaan yang gelap membuat aku berasa sedikit gentar tambah pula dengan kata-kata suamiku lagi seakan serius.

"Di dalam tandas dan bilik kita semua adanya jin yang turut tinggal di dalamnya. Jadi kalau tidak mahu jin itu jatuh cinta dengan menikmati tubuh kita maka tutuplah aurat ketika mandi. Bahaya kalau jin dah jatuh cinta dengan manusia." sambungnya. Aku yang mendengarnya sudah kecut perut. Ada jin yang menikmati tubuhku?, gusar hatiku.

"Jadi selama ni..." air mataku sekali lagi jatuh.

"Hukum mandi tanpa seurat benang ni, harus sebenarnya namun perlulah membaca doa masuk tandas dan keluar tandas untuk dilindungi daripada gangguan syaitan. Perkara ini juga hanya dibenarkan di tempat yang tertutup seperti dalam bilik air di rumah bukannya di tempat awam seperti tandas di sebuah tempat bersukan." bahasnya lagi.

"Oh.. tak mengapa rupanya." aku menghembuskan nafas lega. Aku ada tahu sedikit pasal info ini waktu belajar dulu tapi dah lupa. Keadaan masih gelap dan suamiku tidak mahu membuka lampu itu. Apa motifnya juga aku tidak tahu. Ikutkan saja rancangannya. Waktu sudah jam satu pagi. Dahlah suruh mandi tadi. Air di tangki pastinya sejuk pada waktu begini.

"Nur pernah tak cukur bulu dekat badan Nur tu? Ketiak dan tempat...tu?" tanya suamiku lagi. Ya Allah, soalan apakah ini? Semua benda ke aku perlu bagitahu?, bisik hatiku.

"Emm...apa abang ni, soalan ni agak..."

"Abang hanya ingin Nur jujur, tu je." tenang dia menjawab.

"Kalau yang itu, Nur pernah cukur, dan bahagian bawah tu pun pernah."

"Alhamdulillah, sebenarnya mencukur bulu ketiak dan ari-ari termasuk dalam lima sunnah Rasulullah, seperti sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud, lima hal yang termasuk sunnah fitrah: Mencukur bulu ari-ari, berkhitan, memendekkan kumis, mencabut bulu ketiak dan memotong kuku."

"Kalau kita tak cukur apa akan terjadi?"

"Sesungguhnya iblis suka akan lelaki dan perempuan yang tidak mencukur atau mencabut bulu ketiak atau bulu ari-ari selama empat puluh hari. Di situlah iblis mengecilkan diri, bersarang, bergantung, berbuai seperti pijat pada bulu itu. Namun diharamkan untuk mencukur di hadapan perempuan lain bagi seorang perempuan dan di hadapan lelaki lain bagi seorang lelaki, begitu juga di hadapan orang ramai kecuali pendedahan seorang isteri untuk suaminya atau seorang suami untuk isterinya." jawab suamiku sambil membuka suis lampu bilik. Sekaligus mukaku menjadi merah padam mendengar ayat terakhirnya.

"Nur rasa lebih baik Nur mandi dulu." terus sahaja aku berlari ke dalam kamar mandi. Malu yang tidak tertahan untuk aku tanggung. Pendedahan seorang isteri untuk suaminya?, getus jiwaku.

"Nur, jangan lama-lama sangat, abang nak ambil wuduk balik ni." kata suamiku sambil mengetuk pintu kamar mandi.

"Ya..ya" sahutku disebalik pintu kamar mandi.

Apabila aku keluar daripada kamar mandi, suamiku sudah tertunduk tidur di sofa. Aku rasa begitu segar setelah mandi. Kenapa suami aku suruh mandi ye? Ada bau busuk ke?. Aku yang masih bertuala sahaja cuba untuk mengambil deodoran di dalam almari. Tanpa sengaja, tualaku terlucut dan tidak sempat untuk aku selamatkan. Hah! Suamiku terus terjaga dan sempat melihat aku dalam keadaan memalukan. Aku terus mengambil tuala dan melilit ke badanku semula. Aku membelakangkan mukaku daripada suamiku. Suamiku menghampiriku. Aku sudah malu. Mana nak letak muka ni?, desis hatiku.

"Sayang." kata suamiku seraya memegang bahuku dari belakang.

"Maaf, tak sengaja" jawabku tanpa memandangnya. Dia mengalihkan badanku agar memandang mukanya. Aku masih lagi tertunduk malu.

"Tahukah sayang aurat seorang perempuan terhadap yang lain?" tanya suamiku. Aku hanya membisu.

