CHAPTER ONE

49 4 0
                                    

Tepat pukul 9:00 pagi, Maya Adilla sudah berdiri di hadapan bossnya, Rayyan Mukhlis yang digelar Big Wolf. Sudah lebih seminggu dia tidak diberikan tugasan di luar pejabat. Hari ini dia nekad untuk memujuk Big wolf untuk memberi tugasan kepadanya. Tidak kisahlah jadi bodyguard di bangunan hospital ke, jadi bodyguard kepada Datin Sally ke, dia sudah tidak kira itu semua asalkan dia tidak kebosanan di pejabat hari ini.

" Awak nak apa pepagi ni Maya? " Tanya Rayyan apabila sedar akan kehadiran Maya yang lengkap berpakaian sut hitam yang mengikut bentuk badannya yang tinggi lampai dan langsing itu sudah berdiri tegak di hadapannya.

" Encik Rayyan, Saya mohon sesangat. Bagilah saya tugasan hari ni. Bosan giler saya asyik duduk dalam pejabat ni. Tiap hari duk tengok pc, tengok muka Encik Rayyan, muka mak kiah celup tu lagi. Ya ampun! Bosan habis. Tak sanggup lagi saya nak duduk kat ofis ni Encik Rayyan. Boleh mati kebosanan saya kat sini. " luah Maya dengan aksi muka terdesak.

Rayyan yang mendengar sudah ketawa kecil mendengar luahan gadis yang nampak garang dan serious 24 jam itu. Namun itu semua hanyalah luarannya sahaja, tapi siapa sangka gadis yang garang dan serious itu adalah seorang yang periang, pengusik, kalau bercakap? Huh! Main lantak sahaja tanpa bagi salam. Bahkan Rayyan adalah majikannya, Maya melayannya seperti agen² yang lain.
'Nasib baik kau jumpa boss yang sporting macam aku ni. Mana nak jumpa boss yang baik hati lagi berhati mulia macam aku ni.' Rayyan mula memuji diri sendiri, masuk bakul angkat sendiri! Hehe.

" Encik Rayyan! Saya serious ni. Boleh pulak dia ketawa. " Maya sudah menarik muka 14 nya.

" Sorry Snow White. I got no assignment for you yet. And can you leave me? I've got works to do. It's very urgent. Again, I'm so sorry snow white. kalau bosan sangat duduk kat ofis ni, bosan tengok pc, tengok muka boss awak yang handsome sesangat ni, bosan tengok muka Mak Kiah kita tu, apa kata awak tolong Mak Kiah. Kesian saya tengok Mak Kiah kemas ofis ni sorang². At least kalau awak tolong, dapatlah ringankan sikit beban Mak Kiah. Dapat juga awak pahala pada hari jumaat ni. Can you please excuse me Cik Maya Adilla? " kata Rayyan dengan aksi tangannya menghalau Maya keluar dari pejabatnya.

Mahu tidak mahu Maya pun keluar dari pejabat Rayyan a.k.a Big Wolf dengan perasaan tidak puas hati.
'Takkan aku nak tolong Mak Kiah kot?' Maya mengaru² kepalanya sambil matanya menatap figura Mak Kiah yang sedang mengelap cermin. Akhirnya kakinya menuju ke arah Mak Kiah.

____________________________________

Maya menghempas badannya pada kerusi empuknya. Penat! Itulah yang dirasanya sekarang selepas berhempas pulas menolong Mak Kiah mengelap setiap cermin yang ada di pejabatnya itu, vacuum bilik mesyuarat lepastu mengemop setiap sudut lantai dari lantai tandas sehinggalah ke lantai di bilik pejabat Big Wolf. Walaupun dia tahu Big Wolf sudah geli hati melihat agen terbaik di Mr.Bodyguard Agency iaitu Cik Maya Adilla a.k.a Snow White mengemop lantai. Bukan selalu melihat bodyguard sepertinya memegang mop instead of pistol. Eksklusif show tau. Hehe. Nasib baik agen yang lain tiada di pejabat hari ini kalau tidak pasti dia akan diusik. Lebih² lagi geng hantu pengacau! Siapa lagi kalau bukan Agen Danish a.k.a Beagles, Agen Aidid a.k.a Pinnochio, dan Agen Gina a.k.a Beauty! Tapi saat² ini jugalah, Maya berasa rindu akan sahabat²nya itu walaupun kerja mereka bertiga hanya mengusik dirinya.

Kruk... kruk...

'Habis! Perut patik sudah berlagu dendang sayang.'

