Melindungi itu,
Definisinya, luas.
Macam awak dan saya. Hihi.
Eh? Bukan, salah tu.
Allah. Dia jaga kita.
Dengan sebaik-baik jagaan.
Dia sayang kita,
Lebih dari seorang ibu sayangkan anaknya.
Allahu.
Rasulullah, jaga kita.
Dia doa setiap hari untuk kita sepanjang hayatnya.
Kalau boleh, biar Nabi sendiri tanggung azab sakitnya sakaratul maut seluruh umatnya.
Biar Nabi tanggung semuanya.
Itu kata kekasih kita.
Allahu.
Lalu, kita dustakan cinta mereka, demi siapa?
Dia yang kononnya sanggup mati demi kita?
Ataupun dia yang langsung tak tahu kewujudan kita,
Tapi kita puja mereka siang dan malam?
Siapa?
Kau sendiri tahu jawapannya.
Cuba, 'selfie'hati tu?
Hitamkah? Berkaratkah?
Kalau kita nampak, nescaya kita takkan ada masa untuk perkara lain, kecuali sujud dan terus sujud kepadaNya.
Kerana itulah, Allah yang Maha Pengasih,
Selindung aib kita.
Dosa-dosa kita, semuanya terhijab!
Yang melindungi,
Itulah Allah dan Rasulullah.
Yang terselindung,
Itulah aib kita!
Dengan Tuhan, jangan pernah prejudis.
Persoalkan kenapa itu, kenapa ini.
Sebab, tak semua soalan perlu ada jawapan.
Retorikal.
Pesanan buat Adam,
Lindungilah ibu/adik/kakak/makcik atau sesiapa sahaja yg bergelar Hawa.
Jangan 'boneka'kan hati mereka.
Jangan sampai, fitrah itu menjadi fitnah.
Tundukkanlah pandangan, demi iman.
Pesanan buat Hawa,
Lindungilah diri anda dengan sifat Haya'(Malu).
Kerana itu mahkota sang solehah.
Jangan asyik berkhayalkan putera berkuda!
Kenapa perlu jadi Cinderella,
Sedangkan awak boleh jadi Khaulah al-Azwar?
Aku, Hamasah as Syabab!
YOU ARE READING
CONTENG
DiversosJust a random thoughts about life. Don't expect much, just don't. Because the best inspiration, Only came from He, Source of all inspirations on this world.