Hujan baru sahaja reda, hanya tinggal titis-titis halus. Namun, langit di atas masih kelabu. Tanah masih terasa lembap.
Fikiran Joo melayang entah kemana. Memori silam kembali segar diingatannya pada ketika ini. Kejadian dimana dia terpaksa bertungkus lumus menyara dirinya sendiri setelah kedua ibubapanya terlibat dengan kemalangan jalan raya sewaktu dia masih kecil lagi.
"Joo...carilah cebisan kebahagiaan ...ibu dan ayah tak dapat bersama-sama Joo lagi. Ibu nak Joo kuat ye nak? Ibu dengan ayah sayang sangat dekat Joo...". Itulah kata-kata terakhir ibu sebelum ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Nama yang tertulis pada batu nisan itu tidak akan pernah dia lupakan. Tidak akan pernah dia lupakan senyuman manis insan itu. Dia juga tidak akan pernah lupa bagaimana suara insan itu memujuknya dan menenangkan dirinya.
Paling penting, dia tidak akan pernah lupakan pelukan insan itu dan betapa sayangnya dia terhadap insan itu sampai bila-bila.
Joo yang masih tidak mengetahui maksud ibunya yang menyuruh dia mencari cebisan kebahagiaan, namun dia akan berusaha untuk mencari jawapannnya.
Sorry kalau cerita nie tak menarik. Saya tak reti menulis cerita,tapi saya akan cuba menulis cerita yang menarik. 😃
YOU ARE READING
My Thai Bf
Romance★Junior seorang gadis biasa yang hidup dalam keadaan serba kekurangan namun dia seorang yang periang dan telah bertemu dengan cinta sejatinya ★