Bahagian 3

3.5K 30 9
                                    

Aku terjaga dari tidur lenaku apabila telefon bimbit berdering nyaring lagu Ego yang berbahasa Perancis. Jemariku bergerak perlahan. Mataku terkebil-kebil mencari telefon. Tangan suamiku yang memegang pinggang aku leraikan perlahan. Telefon diangkat sejurus melihat skrin telefon yang tertera nama 'Lily'.

"Assalamualaikum Lily" suara serakku kedengaran.

"Wa'alaikumussalam Nur. Mak Lily.." suara Lily mula menjadi perlahan dan menangis.

"Lily, kenapa ni?" aku yang awalnya mamai terus menjadi segar.

"Mak Lily meninggal. Lily nak balik kampung. Tapi sekarang pukul 3 pagi. Lily takut nak balik sendiri." balas Lily setelah selesai mencari nafas untuk bercakap. Aku tersentak lalu menyebut Istirja' (إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ ) seakan menjerit.

"Sabar Lily. Kau kena kuat. Aku akan bantu kau. Aku cakap dengan suami aku dulu. Sementara tu, kau kemas barang-barang kau dulu"

"Nur, aku dah tak ada emak.." longlai sahaja suara Lily.

"Lily, kau kena redha dengan semua ni. Allah lebih sayangkan dia. Ingat Allah, Lily" Nur tersentuh mendengar pengakuan Lily. Ya Allah, berikanlah kekuatan untuk kawanku ini, doaku dalam hati.

Talian dimatikan. Aku melihat suamiku sudah tiada di sebelah. Lampu bilik air sudah sedia pasang. Bunyi air kedengaran. Sebentar sahaja suamiku sudah keluar dari bilik air dengan muka yang basah.

"Bila masa abang pergi bilik air?" kataku dengan pelik.

"Tadi, abang tersedar bila dengar sayang jerit tadi" muka suamiku sedikit dimuramkan.

"Abang... maaf abang. Sayang terkejut tadi" aku dah mula turun dari katil lalu mendekatinya.

"Maafkan Nur ye abang" aku cuba memegang tangan suamiku namun dia semakin menjauh.

Aku terasa hati bila suamiku memperlakukanku begitu. Besar sangat ke salah aku dekat dia sampai aku nak pegang tangan dia pun, dia tak sudi.

"Abang tak nak maafkan Nur ke?" aku tertunduk.

"Eh.. eh, janganlah salah faham. Abang tak marah pun Nur. Cuma abang dah ambil wuduk tadi" senyumnya perlahan.

"Ish, abang ni kan" aku turut tersenyum.

"Tak baik tinggikan suara dekat abang, Nur" suara suamiku berubah serius.

"Nur.." aku cuba membetulkan suara. Kali ni, baru betul-betul suamiku marah.

"Sebaik-baiknya wanita untuk suami adalah yang menyenangkan saat dilihat, taat saat diperintah, dan tidak menentang suaminya baik dalam hatinya dan tidak membelanjakan (memakai) hartanya pada perkara yang dibenci suaminya, hadis riwayat Ahmad" 

"Abang marahkan Nur ke? Nur tak berniat nak sakitkan hati abang"

"Abang tak marah Nur, cuma abang nak ingatkan Nur"

"Baik abang. Nur tak buat lagi lepas ni"

"Itu je?" 

"Apa lagi... abang.." suaraku yang awalnya nak ditinggikan jadi semakin perlahan.

"Macam tulah isteri abang, cakap lembut-lembut, hati abang pun jadi tenang. Macam ni Nur, bila kita berjanji sesuatu, kita perlu ucap 'In shaa Allah' sebab segala yang berlaku adalah atas ketentuan Allah seperti dalam surah yang kita sering baca setiap hari Jumaat, surah Al-Kahfi ayat 23 hingga 24 iaitu 'Dan jangan sekali-kali engkau (Muhammad) mengatakan: 'Sesungguhnya aku akan mengerjakan ini esok', kecuali (dengan menyebut): insya Allah...' "

"Oh..okay. In shaa Allah lepas ni Nur tak buat lagi"

"Jomlah kita tahajud dah alang-alang terbangun" kata suamiku lalu mengambil sejadah di ampaian.

"Abang, Nur nak cakap sesuatu" katalu lalu nada suaraku menjadi sedih kembali.

"Kenapa sayang? Cakaplah, abang dengar." 

"Kawan Nur call tadi. Mak kawan Nur meninggal dunia." 

"Innalillahi wainnalillahi rojiun"

"Dia minta tolong kita hantarkan dia ke kampung dia"

"Boleh, abang boleh tolong. Dah cepat kemas barang kita"

"Tak apa ke abang? Esok, kita kan kerja"

"Tak apa. Urusan dunia kita boleh selesaikan. Sayang buat EL. Abang pun buat. Kawan sayang dalam kesusahan, kita kenalah bantu. Lagi pula, kita perlu tunaikan hak sesama muslim."

"Apa hak sesama muslim, abang?"

"Seperti hak isteri terhadap suami yang perlu abang tunaikan pada sayang, begitu juga hak sesama muslim. Dalam hadis riwayat Muslim,  "dari Abu Hurairah Radiyallahu anhu ia berkata: Rasulullah Sallallahu Alayhi Wasallam bersabda: Hak seorang muslim terhadap sesama muslim itu ada enam: Jika kamu bertemu dengannya maka ucapkanlah salam, Jika ia mengundangmu maka penuhilah undangannya, Jika ia meminta nasihat kepadamu maka berilah ia nasihat, Jika ia bersin dan mengucapkan 'Alhamdulillah' maka do'akanlah ia dengan 'Yarhamukallah', Jika ia sakit maka jenguklah Dan jika ia meninggal dunia maka iringilah jenazahnya". Begitulah semua hak yang perlu kita tunaikan sayang dan mengiringi jenazah hukumnya fardu kifayah. Kalau tak ada sesiapa yang menguruskan, maka satu daerah itu menanggung dosanya"

Aku menyiapkan bajuku dan baju suamiku. Setelah itu, kami mengambil Lily di rumahnya. Perjalanan ke kampung Lily mengambil masa dua jam dari Ipoh ke Alor Setar. Kami sampai ketika azan subuh berkumandang.

"Kita dah sampai ni, kita solat subuh dulu ye. Nanti dah sampai rumah Lily, bolehlah kita terus uruskan pengebumian mak Lily. Saya harap Lily banyakkan istighfar, dan redha dengan pemergian mak Lily. In shaa Allah kami ada untuk sama-sama tolong." kata suamiku apabila memarkir kereta di hadapan masjid.

"Mari Lily, kita solat subuh dulu" aku mengajak Lily lalu menuju ke tempat solat Muslimat.


Isteriku, tolong abang, boleh?Where stories live. Discover now