Part 1

769 13 8
                                    

Harini 30 April 2016 5.00 petang, hari aku berangkat pergi. Pergi ke sebuah negara yang tidak langsung pernah aku jelajahi. Aku hanya mengenalinya dengan geografi dan sebuah rancangan TV serta movie-movie. Aneh sekali bila sesuatu yang kita tidak pernah terfikir pun akan pergi, kita diberi pergi. Dengan tekad yang tinggi, aku pergi kerna Ilahi. Lagi anehnya, kali ini aku tidak pergi dengan tangan kosong. Aku membawa surat-surat cinta dari mereka. Mereka yang mengerti tentang hadis Nabi SAW yang ini, 

"Antara golongan yang mustajab berdoa, ialah doa orang musafir"

Iya, aku jelajah dengan membawa surat-surat cinta mereka kepada Ilahi. Ada yang pinta aku mendoakan kesejahteraan mereka, pinta untuk dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, ada juga yang pinta ingin pergi umrah berasam family. Juga tentang jodoh, dan banyak lagi. Ya, ini antara topik-topik hangat yang aku dapat ketika bermusafir kali ini. Tanggungjawab yang besar sebenarnya. Iyalah, kita ini membawa hajat orang, takut takut lupa, kita pun merana.

Dalam musafir kali ini, Allah ajar aku erti menjadi lebih dewasa. Aku belajar tentang manusia, belajar tentang pengharapan, dan aku juga belajar erti bersyukur. Ya, ada tiga benda penting yang aku belajar dalam musafir kali ni. 

Dan, musafir kali ini aku bukan pergi untuk bergembira sahaja, tetapi menolong sebuah keluarga. Menolong masak, dan juga berkawan dengan seorang hamba Allah yang diberi kurang penglihatan. Visually Impaired orang kata. Matanya nampak, tetapi tidak seperti kita. Nampaknya hanya kadarnya sahaja. Sikit-sikit. Tapi mashaAllah dia adalah manusia yang punya besar hatinya. Malu aku jika berdiri disebelahnya. Malu sangat. Tanyalah apa sahaja tentang sahabiah sahabiah, dia tahu. Tiap satunya. Tiap incinya. Allah. Kita? Hatinya lebih celik dari celiknya mata kita. 

 Entahlah, aku sungguh-sungguh terkesan dengan musafir kali ini. Aku belajar banyak sangat-sangat. MashaAllah!

Jika, kita kenal seseorang itu, sungguh! Travellah dengan orang tersebut untuk mengenali hal-hal tersembunyi yang ada pada orang tersebut. Bukan untuk kita mengutuk, atau bukan untuk kita menilai, atau bukan untuk kita membenci dengan tahunya kita perangai sebenar mereka, tetapi adalah untuk kita menerima kawan-kawan kita. Bahawasanya itulah dia. Itulah dia yang kita kenal selama ini. Dan dengan itu, kita belajar menerima cacat cela kawan kita. Ya, kita juga punya perangai, bagaimana orang menerima kita dengan perangainya kita, begitu juga lah kita menerima orang dengan perangainya mereka.

Kadang kita terkejut kenapa selama perkenalan kita, dia adalah manusia yang paling baik, tetapi bila travel, kita rasa kita seakan tidak kenal siapa dia sebenarnya, dan ketahuilah itulah mereka yang sebenarnya. Kawan yang kita kenal sebentar cuma itu, kawan yang kita jumpa beberapa jam itu, hanya perangai perangai cantik mereka untuk manusia-manusia yang mereka jumpa. Tetapi bila kita travel bersama, dan kenali lebih dalam, dari situlah Allah uji kita, kita berkawan mereka kerna apa selama ini. Kerna Allah kah? Atau kerna baiknya dia. Ya, manusia semua sukakan kebaikan, tetapi dalam kebaikan setiap seorang manusia, ada celanya. Terima lah, apa adanya mereka sepertimana mereka terima apa adanya kita :)

Continue lain.

Surat cinta untuk IlahiWhere stories live. Discover now