-12

4.9K 524 42
                                    

Aku nampak dia menangis.

Dia kata dia menangis kerana sedih.

Dan aku cuba untuk menangis, tapi tak boleh sebab aku tak alami perasaan sedih tu.

Aku nampak dia ketawa gembira.

Dia kata dia ketawa kerana bahagia.

Aku cuba lagi untuk ketawa, tapi tetap tak boleh sebab aku tak alami perasaan macam tu.

Aku beritahu dia yang aku tak pernah rasakan perasaan tu.

Dia ketawa.

Dia kata aku tipu.

Dia kata lagi, semua orang akan rasa macam tu.

Aku berfikir sejenak.

Kenapa semua orang dapat rasakan semua perasaan tu dan aku tidak?

Dia yang tipu aku.

Jadi aku tikam dia dengan sebilah parang.

Dia menangis.

Tetapi dia kata sakit.

Betul. Itu baru betul.

Sebab aku cuma menangis bila aku rasa sakit.

Dan aku ketawa bila berjaya sakitkan orang lain.

Dan dia memang tipu.

Tak semua orang ada perasaan macam dia.

Aku cemburu.

Dia patut mati.

Annyeong Lee SeokMin-ah.

:)

[C] Psychopath » Jeon Wonwoo «Where stories live. Discover now