Bab 2 : Perbincangan

549 37 0
                                    

Keesakan harinya. Jam menunjukkan tepat pukul 2:40 P.M.
Jihyo mencapai telefon bimbitnya dan memilih kenalan "Chan" yang semalamnya "Abang Handsome". Ya. Nama telah dia tukar disebabkan gelinya mendengar panggilan itu. Punat call ditekan.

"Eee jawablah.. aku nak selesaikan balik benda ni. Apa dia ingat kahwin ni suka-suka je ke? Aku taknak kahwin dengan laki yang aku tak cinta." Jihyo membebel sementara menunggu panggilannya dijawab. Dan......

"Ya hello?" Jawab si penerima panggilan.

"Jumpa dekat Taman Chamsarang. We need to talk. It's about us."

"Apa lagi nak bincang ni? Aku tengah busy ni lepak ngan kawan. Eh kau ni.. spoil lah." Kata chanyeol.

"Aku tak kira. Kau mesti datang jugak sekarang. Dalam masa 20 minit. Kau tak ada, aku cakap dengan mummy daddy kau yang kau langsung tak layan aku." Kata Jihyo sambil tersenyum jahat di talian.

"Aduh kau ni. Main ugut-ugut pulak! Dah yela aku dat-"

Tak sempat chanyeol nak habiskan kata-katanya.Jihyo dah matikan talian.

"Eh perempuan ni.. Aku tak habis cakap pon lagi dia dah matikan. Perempuan jenis apa lah ni. Tu pun mummy and daddy nak. Cantik lagi girlfriend aku, Lily. Argh! Stress lah!" Kata Chanyeol sambil bergegas ke tempat yang di katakan Jihyo.

Sebelum itu. Kawan-kawan nya bertanya.

"Eh nak ke mana?"

"Ada hal jap. Jumpa esok la."
Dia pun pergi dengan pantasnya. Hmm. Kena ugut punya pasal. Chanyeol memang tidak mahu parents nya risau atau sedih kerana dia. Sebab tu dia terpaksa ikut kemahuan parents dia.
(Sayang betul ngan parents dia Hahaha)

20 minit berlalu.

Di Taman Chamsarang

"Eh perempuan ni.. tadi beria suruh datang. Dalam masa 20 minit. Punyalah aku ber racing habis - habisan tadi semata-mata nak datang sini. Pilih tempat dahla tempat jauh. Nasib lah semalam baru isi minyak. Hei kau ni pon satulah Chanyeol. Kau pegi ikutkan cakap dia kenapa. Haish~" bebel nya sendirian.

Tiba-tiba...

"Gila ea? Cakap sorang-sorang. Tak ade kerja apa? "

Chanyeol menoleh. Terasa bengang.

"Eh peduli apa aku. Kau tu. Cepat betul sampai?" Perlinya.

"Eh nak perli-perli orang pulak. Hmm, tak payahlah. Traffic jam tadi." Kata Jihyo.

"Alasan. Perempuan memang macam ni. Haaa nak bincang apa lagi?" Chanyeol menyilangkan tangannya didada dan memandang Jihyo.

"Eh mamat ni. Boleh tahan handsome jugak.." kata Jihyo didalam hati.

"Oi! Cepatlah. Nak bincang ape ni? Orang tanya.. dia mengelamun pulak.." kata Chanyeol

"Aku taknak kita kahwin. " ringkas sahaja kata Jihyo.

"Ok. Balik rumah, kemas baju.. ambik kertas, buat note cakap dear mama and papa.. hyo taknak kahwin so hyo lari. HAHAHAHAH. " Chanyeol tergelak sendiri dengan kata-katanya.

Jihyo mula berasa marah, geram dan benci terhadap Chanyeol.