"Malu ke?" tanya suamiku lagi. Aku hanya mengangguk-anggukkan kepalaku.

"Macam nilah, batas aurat seorang perempuan berbeza mengikut empat situasi iaitu aurat bersama suami, aurat di hadapan lelaki ajnabi, aurat di hadapan mahram dan aurat di hadapan perempuan lain."

"Aurat perempuan di hadapan lelaki ajnabi ialah keseluruhan badannya kecuali muka dan kedua-dua telapak tangan, di hadapan mahramnya dan perempuan lain pula antara pusat hinga lutut." katanya. Kemudian, tangannya melingkari pinggangku lalu berbisik di telingaku.

"Dan tidak ada aurat antara suami dan isteri. Harus bagi suami melihat ke seluruh badan isterinya termasuk kemaluannya." Jemarinya mula mencari selitan tuala dan berupaya membukanya. Aku pula berupaya menghalang jarinya daripada melonggarkan selitan tualaku. Aku sudah berkerut muka. Apa pasal pula ni? Buang tabiat apa?, getus hatiku.

Akhirnya dia mengalah daripada terus mahu membuka tuala yang aku pakai saat ini walaupun aku tahu tenaganya belum digunakan sepenuhnya. Dia melangkah ke belakang dan duduk di sofa. Aku terus mengambil deodoran dan diletakkan di bawah pangkal lenganku. Aku menyarungkan baju t-shirt dan memakai seluar tidur. Suamiku memandangku dari atas hingga bawah badanku. Mukanya seperti tidak berpuas hati dengan apa yang aku pakai saat ini. Matanya masih melilau melihat aku. Aku turut memandangnya sambil mukaku dibuat pelik. Aku mengangkat bahu tanda tidak tahu apa maksud pandangannya itu. Dia menghempuk-hempuk sofa. Aku mendekatinya dan duduk di sebelahnya.

"Kenapa pandang macam tu, salah ke apa yang Nur pakai ni?" aku memandangnya.

"Kenapa tak pakai baju sebelum mandi tadi?" kata suamiku sambil tangannya menggaru pipinya.

"Baju tadi dah basah dalam bilik air." selamba aku menjawab.

"Laa... baru je nak... "

"Nak apa?" kataku sambil mengecilkan mata.

"Tak ada apa-apalah."

"Sekarang ni nak buat apa? Nur dah ngantuk ni."

"Nak buat apa lagi, buat benda biasa sebagai suami isterilah." selamba suamiku membalas. Aku terdiam seketika. Apa yang suami isteri selalu buat waktu malam macam ni?, ligat fikiranku berfikir. Oh...oh.. dah dapat jawapannya. Apa!, jiwaku sudah berdebar-debar menyedari hakikat sebenar kata-kata suamiku.

"Jomlah kita ambil wuduk." kata suamiku. Aku menuruti sahaja.

Usai mengambil wuduk, dia menyuruh aku memakai tudung di kepala. Pakai tudung nak buat apa?, tanya hatiku.

"Ni al-quran, hari ni kita baca surah al-Mulk, hari lain kita tukar surah pula." tenang sahaja dia kata kepadaku. Aku menghela nafas perlahan.

"Ni rupanya." kataku kepada suamiku.

"Ingatkan apa tadi, nak ni?" Suamiku merapatkan tubuhnya ke arahku.

"Hah..." aku menjauhkan diri daripadanya.

"Sudah, sudah, nanti orang dengar, buat malu je nanti." suamiku berhenti mendekatkan dirinya lalu duduk di atas katil.

Suamiku sudah memegang al-Qur'an di tangannya, hanya menunggu aku yang terkapai-kapai memakai tudung dihadapan cermin muka.

Suamiku memegang sebelah bahagian al-Qur'an manakala aku memegang sebelah bahagiannya. Aku merasakan tenang sekali membaca surah al-Mulk bersamanya. Seolah-olah inilah kali pertama aku menyentuh hatinya yang lembut nan suci. Ya Allah, kekalkanlah kebahagiaan ini dalam hati kami berdua. Aamin.

"Kebahagiaan rumah tangga bermula dengan kejujuran dan kepercayaan antara suami dan isteri, sayang kena ingat tu. Tolong abang ye sayang membina masjid ini." kata suamiku tatkala selesai membaca doa selepas membaca al-Quran.

"Ya abang, Nur akan ingat sampai bila-bila selagi cinta ini terus bertakhta dalam hati ini menuju redha Illahi." jawabku diakhiri senyuman manis untuk suamiku. 

Isteriku, tolong abang, boleh?Where stories live. Discover now