"Kringg..." loceng sekolah telah berbunyi menandakan tamatnya waktu persekolahan. Dengan sepantas kilat Joo mengambil begnya yang berwarna pink, lalu berlari keluar dari bilik kuliahnya. Joo merupakan pelajar kolej di Bangkok Universiti, iaitu salah satu universiti yang sangat terkenal di Thailand yang menempatkan pelajar-pelajar yang sangat pintar.
Joo tidak menoleh kekiri dan kanan. Langkahnya sama sekali tidak berhenti berlari ke stor tempat simpanan barang.
"Mati aku! Nanti aku tak sempat pulak bersihkan dewan ni, kenapa lah hari nie lambat pulak pensyarah keluar dari bilik kuliah. Aku dah lah banyak kerja nak kena buat". bebel Joo tanpa henti sambil berlari. Tetapi tanpa dia sedari...
Brakkk!
Satu pertembungan telah berlaku. Joo bagaikan nangka busuk yang jatuh ketanah. Dia tidak sempat melihat siapa yang dirempuhnya dengan jelas, dia hanya melihat sekilas pandang sahaja, rupa paras jejaka tersebut yang bertubuh tinggi lampai. Penampilan lelaki itu yang serba ringkas dengan mengenakan baju kemeja putih berlengan panjang serta berseluar slack hitam. Mungkin senior kolej tersebut agaknya ,Joo hanya meneka.
" Sini ada acara 100 meter kah? Awak tidak lihat ke saya yang besar macam nie sekali hah! Sekiranya hendak lari, pandang sekeliling lah dulu! habis kotor baju saya, nampak? Marah jejaka tersebut sambil menunjukkan bajunya yang telah kotor.
"Phee...saya betul-betul mintak maaf, saya dah terlambat sangat-sangat. Mianhae ..." balas Joo sambil berusaha untuk senyum. Dia kemudiannya berlalu pergi meninggalkan lelaki tersebut tanpa menoleh belakang.
Lelaki tersebut hanya berdiri kaku dan melihat gadis yang telah merempuhnya sebentar tadi hilang dari pandangan. Senyuman gadis itu telah membuatkan lelaki yang tadinya berkerut dahi dan marah tiba-tiba tergelak kecil dan tanpa disedari perasaanya menjadi tidak tentu arah. Bagai ada sesuatu pada gadis tersebut yang menarik perhatiannya.
"Ishhh! macam mana lah aku boleh berlanggar dengan senior lak nie. Malunya aku. Tapi... boleh tahan juga senior tu. Ahh, tapi garang tak bertempat, bukan hendak tanya yang aku nie okey ke tidak? ada luka ke ? nie main jerkah je aku" getus hati Joo.
Dengan pantasnya Joo mengambil mop lantai lalu masuk ke dalam dewan lalu mencuci dewan tersebut.
*******************************
Phee- bahasa Thai yang bermaksud abang
Mianhae- bahasa Korea yang bermaksud maaf
^-^ Mianhae kalau tak best...

YOU ARE READING
My Thai Bf
Romans★Junior seorang gadis biasa yang hidup dalam keadaan serba kekurangan namun dia seorang yang periang dan telah bertemu dengan cinta sejatinya ★