Part 2

286 8 9
                                    

Dengan penerimaan kita, moga ukhuwah sampai syurga itu terjalin. Tak gitu? :) Travel ke Jogja sebelum ini pun banyak ibrahnya. Ibrah yang tak sempat saya kongsikan kepada sesiapa pun. Terasa tamak pula. InshaAllah satu, satu. Menulis ini tidak boleh gelojoh, nanti apa yang ingin ditulis, bisa hilang begitu sahaja. Maksudnya moodnya itu. Huhu. Saya lah. Kalau orang lain, mungkin ok je.

Baiklah, sebelum saya bercerita dengan lebih panjang, saya nak kongsi sikit apa saya buat di US. Beradanya saya di negara orang ini adalah kerna ingin menolong seorang kawan, untuk membantu mereka memasak dan juga menjaga adiknya yang menghidapi visually impaired ini. Juga seorang adiknya yang down syndrom.  Hadirnya saya, pada awalnya sungguh untuk melihat dunia lain dan memasak untuk keluarga mereka. Itu sahaja. Untuk memenuhi cuti sem saya, yang saya tidak mahu hanya membazir dengan membuat benda benda merepek. Maka, itulah sebabnya saya di US. Selama sebulan. Tetapi, bila sampai disana, mashaAllah saya lihat ada tanggungjawab yang lebih besar lagi yang saya sebenarnya perlu lakukan. Maka, tidaklah lagi hanya melihat dunia lain sahaja. Tetapi memikul sebuah tanggungjawab.

Jujurnya, aku(aku lah, part 1 guna aku ^^') mengalami hari hari sukar ketika awal keberadaan aku disana. Bukan hari sukar apa. Cuma aku merindui Ummi, dan Ayah. Lagi-lagi waktu keberangkatan aku kesana, aku tidak dapat bertemu dengan ayah, kerana ayah jauh nun disebelah lautan sana atas tuntutan kerja, dan itu membuatkan aku bertambah rindu dan sukar untuk menjalani hari hari seterusnya. Aku mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan keluarga baru, orang baru, tempat baru, negara baru. Semuanya serba serbi baru. Ya, siapa sahaja yang tidak mengalami kepayahan ketika berada di tempat yang asing. 

Dan aku bersyukur, aku punya peneman, iaitu Maria. Dialah insan yang diuji Tuhan dengan mempunyai masalah penglihatan. Dia tidak buta, cuma dia kurang nampak sahaja. Eh, bukan diuji, tapi disayangi Tuhan, kerna dia sudah pasti bebas dari zina mata. People might call her blind, but I will call her special. Dengan adanya Marialah, aku lebih gagah selepas itu. Boleh lah aku katakan, dialah manusia yang paling banyak bantu aku dalam ketidakselesaan aku berada di sana. Syukur alhamdulillah! Macam-macam yang dibantunya, paling ketara ialah, bila aku rindu Umi dan Ayah, Maria akan cepat cepat tukar topik, dan menceritakan tentang kisah kisah Nabi, disebabkan asyik sangat mendengar, sampai aku lupa yang aku sebenarnya sedang bersedihan rindukan Umi dan Ayah. Tak kisahlah kalau orang nak panggil aku clingy, kerna itu aku. Dan itu yang paling aku amazed dengan sifat Maria ni. 

"Husna rindu Umi ke?"

"Eh? Takde lah. Biasa je"

"Rindu is no harm, Husna. Nabi Muhammad pun rindukan isterinya Khadijah, takkan lah Husna tak rindukan Umi ayah?"

"Err, rindu.." Time ni, aku sungguh-sungguh jaga air mata aku untuk tidak turun dipipi.

"It's okay to cry. Cry can release burden on your shoulders"

Terkejut pun ya, seolah olah Maria memahami sangat isi hati ni. Padehal baru hari pertama jumpa, dia seakan-akan membaca tiap satu isi hati aku, dengan hati-hatinya. Ya, akhirnya, berjujuran jatuh, manik manik kaca dipipi. Tak sangka, aku belajar banyak benda dengan insan bernama Maria ni. 

Masa ni, aku memang belajar sungguh-sungguh kebergantungan kepada Allah. Bahawasanya hidup kita ini bukan untuk bergantung kepada mana-mana manusia. Sedangkan Maria, boleh hidup selama ini diasrama, tanpa siapa pun bantu, masakan aku? Yang sempurna mata kaki tangan ni? Sebagaimana Maria berjaya menjaga anak anak buahnya selama ini tanpa bantuan mata, harus kejar anak anak buahnya, berlarian dapatkan anak buahnya yang menangis, membuat air minum sendiri, mandi sendiri, mencapai pakaian sendiri, apatah lah kita ini yang lagi nampak ni? 

"So, how can you be this strong?"

Dia gelak dan menjawab

"I do believe in Allah.."

Time ni, rasa nak jatuh dekat bawah. Ya Allah! Apa sebenarnya yang Kau nak ajar dekat aku harini?

"Tapi jangan tak tau, kita tak jadi apa yang Husna nampak ni, sebelum diajar dengan hebat sekali oleh Allah"

Aku senyum saja mendengar. Tak tau nak beri respon apa.

Pergantungan dengan Allah ini senang sahaja, asal tidak yakin, ia tidak bergantung. Asal yakin, pergantungan itu akan hadir dengan kuasa kuasa ajaib dari Allah yang kita sendiri pun tidak sedar, yang sebenarnya kita sedang gagah berdiri dengan hanya bergantung pada Ilahi. Oh, sejak dari kes itu, aku memang sungguh-sungguh tidak sedih lagi, apatah lagi rindu rindu yang tak tau mana hala tujunya. Rindu umi ayah, doa sahajalah. Bukan kita dapat buat apa pun, call banyak kali, cakap cakap pun, rindu tu tetap disitu. Kan?

Continue lain.


Surat cinta untuk IlahiWhere stories live. Discover now