Maya memegang perutnya yang kosong. Mana tidaknya, pagi tadi dia tidak mengambil breakfast. Itulah padahnya! Pagi tadi sebelum dia turun kerja, mummynya, Puan Mariam ada mengajaknya untuk bersarapan bersama dengan daddynya serta abang longnya tetapi ditolaknya dengan alasan nekad mahu memujuk Rayyan untuk memberinya tugasan tapi lastly dia kepenatan selepas menolong Mak Kiah. Huhu.

Jam jenama Bonia di pergelangan tangannya sudah menunjukkan pukul 1.30!

'Nasib baiklah hari ni aku tengah bendera. Takyahlah aku nak berebut² solat.' Hehe.

Akhirnya dia bangun semula dan berjalan menuju tempat Mak Kiah berehat. Apa lagi, kalau mahu mengajak Mak Kiah lunch bersama² memandangkan hanya mereka berdua sahaja di pejabat pada waktu itu. Big Wolfnya pula sudah lama keluar untuk solat jumaat tadi.

" Oooo... Mak Kiah! " Maya Sergah pantry di mana mak kiah sedang membancuh air.

" Oooo Mak mak kau Kiah! " Melatah Mak kiah sampai terbang sudu di tangannya.

Maya yang mendengar, terbahak² ketawa melihat Mak Kiah melatah sekali dengan aksi²nya sekali.

" Ish budak ni! Nasib baik tak mati aku kat sini. Dia ni kan. Eee. " Mak Kiah mencubit lembut lengan Maya yang galak mengetawakan dirinya.

" Alolo... Janganlah marah Mak Kiah. Maya gurau je tadi. Orang tak sengaja nak sergah Mak kiah tadi. Tapi tak sangka pulak, Mak kiah melatah macam tu. " Maya sambung mengetawakan Mak Kiah sampai terduduk di lantai.

" Sukalah kau tengok Mak Kiah melatah. Malaslah Mak kiah nak geng dengan Maya lagi. Huh! " Mak Kiah membelakangi Maya sambil memeluk tubuhnya.

'Amboi. Pandai merajuk jugak orang tua ni. Aku ingat aku je yang pandai. Alolo... comel pulak aku tengok.' Haha!

Maya memeluk belakang Mak Kiah.

" Alolo... Janganlah merajuk Mak Kiah. Maya gurau je tadi. Sorry ek? " Maya membuat muka comel sambil mengelip² kedua2 belah matanya. Mak kiah masih dengan rajuknya.

" Ni tak best ni. Maya baru nak belanja Mak Kiah tadi tapi orangnya tengah merajuk. Hmm takpelah. Maya pergi sendiri jelah. Makan nasi dagang kat kedai Tok Mat kat depan tu. Pergh! Meleleh air liur. " umpan Maya dengan aksi²nya sekali.

Mak Kiah terus menoleh dan...
" Mak Kiah nak juga! "

' Yes! Jerat dah masuk.' Hehe

" Takpelah. Mak Kiah duduk je kat sini. Mak Kiah kan tengah merajuk dengan Maya. " Maya bangun dengan niat mahu mengusik Mak Kiah. Serentak itu Mak Kiah terus memegang lengan Maya.

" Ala... Tadi tu Mak Kiah acah-acah je. Jomlah, tadi kata nak makan nasi dagang kan. Mak Kiah pun dah terliur dah ni. " ajak Mak Kiah seraya itu tangannya terus menyambar beg tangannya.

' Amboi. Tadi kemain lagi nak merajuk dengan aku orang tua ni. Aku petik je nama nasi dagang terus hilang rajuk. Ish, ish, ish! Ni lah Mak Kiah yang aku kenal!' Haha! Ketawa Maya dalam hati walaupun bibirnya sudah tersenyum.

Maya terus memeluk lengan Mak Kiah yang berlemak itu sambil meletakkan kepalanya di bahu Mak Kiah. Manja!

Mak Kiah yang faham sangat dengan perangai Maya itu hanya membiarkan tingkah lakunya kerana dia tahu selepas melangkah keluar sahaja dari pejabat, muncullah agen Snow White yang garang dan serious! Siap pakai cermin mata Ray Ban berwarna hitam lagi! Bergaya habis! Itu barulah digelar BODYGUARD! Hehe.

____________________________________

Okay readers! Itulah bab satu untuk TBIMY. Nisa tahu bab ni tak berapa best sangat tapi tunggulah dulu. Ni baru the beginning of a story. nanti Nisa bagi story ni kaw² lagi untuk uolls. Hehe do comment okay if bab satu ni tak okay. Huhu harap mohon kerjasama readers yang nisa sayangi. Muah² 💋

Ur author,
Jhope_Army97 💕

That BODYGUARD Is My YEOJA!!!Where stories live. Discover now