Chapter 1 : Stranger Boy

84 5 2
                                    

"Mama, boleh tak Ryan pergi ke COEX MALL tanpa bawak bodyguard ni semua?? Tak selesa lah Mama T_T

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Mama, boleh tak Ryan pergi ke COEX MALL tanpa bawak bodyguard ni semua?? Tak selesa lah Mama T_T .. Please Maaa.. Kali ni je Maa," rayu Ryan kepada Mamanya ..

Ryan Aderson , nama yang tidak asing lagi bagi para pekerja di COEX MALL.. Ya ! Dialah anak kepada CEO COEX MALL dan bakal pewaris COEX MALL yg mempunyai lebih 72 cawangan di pelbagai Negara ..

Ryan yang tidak gemar menjadi tumpuan ramai,kurang senang jika Mamanya menyuruh para bodyguard peribadinya untuk mengekori kemana sahaja dia pergi.

"Ok lah! Kali ni je ! Lepas ni jangan harap kamu dapat keluar berseorangan ." Akhirnya Mama Ryan akur dengan permintaan anaknya tetapi disebalik persetujuan itu, Mamanya tetap akan menyuruh para bodyguard untuk mengekori Ryan tanpa diketahui olehnya..

*Pada waktu yang sama...*

Aku sedang bersiap untuk pergi menonton wayang bersama kawan baikku , Hannah West . 'Nak pakai baju apa ni?' .

Habis bilik aku bersepah dengan baju yang aku keluarkan dari almari. Sedang asyik membelek baju yang ingin dipakai , telefonku berbunyi..

"What ?? Kau tak dapat pergi ?? Seriously ? Tapi aku dah tempah dua tiket citer 'Annabella' ni . Citer ni dah lah seram . Tak sanggup aku nak tengok sorang-sorang.." ungkap ku ,pura-pura ketakutan..

"Ahahaha, kelakar lah kau ni Emily .. Mengada,macamlah aku tak tahu yang kau ni saja buat-buat takut . Kau mana pernah takut kalau tengok citer hantu . Macamlah baru semalam aku kenal kau . Nak suruh aku kesian dekat kau lah tu ahahaha. Sorry lah beb , aku memang ada benda penting yang kena aku selesaikan ... Urgent gila.. Sorry sangat-sangat Emily .." kedengaran kesungguhan Hannah meminta maaf padaku.

"Hmm... Takpelah Hannah , tapi janji next time kita pergi tengok sama-sama, tau!"

"Okey . Next time , no hal punyaa . Biar aku yang belanja semua nanti.Hahahaha..Emily , Take care nanti kat sana .. Jangan sampai terlanggar orang time berjalan ,tau! Ahahahaha .By the way Emily I have to go now..bye darling ."

"Ahahaha lawaknya Hannah -_- .. Ok kau pun jaga diri. Bye sweetie :* .. " ujarku sebelum Hannah mematikan panggilan..

'Jawabnya aku kena pergi sorang lah ni.. Kalau tak pergi, bosan pulak duduk sorang-sorang dekat rumah.. Lonelynyaa , bila lah prince charming aku nak muncul ni? Kalau tak boleh temankan aku .. Papa dah naik flight pergi New York pagi tadi ,sebab urusan kerja diaa.. Mama pulak ikut Papa.. Lebih kurang 5 bulan diorang kat sana tapi aku masih kat sini .. Sebab sekolah tak cuti so aku kenalah tinggal sorang-sorang kat rumah ni .. Hmmm T_T '

Aku terus menyapai mini dress yang ku rasa sesuai dan mengambil kasut Charlotte Olympia , yang dihadiahkan oleh Hannah minggu lepas, untuk dipakai .. 'Wow!!! Boleh tahan tinggi jugak kasut tumit tinggi ni daripada kasut-kasut aku yang lain . Argh biarlah. Aku dah lambat ni.'

********

Sesampai sahaja aku di COEX MALL, tiba - tiba perutku memulas. 'Aduh ! Time macam ni lah baru nak memulas..'

Memandangkan masa tayangan ada lebih kurang 15 minit sebelum bermula , aku segera ke tandas berdekatan ..

*Ketika itu juga*

Kelihatan Ryan berada di sebuah butik pakaian yang terkemuka.. Sedang Ryan membelek-belek baju kemeja di rak pakaian . Dia terasa seperti ada mata-mata yang sedang memerhati gerak gerinya . 'Aku rasa ada benda tak kena .. Aku yakin ni mesti kerja Mama .'

Tanpa melengahkan masa , dengan berhati-hati Ryan cuba menyelinap keluar secara senyap .. Dia tahu orang yang sedang memerhatikannya ialah para bodyguardnya sendiri ..

