Lama pula nak sambung part 4 ni. Maafkan kemalasan orang orang menulis. Huhu.
Baiklah, bahagian ini saya ingin kongsikan penerimaan orang Amerika tentang anak anak OKU. Subhanallah! Mereka mantap sangat! Mantap lagi dari kita yang so called Muslim ni.
Nana, adalah seorang anak down syndrome. Umurnya 20 tahun. Besar dah Nana ni. Beza dengan kita pun 2-3 tahun je :')
Sepanjang saya berada di Aneheim, California iaitu selama 2 minggu, kami berulang alik ke Disneyland. Aunty ambil pakej 4 hari. 2 hari di minggu pertama dan 2 hari lagi diminggu yang kedua. Sejujurnya, Disneyland adalah antara tempat yang seronok untuk dilawati. Kalau nak bawa orang tua, saya syorkan bawalah yang gagah berjalan, eh tapi dekat sini boleh rent kerusi roda yang automatik tu, jadi takda masalah pun kalau nak bawa yang tak gagah, inshaAllah! :)
Maka, kami ada Nana, Maria, Kak Illy dan semua family kak Illy. 12 orang semuanya. Sepanjang keberadaan kami di Disneyland, penerimaan orang terhadap Nana, mashaAllah! Subhanallah! Sangat oseeeem sekali! Takde pun yang jenis nak buli ke, atau nak pandang serong ke, atau macam jijik ke, NO! Tiada siapa pun yang beri pandangan atau tanggapan yang pelik-pelik kepada kami. Semuanya baik, mashaAllaaaaaaah! Baik dia sampai saya rasa, seribu orang dekat Malaysia ni, mungkin beberapa kerat je orang yang betul atau sungguh sungguh menyayangi anak anak istimewa ni. Tapi bayangkan mereka, boleh dikatakan semuanyaaaaaa menyayangi anak anak istimewa ini.
Ada satu masa tu, sedang kami menunggu yang lain tiba di tram(kena naik tram dari parking kereta nak ke Disneyland), Nana dapat belon Baymax yang mashaAllah besaaaar sangat dan ada lampu dalam belon tu, yang diberikan oleh seorang perempuan matsalleh.
"Hello, this is for you" dia hulurkan belon itu kepada Nana.
Kami yang sebelah Nana ni, macam "ehhh?"
"Are you sure?"
"Yeah, she can have it"
"Really? Aaaa, thank you. Thank you so much!"
"Yeah, no big deal"
.
Ada juga pada satu masa lain,"Hello Princess! How are youuuu?"
They kept calling Nana, princess, beautiful, pretty, and all the good words. MashaAllah! Bayangkan Nana, dia tak perlu rasa malu ke, atau segan ke orang pandang dia, sebab semua terima dia seperti terima kita juga. Anak anak istimewa ini, punya tempat yang special sangat di hati rakyat Amerika ni. MashaAllah!
Diorang suka peluk, jadi kalau jumpa character-character Disney ni, memang mashaAllah, welcoming diorang macam Nana ni Puteri. Bayangkan?! Tak perlu dah beratur-beratur, takde siapa nak marah potong barisan ke, ape ke. Mereka ada laluan khas untuk anak anak syurga ni :') dan masa tangkap gambar dengan character ni, semua orang macam
"How lovely she is!"
"She is adorable!"
"Awww! That's beautiful!"And the list goes on. Semuanya yang baik baik. Semuanyaaa menyayangi anak anak syurga ini. MashaAllah!
Kalau tengok tandas diorang, ada untuk orang buta punya tulisan. Dekat semua RNR ada. Kalau pergi shopping mall, setiap yang ada tangga mesti ada tempat yang disable turun tangga juga. Bagaimana mereka meraikan semuaorang tanpa diskriminasi mana mana pihak.
MashaAllah, hebat!
Kami memang murah sangat rezeki kami bawa dua orang anak syurga ni. Tak payah beratur dah semua jenis permainan. We can just used fast lane. Sebab apa? Sebab kami ada anak anak yang disayangi Allah ni :')
Orang sana juga tidak mahu pun dengar perkataan seperti disable, OKU, dan lain lain. Haritu sempat lagi orang counter tu cakap,
"After this you don't need to say special people, or disable to get your ticket stamp, you can always ask for return ticket"
MashaAllah, masa ni memang dapat goosebumps!
Manusia dekat sana memang mashaAllah! Kadang kita tertanya, siapa sebenarnya yang Islam ini? Sama ada kita atau mereka?
Haritu, masa saya pos gambar saya dengan Nana, ada yang comment,
"buat apa dengan budak macam ni? Haha"
Apa masalah awak sebenarnya ni? Kalau tak suka, jangan cakap apa-apa. Dia pun tak minta untuk dilahirkan begitu. Macam mana diorang boleh terima kita, macamtu lah kita kena terima mereka. Kita tak perlu nak bezakan sangat kita ni dengan ahli-ahli syurga tu, sudah tentunya kita kalah dibelakang nun jauh disana. Maka, terimalah dan layanlah sesiapa pun yang Allah hantarkan dekat kita.
Ini antara hikmah besar yang Allah nak ajar semasa musafir tempoh hari. Menerima hamba-hambaNya yang lain :')
...
Kadang malu dengan Maria. Walaupun matanya tidak nampak, tapi pengetahuannya tentang nabi dan rasul sangat ya Alah! Tak tau nak cakap macam mana. Speechless.Kadang kita lupa, semua yang Allah bagi ni adalah satu bentuk tarbiyyah buat kita, yang semakin alpa ni :')
Continue lain. InshaAllah!
Ramadhan mubarak!