Bab 4 : Hari Pertama

550 39 1
                                    

Guru Besar : Okay Ji Hyo. Ayah kamu tu kawan saya tau. Kamu tahu tak?

Jihyo senyum malu - malu macam kerang busuk.

Jihyo  : errr.. kenal.. tapi kenal nama jelah. Muka tak kenal.. Maafkan saya. *tunduk*

G.Besar : oh tak apa lah. Sekurang-kurangnya kamu tahu nama saya. Tak perlulah minta maaf. Lagipun saya ni dah tua.. handsome pun tidak. And kalau Jihyo nak. Jihyo boleh panggil saya uncle je.

Jihyo tersenyum dan kemudian tertawa sopan.

Jihyo : okay uncle. Tapi kalau uncle tak kisah.. Jihyo panggil uncle bila tak ada pelajar tau. Bukan apa.. Jihyo taknak lah diorang kata bukan-bukan pasal Jihyo. Nanti buruk pula nama uncle.

Kini guru besar itu pula tertawa.

G.Besar : Okay uncle tak kisah pun. Oh ya.. ni keperluan kamu kat sini..

G.besar memberikan satu beg kepada Jihyo dan jihyo pun mengambilnya.

Jihyo : okay. Tapi kan uncle kelas.. errr.. " 2XO3" ni kat mana? Jihyo tak tahu. Nanti kalau Jihyo pergi sendiri ni kang ada yang sesat ni. Hehehe..

G.Besar : oh.. pasal tu jangan la risau.. kejap lagi ada guru kelas kamu datang.err.. mana ya.. tadi kata nya 3 minit je dah sampai.. haa! Tu dia..

Ms.Yeon : oh maafkan saya lambat sikit.. ni pelajar nya ya? Wah.. cantik.. harap perangai pun cantiklah ya..

Jihyo : aaa.. ya saya pelajar baru.. Song Ji Hyo. *tunduk hormat*

G.Besar : jangan risau.. dia ni baik.. oklah.. nanti lambat pula mulakan pembelajaran. Jihyo,  kamu ikut je cikgu ni.. ini puan Yeon.

Jihyo : ne * tunduk hormat *

Kemudian Jihyo ikut cikgu tersebut ke kelas. Dari jauh sudah kedengaran jugalah suara riuh para pelajar kelas 2XO3..

-Di dalam kelas 2XO3

Chanyeol : eii mana Jihyo  ni? Takkan tak jumpa cikgu tu kot. Lambat betul dia lapor diri. Nak kata dia cantik sampai cikgu nak ngorat tu tak de lah.. dia pon bukan cantik sangat. Tak seksi dan tak berapa nak menggoda pun. Kenapa ek?

Chanyeol membebel perlahan sambil menongkat dagu. Beberapa saat kemudian dia menegakkan badannya dengan pantas dan mengelipkan matanya berkali-kali.

Chanyeol : yang aku sibuk sangat pasal dia dah kenapa. Eh lantak dia lah nak masuk bila. Tak masuk kelas ke ape ke.. aduhaii.. Come on Chanyeol.. kau bukan jenis yang ambil kisah pasal orang yang kau tak suka pun.

Tiba-tiba ketua kelas bangun dan guru kelas pun masuk. Jihyo masih menunggu di luar.

Ketua kelas : Perhatian! Salam hormat! *tunduk*

Masing-masing senyap dan mengikut arahan ketua mereka.. kemudian ketua kelas duduk dan mereka semua bersedia untuk mendengar apa yang nak dikatakan oleh guru itu. (wow.. hahaha)

Ms.Yeon : okay. Dengar sini.. hari ni.. ada pelajar baru masuk kelas ni. Saya nak kamu semua bantu dia bersama. Berkawan bersama. Ingat!  Saya kata berkawan. Faham?

Semua : Ne! (Ya/yes/ok)

Ms.Yeon : masuk..

Jihyo menarik nafas sedalam - dalamnya sebelum berjalan masuk dan berdiri dihadapan kelas.

Masuk sahaja Jihyo.. semua mata tertumpu kepadanya dan kedengaran ada sekumpulan pelajar lelaki membuat bunyi "wooo" tanda teruja dengan kehadiran pelajar perempuan yang cantik seperti jihyo itu.

Selain daripada itu, ada 2 orang pelajar perempuan yang memandang sinis terhadap jihyo. Entah apa yang tak kena tah. Dijelingnya jihyo tetapi jihyo hanya tersenyum pada mereka membuatkan 2 pelajar perempuan itu meluat.

Hopeless Love (Malay ver.)Where stories live. Discover now