Alaaaa, taknak kawan!

14 0 0
                                    


Dulu-dulu,

Bila merajuk,

Selalu sebut ayat kat atas tu.


Acah-acah merajuk.

Budak manja, biasalah!


"Taknak kawan! Bagitau atuk kite!"

Itu, ayat masa Darjah 1.

Cam comel je kan? Haha.


Sekarang?

Sama jugak.

Tapi, ayatnya gini.

"Taknak kawan! Bagitau zauj kite!"


Haha! Okayy okayy tu gurau aje.

Chill! Haha.


Sensitif? Ya, itu aku.

Tapi, pointnya kat sini,

Bukan nak cakap pasal budak yang kuat merajuk ni.


Tapi, nampak tak?

Walau sejauh mana kaki kita melangkah,

Kita lari jauh mana pun,

Kita lompat bintang sampai Zimbabwe pun,

Kita takkan pernah dapat lari dari satu entiti,

Yang namanya masalah!


[Errr... ade kena mengena ke topik masalah ni dengan intro kat atas tu hakak the choc dino?] - monolog pembaca.


[Eh, mestilah ada! Kalau takde pun buat-buat ada je, kalau tak nanti hakak rotan! Haha *gelak kejam*]- balas hakak the choc dino.


Okayy,

Jadi dalam hidup ni,

Kita tak boleh mengelak dari hal-hal yang akan membuatkan kita tersinggung, terasa hati malah memendam rasa.

Hatta perkara tu sekecil-kecil anak cucu cicit Amoeba sp.


Pernah rasa tak?

Orang tu, orang ni.

Cari pasal dengan kita.

Tak se'kepala', se'bulu', se'kaki' payung. Eh? Abaikan haha.


"Haisshhh, sabo jelah aku dengan dia ni."


Semua orang, mesti pernah rasa. 

Jangan tipu hehe. 

Mesti walau sekali pernah rasa camtu kan.

Cuma bezanya, sejauh mana kita berlapang dada, atau memprotes geram.


"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat."


[Al Baqarah:45]


Allah sayang awak.

Allah tau awak kuat.

Allah uji awak dengan maha dahsyat.

Tapi, Dia menolong dengan hebat.


Kita takde pilihan,

Melainkan hadapi ujian tu dengan sabar!

Yes, sabar!


Errr, kalau tak boleh sabar?

Macam mana?

Masuk Neraka ke?


Allah ciptakan kita,

Mestilah dia sayangkan kita.


Mana boleh Allah nak campak kita dalam neraka senang-senang camtu je.

Tapi, mana boleh Allah nak bagi awak

Syurga senang-senang camtu je!


Sebab Syurga bukan percuma, 

Sebab tu kena usaha!


Mahar kepada Syurga?

Iman dan taqwa.


Allahu, susah kan?

Ketahuilah, 

Mujahadah itu pahit,

Kerana, percayalah,

Syurga itu manis!


Kenapa rasa susah sangat nak redha terima ujian?

Sebab kita masih kat dunia.

Dunia ni, tipu je awak.

Dunia ni, penjara bagi orang mukmin bak kata ulama'.


Positiflah, 

Kita memang akan diuji.


Jangan takut,

Allah kan ada.


Bila marah? Kecewa?

Istighfar. 

Tenangkan hati.

Wudhu'.

Capai Al Quran.


Sungguh, amarah itu dari Syaitan.

Orang yg sado itu, kata Nabi, orang yg dapat menahan marahnya.


Hidup ni, terlalu singkat untuk kita penuhi dengan perkara remeh-temeh.

Asyik-asyik nak marah.

Sikit-sikit nak mengamuk.


Bila lagi nak cipta kenangan indah dengan insan sekeliling kita?

Yang entah esok lusa, mungkin dijemput pulang oleh-Nya?


Sabar. Sabar. Sabar.

Sabar itu indah.

Orang yang paling hensem cantik comel cun macho kool kat dalam dunia ni,

Ialah orang yang sabar!

Serius!

Wallahi, tak tipu!


Sollu'alannabiy!

Moga Allah redha,

Rasulullah suka,

Moga Jannah untuk kita semua!


-Melly-

00:50

150521

JDT, MY.



CONTENGWhere stories live. Discover now