Di dewan
*********************************
" Joo...lambat lagi ke awak nak siap nie" sambil memerhatikan Joo yang sedang mengelap tingkap dewan.
" Kejap lagi siap lah, itulah orang suruh dia balik dulu tak nak,nak jugak tunggu. Kalau Mild dah penat sangat ,balik lah dulu" balas Joo.
" Joo, Mild tengok kan Joo hari-hari lepas habis je kelas mesti terus ke dewan . Tak penat ke dah lah lepas belajar kena kerja lak kat Uni nie? soal Mild.
" Ahh, pasal tu......"
" Hei Joo ...emmm cepat lah kemas, lapar..." sambil buat muka sedih.
Belum sempat Joo menjawab pertanyaan Mild, Mild terlebih dahulu memotong percakapan Joo. Setelah selesai membersihakan dewan, mereka berdua menuju ke Sanrio Hello Kitty House Bangkok iaitu salah satu kafe yang agak terkenal dengan pelbagai dessert yang menarik dan comel dengan bertemakan Hello Kitty.
Sementara menunggu pesanan mereka sampai, Mild yang dari tadinya tidak berhenti berselfie tiba-tiba memandang Joo.
" Arai? Nak ambil gambar Joo ke? Joo tahu lah Joo cantik kan tapi jangan pandang macam nak telan pulak" Joo berkata dengan nada bergurau. Memang kebiasaan Joo mengusik kawan baiknya itu.
" Mulalah tu nak menyakat orang. Baru Mild teringat, tadi dekat kelas Mild ada dengar berita sensasi tau...Nak dengar tak? nak lah? Cakap nak cepat"
" Ugut nampak...ye apa yang sensasi sangat tu ? hah,cepat lah bagitahu" balas Joo.
" Mild dengar Joo kelmarin ada terlanggar dengan sorang senior kan? Habis kecoh satu kolej kita yang Joo langgar senior kita yang hot tu. Senior tu hensem kan...ala-ala macam pelakon korea. Dengar cerita , senior tu walaupun femes gile kat kolej kita, tapi dia bukan daripada keluarga yang berada. Dengar cerita gak yang senior tu memang baik sangat, cakap pun lembut je dengan semua orang. Ahh..lagi satu kan......"
Belum sempat Mild hendak meneruskan ceritanya, Joo terlebih dahulu menyumbat mulut Mild dengan roti yang comel berbentuk Hello Kitty.
" Diam-diam dan makan roti nie. Tadi lapar sangat kan? Alololo...comelnya Mild nie .Hahaha" sakit perut dibuatnya Joo melihat Mild yang terkejut dengan tindakannya yang tiba-tiba menyumbat roti ke mulutnya.
" Ishh..terlanggar je pun sampai nak kecoh satu kolej ke. Hensem sangat ke senior tu, aku tengok biasa je. Emmm... tapi bila ingat balik memang boleh tahan senior tu sama je dengan mulut dia semalam. Terlanggar je pun bukannya sengaja, itu pun nak marah" bebel Joo dalam hatinya.
Di Coco Cafe
" Hei, aku tengok engkau dari tadi tersengih-sengih je kenapa nie Suea? soal Than.
" Ehh? mana ada lah, aku senyum pun salah, muncung pun salah. Apalah engkau nie Than. Aku senyum sebab aku tahu bila aku senyum mesti hensem gile rupa aku nie" balas Suea.
" Mula dah perasan dia nie. Dah lah aku balik dulu, tunggu engkau habis kerja memang lambat lah jawabnya. Jumpa esok je lah kat kolej. Ok lah, la korn" Than mencapai begnya dan segera keluar dari kafe meninggalkan Suea yang sedang sibuk mengelap meja kafe itu.
Suea memandang ke luar kafe. Tiba-tiba dia teringat wajah gadis yang telah melanggarnya kelmarin. Comel sangat wajah gadis itu sehingga membuatkan Suea tersenyum sendirian. Seperti mahu saja dia berkenalan dengan gadis tersebut.
*****************************
Arai- apa( ada apa)
La korn- selamat tinggal
YOU ARE READING
My Thai Bf
Romance★Junior seorang gadis biasa yang hidup dalam keadaan serba kekurangan namun dia seorang yang periang dan telah bertemu dengan cinta sejatinya ★