ABWM Bab 1

70.6K 243 31
                                    


"Nah ini tips untuk you. Next time I datang lagi. Thank you for the best service."

Tiga keping not seratus yang dihulur oleh Zack aku sambut dengan laju. Jarang aku dapat tips sebanyak ini. Selalunya selepas habis servis mereka hanya akan bayar harga servis saja. Itu pun kadang-kadang ditawar-tawar. Sudahlah servisku cuma lima ratus ringgit, itu pun hanya 60% diberikan kepadaku. Selebihnya diambil oleh Mami Rita.

Sebab itulah bila ada pelanggan yang memberikan aku tips walaupun sedikit tidak akan aku tolak. Cukuplah sekadar untuk aku makan. Hidup di kota Kuala Lumpur ini bukannya mudah. Bahkan hendak makan pun aku terpaksa berjimat cermat.

Perlahan Zack mendekati aku semula. Bibir aku dierengut rakus sebelum dia bangkit keluar dari bilik mewah ini. Masa tiga jam yang diperuntukkan sudah tamat sebentar tadi. Selalunya dia memang begitu. Melangganku tidak lebih dari tiga jam.

Ahhh... aku pasti akan rindukan kehadiran Zack nanti. Hanya dia sahaja yang pelanggan yang menawan hati aku ketika ini. Aku menyandar semula di kepala katil, mengenangkan kelembutan Zack melayanku membuatkan aku tersenyum.

Sebelum ini belum pernah ada mana-mana pun pelanggan aku yang melayan aku selembut dia. Sungguh aku berasa seperti seorang puteri bila bersama dengannya. Sudah beratus jenis pelanggan yang aku jumpa, tetapi dialah yang paling terkesan di dalam hati aku. Mungkin kerana dia yang paling muda dan paling kacak atau mungkin cuma kerana dia sahaja yang sering sudi melayan aku bercerita dan membelai aku lembut sebelum melakukan aktiviti yang dia mahukan.

Selama ini aku sering dikunjungi oleh orang-orang tua yang dahagakan belaian seorang perempuan, ataupun yang mahukan pucuk muda untuk dibaham. Pelangganku selalunya ialah Datuk-Datuk dan Tan Sri yang sudah bosan dengan Datin yang tidak lagi mampu melayan mereka. Apalah sangat harga seribu ringgit bagi mereka hanya untuk menempah seorang gadis untuk memuaskan nafsu mereka sepanjang malam. Memang langung tak terasa luak.

Setiap hari begitulah yang aku lalui. Setiap malam aku akan mengharapkan pelanggan yang sedap mata aku memandang ketika melayan mereka. Tetapi menjadi pelacur kelas atasan seperti aku ini memang akan sering dikunjungi oleh lelaki-lelaki tua yang mempunyai banyak wang.

Walaupun aku benci dan geli melihat mereka, tetapi demi wang yang datang dengan mudah aku terpaksa memaniskan muka melayan mereka. Lagipun, pelangganku dipilih oleh Mummy Rita, aku langsung tidak punya kuasa untuk memilih siapa pelanggan aku kecuali mereka sendiri yang mengatakan bahawa mereka mahukan servis dari aku.

Seperti Zack. Selalunya bila dia datang ke sini dia pasti akan menempahku untuk menemaninya. Walaupun ada lagi sembilan orang gadis yang lain dia tetap akan menempah servisku. Aku tidak pasti kenapa dia tetap memilihku, tetapi aku memang benar-benar suka kalau dia yang datang. Zack tidak pernah berkasar ketika bersamaku. Sentuhannya sentiasa lembut dan menyenangkan aku. Tidak seperti pelanggan-pelanggan yang lain. Kadang kala ada yang alatan yang menyakitkan tubuhku. Tetapi tidak buat Zack, dia sentiasa akan berlembut denganku.

Melihatkan dari gaya Zack, pastinya dia seorang yang kaya. Tidak pastilah aku sama ada dia yang kaya atau ibu bapanya yang kaya. Yang pasti untuk melaburkan wang hampir seribu ringgit setiap minggu memang memerlukan yang yang banyak. Dia tidak pernah menceritakan siapakah dia sebenarnya kepadaku. Tentang statusnya, tentang hidupnya, tentang kerjanya, langsung tidak pernah. Sama ada dia sudah berkahwin ataupun belum juga aku tidak tahu. Yang aku tahu dia ialah Zack yang kacak dan sangat maskulin di mataku. Selalunya dia yang akan mendengarku bercerita tentang pelbagai benda. Sesekali dia sahaja dia akan menyamput. Itu pun untuk bersetuju dengan apa yang aku sampaikan kepadanya. Selebihnya dia akan tersenyum sambil membelai tubuhku.

Ketukan di pintu membuatkan aku segera bangkit dari katil. Aku tahu sudah sampai masanya untuk aku pulang ke dorm. Pastinya Robert sudah ada di luar bilik untuk menjemputku pulang. Dia tidak pernah lewat dalam menjalankan tugasnya menghantar dan menjemput kami sebaik sahaja kami selesai kerja. Aku lihat jam di tangan, waktu baru menunjukkan pukul sebelas malam. Kemungkinan untuk aku dilanggan oleh pelanggan lain sangatlah besar kerana waktu masih awal lagi.

Pakaian yang bertaburan di atas lantai aku kutip satu persatu dan sarungkannya di tubuhku. Wajah yang comot dengan solekan yang tidak lagi terurus aku rapikan supaya menjadi kemas semula. Dress merah paras paha itu aku betulkan sedikit. Setelah yakin dengan penampilanku, aku keluar dari ruang mewah itu.

"Kau ada satu lagi client lepas ni. Dia booked kau sampai tengah hari besok." Suara Robert yang mengekori aku dari belakang kedengaran garau di telingaku. Aku mengangguk tanda faham.

"Ok. Jom." Balasku sambil kaki terus melangkah yakin.

Nama aku Nabilla. Ini kisah aku.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 30, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Aku Bukan Wanita MuliaWhere stories live. Discover now