Peristiwa lima bulan lalu ketika Nine berhadapan dengan pengamal ilmu Nasrul Haq masih segar diingatan. Bertarung dengan seorang pakcik tua yang bertongkat tetapi mempunyai kekuatan dan ketangkasan bak harinau memang menjatuhkan reputasinya sebagai SB. Berbekalkan dengan ilmu perubatan Islam, Nine terus terkumat-kamit membaca doa-doa yang membolehkannya menjadi kebal daripada serangan Mija dengan izin Yang Maha Kuasa.
Setelah berjaya berdiri di atas kaki sendiri, Nine membuka langkah bagi bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Mix Martial Arts yang dipelajarinya juga sedang ligat diproses di cerebellum bagi memilih gerakkan yang sesuai untuk menumpaskan wanita durjana ini. Kemudian beberapa siri daya yang dilepaskan oleh Mija mula menyerang bertubi-tubi ke arah Nine. Sesekali Nine meraung dan meneran kesakitan kerana terkena alat sulitnya dan bahagian perut. Ahh, ada abs pon bukannya nak function time-time ni, detik Nine.
Nine terus mencuba untuk menghampiri Mija kerana mengikut pengalamannya, lagi dekat lawan dia lagi lemah tenaga yang boleh disalurkan. Mintak-mintak hipotesis ni betul la. Setelah Nine berjaya rapat ke Mija, Nine cuba untuk mencapai leher Mija bagi menamatkan segala-galanya, pantas. Dia juga perlu menjaga jarak supaya telurnya tak dilutut ataupun dicengkam tiba-tiba. Masing-masing tersenyum. Nine terus membuka langkah lalu menumbuk abdomen Mija mengharapkan dia tertunduk dan terus menghentak kuat bahagian nadi. Adrenalin yang kini telah tersebar ke seluruh badan Nine membuatkan Mija tertunduk sedikit mengerang kesakitan. Ketika Nine cuba untuk menggapai leher Mija, hanya beberapa inci, tiba-tiba tangan Nine dikilas ke belakang membuatkan Nine tersembam mukanya ke atas jubin.
Rasa besi terus menjalar di lidah apabila dijilat bibirnya. Bahagian belakangnya terasa berat kerana lutut Mija menahan Nine daripada bergerak. KRAKKK!! "ARGHHHH sakit bodoh!!!" Tengking Nine apabila tangan kananya dipulas lagi. Dia merasakan soket di sikunya sudah lari alignment. Apabila tangannya di lepaskan, Nine tidak mampu untuk menggerakkan tangan kanannya. Dia cuba untuk bangkit namun kakinya terasa kebas. Tak dapat rasa kaki siaa.
"Rilek je Zulkarnain. Aku rasa SB macam kau tak lut kot dengan overdosed immobilizer serum ni. Entah apa nama aku malas nak ingat," katanya sambil bercangkung di hadapan Nine.
"Kau pelaq cibai punya betina," katanya sebelum pengsan akibat kepalanya dihentak keras dengan pasu bunga crystal oleh Mija.
"Heh. SB konon. Kalah dengan pompuan pulak tu," cebik Mija sambil memapah Nine ke tingkat atas.
~~~~~~~~~~~
"Nak siapa dulu ni?"
"Rahman kot. Macam tak berisi sangat je,"
"Suka hati la. Tapi kalau ikukan, Mija nak si mamat sado tu. Tak puas hati,"
"Yang tu nanti la. Ni nak ringan-ringan je dulu. Dah cepat setting meja. Pompuan tapi lembap buat kerja,"
"Kau tu takyah nak skeptikal sangatlah. Dahla aku yang kena lawan mamat tu. Kau buat apa je sebagai abang, hmphh," dengus Mija.
"Alah lek ah," balas Hamzah sambil menyiapkan apa yang patut. Bunyi besi dan kaca berdenting, meja kayu yang bedetak menghasilkan suatu irama yang membuatkan mereka semakin tidak sabar. Lagi-lagi Mija apabila dia perlu recharge 'manna' yang dipakai untuk berlawan dengan Nine.
Setelah semua perkakas siap tersusun rapi di atas meja kayu jati yang tampak elegan dan klasik itu, kesemua adik-beradik Mija mengambil tempat masing-masing. Kemudian, masuk Puan Haliza dan Nine serta kawan-kawannya yang lain kecuali Rahman mengambil tempat. Mereka seperti dipukau kerana mengambil tempat duduk secara rela dan tidak melawan sedikit pon.
"Semua dah ada?" Soal Puan Haliza.
"Dah mak. Hamzah bawak masuk eh?" soal Hamzah lalu bangkit dengan Mazlan menuju ke dapur. Setelah dua minit di dapur, mereka masuk semula dengan mengangkat Rahman yang tangan dan kakinya diikat pada skewer seperti kambing golek. Keadaan Rahman sangat sadis, kepalanya dibotakkan, kelopak matanya dipotong, mulutnya terjahit rapat serta kotak suaranya dibuang supaya dia tak memekak nanti. Wajah kawan-kawannya tidak menampakkan sebarang reaksi. Hanya tenang seperti tiada apa-apa yang berlaku.
