B A B 7 - K O S T U M B A W A N G

112 8 3
                                    

Aku angkat punggung dan bergerak kearah Zaid yang tengah berdiri dengan empat orang yang aku tak kenal. Aku agak itulah ahli-ahli kumpulan empat yang cikgu Mazlin sebut tadi.

"Hai, saya Sandy." Kata seorang budak cina yang jugak kumpulan empat. Eh, kejap. Ni bukan ke amoi yang duduk sebelah aku tadi?

"Aku Dahlia"

"Danny"

"Aliff"

"Aku Nadia." Balas aku sambil tersenyum. Aku pandang satu persatu wajah diorang. Dahlia, orangnya kulit hitam manis, cara pakaian dia pun bergaya. Shawl digayakan dengan lilitan yang aku tak tau apa nama, baju blouse dan skirt labuh warnanya padan.

Wow, memang semua dalam sekolah ni bergaya habis eh? Nasib aku tak pakai sweater terlebih saiz harini.

Sandy pulak mata sepet, rambut hitam lurus diikat satu kebelakang.Danny, bangsa india. Tapi muka ada la iras-iras Shah Rukh Khan sikit. Aliff, badan tegap. Ada gaya macam athelete.

Zaid? Tak perlu aku terangkan. Sejak aku datang sini, takde sesaat pun aku rasa macam TAKNAK lempang muka dia tu. Mana taknya, dari tadi jeling aku macam aku baru curi barang kesayangan dia.

"Kau budak baru yang semalam tukan?" Tanya Aliff.

"Ermm, kenapa dengan semalam?"soal aku teragak-agak. Mana taknya, semalam banyak kot benda yang terjadi. Tapi dari riak wajah Aliff yang teragak-agak aku dapat agak dia tengah cakap pasal yang aku gaduh dengan Zaid tu.

"Alaa, yang... jatuh kat hall semalam kau kan?" Pangg! Amek kau. Ayat tu buat aku rasa macam kena tampar. Serious, tak boleh pedas lagi ayat dia tu?

"Oh, haah. Tapi tu pun sebab ada yang sengaja cari pasal." Aku balas, menyindir Zaid yang dah mengepal penumbuk sambil pandang lantai.

Mungkin Danny perasan ketegangan yang berlaku, jadi dia pun bersuara.

"Ok, so... kita nak berlakon cerita apa?" Tanya Danny sambil tersengih cuba untuk melonggarkan ketegangan.

"Kita berlakon cerita beauty and the beast nak? Dongeng jugak tu." Cadang Dahlia. Mak aih, Beauty and the Beast terus.

"Haiyyaa, cerita itu manyak susah woo. Siapa yang mahu jadi itu beast? Siapa yang mahu jadi Belle? Kena nyanyi lagi manyak susah." Fuh, panjang amoi ni komplen. Habis dicampurnya loghat melayu-cina. (Jangan tanya aku loghat tu wujud ke tidak. Aku sendiri tak tau.) Nasib aku paham apa yang dia cakap.

"Alaa,apa susah kita pilih lah yang pandai menyanyi kat sini. Pastu kan ada tiga orang lelaki kat sini. Pilihlah yang paling tough untuk jadi Beast." Amboi Dahlia. Kau cakap ikut sedap mulut je. Memanglah senang kau cakap. Tapi nak berlakonnya tu susah.

"Aku rasa betullah apa Sandy cakap. Cerita tu susah. Banyak watak yang diperlukan. Cadangan lain takda ke?" Aliff menyampuk.

"Snow white?" Sah, si Dahlia ni dah ketagih cerita disney.

"Tak cukup orang nak jadi orang kerdil." Aliff lagi yang membangkang.

"Sleeping beauty?" Dahlia tak putus asa.

Aliff hanya menggeleng kepala.

"Mermaid Ariel?" Mata aku bulat dengar permintaan karut Dahlia. Gila kau nak berlakon jadi ikan duyung yang cuma pakai bikini dan badan separuh ikan?

"Hah tak pun cinderella?"

"Tikus cinderella banyak sangat. Tak cukup nak berlakon." Aku tahan gelak. Entah kenapa aku rasa macam ayat Aliff tu macam nak sindir cinderella yang berkawan dengan tikus.

Sekolah Baru Masalah Baru [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now