"Aku tak buat lawak lah! Aku taknak kahwin dengan kau! Eh kau faham tak! Aku taknak! Aku ada pilihan aku sendiri! Aku taknak kahwin dengan kau! Aku taknak kahwin dengan orang yang langsung aku tak cinta! Aku taknak!" Jihyo menjerit sambil menolak-nolak Chanyeol dihadapannya itu. Segalanya diperkatakan. Air mata mula membasahi pipi. Dengan itu Chanyeol...

"Hei pompuan! " bahu Jihyo dipegang dengan kuat.

"Kau ingat aku ni nak sangat lah semua ni?! Kau ingat kau sorang je lah yang ada pilihan sendiri?! Kau ingat aku nak sangat kahwin dengan kau?! Eh aku tak hadaplah!" Chanyeol meninggikan suara pada Jihyo sambil bahu Jihyo yang dipegang nya itu dikuatkan lagi.

"Sakitlah! Lepaskan aku!" Jihyo dengan kuat menolak tubuh sasa Chanyeol itu. Dan bahunya segera dipegang. Bersama air mata yang membasahi pipi, Jihyo berkata.

"Tolonglah.. Tolong cakap dekat parents kau.. aku tak setuju.. 'KITA' tak setuju dengan semua ni. Aku taknak lelaki macam kau. Kejam."

Chanyeol terasa serba salah. Dia telah menyakiti Jihyo. Dia rasa bersalah.

"Jihyo.. aku minta maaf.. aku.. aku tak boleh.." kata Chanyeol menundukkan kepalanya.

"Kenapa?! Bukan susah pun! Just cakap kita tak ready untuk semua ni!"

"Sebab apa tak perlu lah kau tahu. Kita tak ada pilihan.. selain setuju dengan kehendak diorang. Lembutkanlah hati kau untuk terima semua ni. Aku memang taknak buat parents aku kecewa. Aku pernah tengok diorang kecewa dengan aku dulu.. aku yang rasa perit.. kau tak rasa. Jadi kau tak tahu. So please.. Kahwin dengan aku."

Betul ke apa yang didengarnya ini? Chanyeol sendiri memintanya terima dia?

"Aku...." Jihyo tidak tahu nak berkata apa lagi.

"Kau jangan risau lah. Kita kahwin just untuk buat diorang bahagia je. Bila diorang ada depan mata.. kita jadi suami isteri.. tapi bila diorang tak ada depan kita.. kau boleh buat hal kau.. aku buat hal aku. Jangan risau. Aku tak control hidup kau. Kita jadi suami isteri sementara waktu ni je.. in 6 month.. lepastu aku akan lepaskan kau. Aku sendiri akan cari alasan untuk bagitau parents kita nanti. Okay?"

Jihyo mengesat air matanya.

"6 month? Okay.  Lepastu lepaskan aku." Kata jihyo.

"Ye.. nah lap muka kau tu" Chanyeol memberikan jihyo sapu tangannya.

Jihyo pun mengambilnya lalu mengesat air matanya dan mukanya.

"Menangis macam budak kecik. Aku balik dulu."

Kata Chanyeol dan sempat lagi dia menambah sebelum pergi.

"Sapu tangan tu kau jangan tercium-cium pulak malam nanti. Yela.. kot-kot nak lepaskan rindu kan? Aku kan handsome.. "

Chanyeol mengenyitkan sebelah matanya pada Jihyo kemudian berlalu pergi.

"Eeee kejap baik.. kejap tak.. sah dia gila." Jihyo mula mencebik.

Jihyo berjalan masuk ke keretanya.
"It's okay Jihyo.  Kau boleh. Cuma 6 bulan je kau perlu bertahan. Lepastu kau bebas. Jihyo Fighting! "
katanya sendiri kemudian menghidupkan enjin kereta dan memandu pulang ke rumah.



Hai! Sorry lah kalau tak best ke apa. Typo or apa. Hahahaha. Walau apa pun.. hope u gaisss suka. Teruskan baca. And Thanks Kepada yang  follow and vote. ✨

Hopeless Love (Malay ver.)Where stories live. Discover now