Tubuh Rahman dibaringkan di tengah meja dengan hanya berspender putih. Tangan dan kakinya diikat kemas bagi mengelakkan kejadian pergelutan tak terkawal nanti. Rahman masih meronta-ronta di atas meja itu. Mahu sahaja dia menjerit namun tak terdaya dan hanyalah angin yang dingin melepasi kerongkongnya. Dia terus meronta-ronta kuat menyebabkan sebuah gelas jatuh dari meja dan berderai akibat gegaran meja yang kuat. Mija yang seperti hilang sabar terus menumbuk kuat wajah Rahman beberapa kali sebelum Rahman tidak sedarkan diri. Hamzah pula mengemas kaca yang berderai di atas lantai dan mereka kembali duduk untuk memulakan supper mereka.
"Jap, before we start," kata Puan Haliza. Dia kemudian memetik jarinya sambil mulutnya terkumat-kamit membaca mantera. Setelah beberapa saat, Nine, Khalid, Nora dan Farah tersedar daripada hipnosis mereka. Serentak itu juga, Nora dan Farah menjerit halus apabila mendapati Rahman terkulai di atas meja. Nine pula masih mamai dan blur manakala Khalid sudah mula menggelabah tentang apa yang sedang terjadi. Masing-masing juga mencuba untuk bangkit dari tempat duduk namun gagal kerana badan mereka terasa kebas.
"What's going on here?!" soal Nora, cemas. Sambil badannya masih struggle untuk bergerak.
"Bertenang sayang. Kita ada nak buat makan-makan sikit," ujar Hazimah sambil mengelus lembut pipi Nora.
"WHAT THE FUCKK!!!" jerit Nine bengang. Wajahnya tampak membara dengan penuh kebencian.
PANGGG!!!!
"Tak baik mencarut depan rezeki. Tak berkat tau," kata Mija selepas puas melempang kuat wajah Nine. Dia masih lagi panas hati dengan Nine. Sungguh. Nine pula hanya mampu mengerang kesakitan.
"Silence please!" ujar Hamzah sambil berdiri. Jeda. "Thank you. Okay buat yang masih clueless pasal malam ni, kitorang nak buat sikit majlis perasmian gitu. Kan mama?"
"Hmmm," ujar Puan Haliza pendek.
"So shall we proceed?" soal Hamzah. Semua ahli keluarganya mengangguk setuju manakala Nine, Nora, Farah dan Khalid kuat membantah namun tak dilayan. "Oh yeah. Lupa nak pesan. Kalau korang melawan, orang sebelah korang suntik dengan pain receptor stimulator. Jangan risau, it'll not cause death, just tingle your pain receptor. Macam ni," kata Azimah lalu menyuntik sedikit ke dalam badan Khalid.
Tiba-tiba badan Khalid menggelupar seperti baru lepas dipatuk ular disusuli dengan jeritan yang maha kuat. Dia juga tak mampu untuk bergerak dek immobilizer itu. Riak wajahnya jelas kesakitan dan matanya tampak seperti berdendam. Ego. Membernya yang lain terus bertukar riak wajah mereka manakala keluarga Puan Haliza hanya tersenyum kegembiraan mungkin atau kepuasan melihat orang derita kesakitan.
Setelah hampir dua minit bertarung kesakitan akhirnya stimulator itu habis kesannya ke atas pain receptor Khalid. Butir-butir peluh sudahpun membentuk di dahi Khalid. Bajunya juga hampir basah dek peluh yang terhasil sendiri daripada menahan kesakitan.
"How does it feels, Khalid? Geli-geli kew? Hiks," soal Mija dengan nada yang comel. Khalid hanya mendengus kerana perbuatan Mija yang menjengkelkan.
"Perempuan sial!! Aku tengah sakit kau bo......"
PANGGG!!!
"Oops," ujar Mija sambil meutup mulut 🙊. "Awak.... Kan saya tak suka orang mencarut depan rezeki," kata Mija. Khalid hanya mampu menahan amarahnya yang sedang membakar. Kalau tidak kerana immobilizer ni, dah lama dia jadi Hulk Smash!
"Dah-dah!" Kata Puan Haliza dengan nada yang tinggi yang sedari tadi hanya memerhati. "Kalau camni bila masanya nak start," semua membisu sambil memandang Puan Haliza. "Hamzah, start now,"
"Orait mama," katanya lalu berdiri dan mula mengelilingi meja makan itu. Lampu di situ dimalapkan dan lilin-lilin di keliling Rahman dihidupkan. Mantera mula di baca. Seketika itu, kulit-kulit masing terasa sejuk seperti berendam dalam tab penuh ais. Rahman mula menggigil kesejukan. Mantera yang dibaca Hamzah semakin jelas dibaca. Sepeti bahasa latin pada pengamatan Nine.Bersambung....
YOU ARE READING
Pertemuan
Mystery / ThrillerKehidupan lima orang sahabat bakal berubah apabila mereka berstuju untuk menumpangkan Amiza balik ke rumahnya kerana keretanya breakdown di tepi jalan. Apa yang terjadi? Apa tujuan keluarga Amiza? Semuanya bakal terjawab nanti.. Mohon komen ya ho...