Selepas Ryan berjaya keluar dari butik itu, para bodyguardnya sedar akan kehilangannya lalu terus mengejar Ryan . Suasana di Mall itu bertukar menjadi huru-hara , gara-gara adengan kejar-mengejar antara Ryan dan bodyguardnya ... Ramai pengunjung yang terpinga-pinga dan ada juga yang terjerit-jerit kegembiraan kerana , baru kali ini mereka dapat melihat rupa paras anak CEO COEX MALL secara lebih dekat, yang kian menjadi bualan ramai golongan wanita dan remaja ketika ini..

Sedang Ryan berlari, tiba-tiba .... 'Alamak jalan mati pulak. Macam mana ni?'

Ryan berpusing untuk mencari jalan lalu terpandang papan tanda 'tandas perempuan' , di kirinya . Tanpa berfikir panjang Ryan terus masuk ke dalam tandas itu untuk bersembunyi .

********

Ketika aku sedang membasuh tangan , alangkah terkejutnya aku apabila ada satu susuk tubuh lelaki yang tak dikenali masuk ke tandas perempuan dalam keadaan tercungap-cungap . Tambahan pula, tiada orang selain aku disini . Dengan khudrat yg ada , aku terus menjerit tetapi pantas mulutku ditutup oleh lelaki itu ..

Tiba-tiba aku terdengar derap kaki orang berlari-lari di luar pintu tandas..Beberapa saat selepas itu , keadaan kembali senyap dan segera lelaki itu melepaskan tanganya daripada mulutku .

Aku yang dalam ketakutan , segera menuju ke pintu keluar. Tetapi tiba-tiba,tanganku direntap lelaki itu dan tanpa ku sedari, satu dari dua tiket wayang yang ku selitkn di kocek mini dressku terjatuh ke lantai tanpa sesiapa sedari .

"Kaauuu..nakk..aaa..peee??" ujarku tergagap-gagap..

"Saya tak nak apa-apa cuma saya nak minta maaf sebab buat awak terkejut atau takut tadi . Saya bukan sengaja. Percayalah , saya bukan orang jahat.. Cuma saya tadi kena kejar dengan orang .. Tu yang saya sembunyi dalam ni. Tapi serious saya bukan macam yang awak sedang fikirkan and saya minta maaf sangat sangat dekat awak.." bicara lelaki itu panjng lebar.

Aku yang masih dalam keadaan terkejut tidak mampu memproses ayat lelaki itu ,dengan baik.

Lantas, sesudah lelaki itu bicara, kelam-kabut aku keluar tanpa mengucapkan sebarang perkataan .
'Tak mustahil lelaki tu kena kejar sebab mencuri barang kat Mall ini. Tak pun , dia banduan yang diburu polis. Tak pun dia perogol bersiri. Tu yang dia masuk tandas perempuan tu .. eiii menakutkan .. nasib baik dia tak buat apa-apa dekat aku .. longgar lutut aku dibuatnyaa..'

********

Ryan yang serba salah , ingin mengejar Emily tetapi di saat kakinya ingin melangkah , dia terperasankan sesuatu di lantai. Segera Ryan mengutipnya , "ahahahahaha ,siapa punya ni ?? takpe lah sekali sekala dapat tiket free apa salahnya.Ni baru betul-betul freedom dari bodyguard tu semua , lepas bertahun aku tunggu nk berjalan tanpa awasan dari diorg " , dengan perasaan yang bahagia Ryan berlalu dari tandas itu..

**********

Aku terus berlari untuk mengejar waktu tayangan sambil mulutku terkumat-kamit membebel tentang lelaki yang ku temui tadi..

'Siapalah laki tadi tu , dah lah main tutup-tutup mulut aku macam penculik. Eiii... pasal mamat tu lah aku lambat. Kalau aku tertinggal mana-mana scene dalam citer tu, tahulah aku nak buat apa kalau lagi sekali aku jumpa dia.'

Disebabkan aku dah lambat, aku hanya sempat untuk membeli air sebelum masuk ke panggung lalu terus menuju ke tempat duduk ku.

'Fuhh nasib baik baru nak mula'..

Beberapa minit selepas itu , Aku terasa seperti ada seorang lelaki duduk di tempat yang sepatutnya diduduki oleh Hannah. Oleh kerana keadaan sekeliling yang gelap , aku malas pula nak mengambil tahu tentang orang disebelahku ini..

***************

Cerita Tak Telihat, Tak Bererti Tiada Saya decide untk delete .. Maaf sgt2 kepada yang menanti smbungan cerita tu . Tapi jangan risau , Started With A Game , asal cerita nya masih sama dgn TTTBT.. Cuma watak ditukar , dan jalan cerita ada sedikit penambahan .. Saya akan update cerita SWAG ni paling kurang pn seminggu sekali .

Sebarang peniruan jalan cerita tidak dibenarkan. Jikalau korang trjumpa kat memana yang ceritanya sama dgn saya . Minta tolong beritahu ya .. Thank you ..

Vote, Comment ..

-Wawapplehijau-
24.06.16

Started With A Game (Malay Version) Where stories live. Discover now