Chapter 2 : Who Are You??

73 5 0
                                    

Ryan terus menyerahkan tiket yang diperolehnya lalu terus masuk ke dalam panggung

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ryan terus menyerahkan tiket yang diperolehnya lalu terus masuk ke dalam panggung. Sejujurnya dia pun tidak pasti kepunyaan siapa tiket wayang yang tercicir itu ..

Dengan perasaan yang gembira, Ryan menuju ke tempat duduknya mengikut nombor kerusi di tiketnya.

Alangkah terkejutnya Ryan , gadis tadi ditempatkan disebelah tempat duduknya .. Makin melebar senyuman yang terukir diwajahnya..

Beberapa minit telah berlalu , Ryan mula mengantuk .. Ryan menoleh ke kanannya dan entah mengapa kelekaan gadis itu melihat cerita yang ditayangkan, membuatkan Ryan ingin merenung seraut muka gadis itu sepuasnya kerana semakin dia lihat gadis itu semakin dia rasa tenang melihatnya ..

Tiba-tiba gadis tersebut mengambil air disebelahnya sambil mata tidak beralih daripada melihat skrin lalu meletakkan kembali air tersebut di tempatnya . Ryan yang terkejut , terus memandang ke hadapan. Risau jika gadis itu perasan akan tindakannya yang ralit memerhatikan wajah gadis itu ..

Tiba-tiba Ryan mendapat satu idea nakal. Dengan selambanya dia mengambil air gadis itu lalu diminumnya.

'Alang-alang aku tengah haus ni, minum je lah air dia.. orang kata kalau lelaki dengan perempuan kongsi air yang sama maknanya , tu dah dikira 'inderect kiss'.. Betul ke tak ,aku pun tak tahu..Hehehe.. Biar je lah, bukan dia perasan pun aku minum, ahahahaha..' . Tanpa disedari oleh Ryan , ketawanya kedengaran dan membuatkan gadis itu mengeleng dengan perilakunya..

**********

Aku yang pelik dengan perilaku orang disebelahku terus mengeleng.

'Gila agaknya orang sebelah ni, scene seram dia boleh ketawa -_- ? '

Aku kembali menonton cerita dihadapan , sambil tangan mengambil air disebelahku ..

'haus betul tekak tetibe '..

Tiba-tiba aku merasakan seperti tangan seseorang lelaki sedang memegang airku .. Dengan perasaan yang teramat lah terkejut aku pun berkata , "Hei !!!! Awak,buat apa ni ?? Kenapa amik air saya ?? Dah tinggal sikit pulak tu ..."

Aku langsung tidak menyedari yang suara aku sudah menarik tumpuan orang ramai. Terus lelaki itu menutup mulutku , buat kali yang KEDUA okey ?!!! Dengar tak ? buat KALI KEDUA .. Nak tahu kenapa yang kali kedua??

Sebabbb...

Dia lelaki yang sama, yang aku jumpa dekat tandas tadi!!

'What wrong with me, today ? Why mamat ni je yang asyik muncul depan mata aku ni ?? Ntah-ntah betul dia ni penjahat . Tu dia follow aku .. Mama tolong Emily .. Maa .. Macam mana ni T_T ?? Tapi kat sini ramai orang , dia mesti tak boleh buat apa-apa kat aku .. so relax Emily . Think think ?!! Hmm wait ... I think , maybe orang ni bukan org yg sama dgn mamat yg kat tandas tadi.. sebab dalam ni kan gelap , tak berapa nak jelas . Better aku tanya dulu '

"Excuse me , kejap,kejap .. kenapa muka kau ni familiar .. Who are you ?? Kau orang yang sama kat tandas tadi ke?"

"Haah , saya org yang sama kat tandas tadi.."

Started With A Game (Malay Version) Where stories live. Discover now