Pintu dibuka dan mereka berdua mencampakkan diri ke atas katil. Mereka saling berpandangan dan tersenyum. Ahh siapa tak suka saat ni. Impromptu gila. Mereka berdua kemudian berdiri menghadap diri masing-masing, rapat. Helaan nafas Khalid yang hangat dapat dirasai oleh Mija.
"Oii Khalid jangan terbabas woi. Panjang lagi perjalanan kita ni," kedengaran suara Nine dari bawah. Mija meletakkan jarinya di bibir Khalid apabila Khalid mahu bersuara.
"Sshhhh. Sekejap je kay?" pujuk Mija lembut. Mija mula melarikan tangannya ke badan Khalid tapi Khalid menepis sedikit. Dia mula berasa pening yang teramat. Mija mula bertanya kenapa dan mereka duduk di kaki katil dengan Khalid yang tidak berbaju yang menampakkan susuk tubuhnya yang katang hasil gym setiap minggu. Kepalanya berpinar, baginya mungkin kepenatan drive malam dan limpahan cahaya dari lampu jalan yang berpanjangan dan tidak lupa juga kepada driver yang bangang pakai high beam apabila berselisih.
"Awak okay tak ni?" soal Mija.
"Tak. Rasa pening gila macam nak tebuk kepala je," jawab Khalid.
"Lah ye ke," ujar Mija lembut. "Meh sini saya picit pale awak," katanya lalu bergerak ke belakang Khalid dan memicit kepalanya. Ketika Khalid sedang asyik melayan urutan Mija, tiba-tiba pandangan matanya menjadi samar-samar dan dunia seolah-olah berputar dengan pantas. Badannya mula terhuyung-hayang sementara tangannya cuba berpaut di tangan Mija untuk mengembalikan kestabilannya. Mija mula berasa panik dan menahan badan Khalid daripada tersembam menyembah bumi. Mija membaringkan Khalid di atas belakangnya di katil. Pandangan Khalid yang berpinar tadi terus menjadi gelap.
~~~~~~~~~~
"Weh aku lelap mata jap. Pening ah. Nak gerak kejut tau," kata Rahman lalu menyandarkan kepalanya ke belakang.
"Whatever. Yang korang pon pening gak? Dok urut-urut kepala ni," ujar Nine apabila perasan Nora dan Farah sedang mengurut-ngurut kepala masing-masing sambil bersandar di sofa kulit berwarna coklat itu.
"Entah la Nine. Macam nak gelap mata. Kitorang pon lelap sekejaplah. Bolehkan Puan Haliza??" kata Nora sambil buat muka comel dengan Puan Haliza.
"Hmm boleh aje," balasnya pendek. Dia kemudiannya bangkit menuju ke dapur begitu juga dengan Hamzah dan Mazlan, meninggalkan Azimah dan Nine di ruang tamu yang luas berdua manakala yang lain sudah lena dibuai mimpi.
"Tak ngantok ke Zulkarnain?" soal Azimah tiba-tiba. Nine yang sedang bermain COC di telefonnya tersentak sedikit.
"Tak sangat. Dah tido dah tadi sepanjang jalan," jawab Nine pendek sambil matanya masih lagi tertancap di skrin telefon. Ketika sedang search opponent tiba-tiba telefonnya memberi amaran meminta dirinya untuk diberi kuasa. Memandangkan dia berada di rumah Mija, dia memutuskan untuk pakai sahaja power point di rumah itu. Taknak membazir battery di powerbank. Nine kemudiannya mengambil kunci kereta dari poket Rahman untuk mengambil charger di dalam kereta. Sebaik sahaja dia keluar dari pintu rumah, riak wajah Nine terus berubah kerana kereta Estima Rahman kini bertayarkan batu-bata. Keempat-empat tayar sudah lesap hilang entah ke mana.
Kekal tenang, Nine terus mencari di kawasan sekeliling kereta mana tau ada manusia nak buat lawak main sorok-sorok dengan tayar kereta Rahman namun hampa setelah berpusing di kawasan sekeliling hampir tiga minit. Angin yang mendamaikan membuatkan keadaan di luar sangat selesa. Malas sebenarnya dia mahu masuk balik rumah tapi keadaan kereta Rahman perlu diberitahu. Kalau tak mampus dia amuk. Nine memutuskan untuk looting dulu sebelum masuk untuk memberitahu Rahman dan yang lain.
Usai looting, dengan senyuman yang masih terukir di bibir dek rezekinya yang murah malam ni, Nine masuk ke rumah dan sekali lagi dia hampir terkena mini heart attack apabila ruang tamu yang tadi menjadi tempat tidur kawan-kawannya kini kosong. Takkan dah bangun kot? But where the hell are they? Merasakan bahwa ada benda yang tak kena, Nine terus menjerit-jerit nama-nama kawannya mengharapkan mereka cuma berada di tempat lain dan menyahut panggilannya. Namun hampa. Bunyi air-cond sahaja yang menyahut panggilan Nine.
Nine kemudian naik ke tingkat atas untuk roger Khalid tentang apa yang telah berlaku. Nine mencuba untuk buka setiap pintu memandangkan ada banyak bilik di tingkat atas sambil menyeru nama Khalid. Goddamn takkan dah pass out dah. Belum setengah jam lagi, omel Nine. Setelah mencuba setiap bilik, Nine putus asa kerana tiada tanda-tanda Khalid masih ada di situ. Dia kemudiannya turun ke ruang tamu dan menghenyakkan punggungnya ke atas sofa sambil meraut mukanya.nine sedang cuba untuk menghadam apa yang sedang terjadi. Mahu lari tayar kereta pulak takde. Malang betul.
"AHHHH! Cepat ah gais. Takde masa doh nak main-main!" jerit Nine tiba-tiba kerana rasa stress yang masih bersisa daripada class Calculus siang tadi.
"Kenapa jerit-jerit ni," suatu suara muncul tiba-tiba ketika keresahan melanda Nine. Nine terpusing-pusing mencari punca suara itu namun hampa.
"Cari apa Zulkarnain?" duga suara lembut itu. "Milik suara yang merdu ni ke?"
"Cibs ah. Aku mana pernah percaya hantu. Tetiba ada pulak suara misteri ni," bentak Nine.
"Alahai Zulkarnain. Ni bukan hantu lah. Jangan risau,"
Jeda.
"Kawan-kawan kau tu masih ada lagi. Main sorok-sorok dengan awak letuw," sambung suara itu.
"Apa kau nak hah. Jangan buat lawak memalam ni boleh tak," tengking Nine. Tahap kesabarannya mula menghilang.
"Kadang aku hairan. Kenapa awak tak kena?" ujar suara itu, menghiraukan pertanyaan Nine.
"Kena apa?!!" jerit Nine.
"Sayang..... Janganlah jerit-jerit. Saya cakap baik-baik ni," lengah suara itu.
"Setakat bersuara tak tunjuk diri. Penakut! Bangsat!" Nine meninggikan suara mencabar suara itu. Kadang-kadang dia mengharapkan ini adalah mimpi permainan setan. Dia cuba juga menampar diri beberapa kali namun tiada efek.
"Okay. Kalau camtu........" belum sempat suara itu menghabiskan ayat, suatu tendangan padu menhinggap di belakang kepala Nine. Nine terjelopok dan tersembam ke hadapan, head first. Otaknya ligat memproses apa yang sedang berlaku sekarang. Sel-sel otak di cerebrum sedang giat berhubung serta adrenaline juga sedang di secrete dan disalurkan ke bahangian-bahagian penting dalam badan bagi menghadapi situasi fight or flight. Merasakan bahawa dia mampu menumbangkan wanita itu, dia memilih untuk terus menghadap sahaja wanita itu daripada dia melarikan diri. Ego.
"Kau siapa? Mana yang lain?!" soal Nine bertubi-tubi apabila berhadapan dengan wanita yang menutup sebahagian wajahnya dengan handkerchief merah. Rambutnya diikat gaya french braid, rajin gila, dan mengenakan baju kebaya merah yang kain dibelah hingga paras atas lutut. Memudahkan dia untuk menerajang orang mungkin.
"Aku rasa aku terlupa letak dalam sirap bandung tu lah ataupun tak cukup. Tapi aku dah double check dah tadi. Hairan," kata wanita itu sambil bergerak mengelilingi Nine yang turut berpusing sebagai langkah berjaga-jaga. "Kau siapa sebenarnya Zulkarnain? Kau ni melambatkan kerja aku lah," katanya sambil perlahan-lahan melangkah mendekati Nine. Nine pula masih mengambil langkah berhati-hati dengan menjarakkan diri daripada wanita itu. Sekali-sekala dia perlu menolak sedikit wanita itu bagi menjaga jarak. Nine juga ada membuat attempt untuk merentap sapu tangan yang menutupi wajah wanita itu namun berjaya ditepis.
"Kau letak apa hah?! Khalid mana?!! Apa kau cuba nak buat??" membuak-buak darah muda Nine ketika ini namun wanita itu tetap berlagak tenang.
"Xanax kot aku letak. Xanax. Bukan calang-calang tu. A few milligrams overdosage boleh buat orang pass out. Ke kau hantu? Jin maybe?" ujar wanita itu. "Oh by the way. Aku rimas pakai handkerchief ni. Malas dah dengar kau menyoal lagi. Rimas. Lagipun kau bukan jumpa manusia dah lepas ni," katanya selamba sambil membuka handkerchief yang terikat kemas.
Wajah Nine terus berubah apabila mendapati wanita disebalik handkerchief itu ialah Mija. "What the ffff...... Kau dah kenapa Mija? Macam sial la. Buat baik tapi dibalas macam ni," Nine mengenggam erat buku lima dan tersemat kemas di sisinya. "Kau golongan scammer yang dok viral kat wasep tu?"
"Sebelum aku bagitau kau mana member-member kau, baik kau bagitau aku siapa kau sebenarnya? Deal??" kata Mija yang sudah terduduk di sofa sambil membuat mimik muka nakalnya.
"Heh. Barter konon. Oklah, you wanna play games? Aku on je," katanya sambil menyeluk poketnya dan mengeluarkan satu emblem yang berkilat. "SB Bukit Aman. Setakat Xanax, sleeping pills, rape drug yada yada ni aku tak layan lah. Heh," lekeh Nine sambil berdekah gelak. "Aku immune bhai,"
Mija sedikit terkejut mendengar penjelasan Nine. Dia hanya tunduk tersenyum dan menghela sedikit nafasnya. "Kalau macam tu. Kita tengok SB ada ajar tak ni," belum sempat Nine menghadam apa yang dikatakan oleh Mija, suatu force field tiba-tiba menyerbu menolak Nine ke belakang. Kepalnya terhantu sikit. Dia menggosok sedikit kepalanya kerana terasa denyutan di ubun-ubun. Nasrul Haq siaa. Mampus aku. Mija hanya tersenyum memerhatikan Nine yang cuba untuk bangkit.
YOU ARE READING
Pertemuan
Mystery / ThrillerKehidupan lima orang sahabat bakal berubah apabila mereka berstuju untuk menumpangkan Amiza balik ke rumahnya kerana keretanya breakdown di tepi jalan. Apa yang terjadi? Apa tujuan keluarga Amiza? Semuanya bakal terjawab nanti.. Mohon komen ya ho...