Bab 1

737 4 0
                                    

     *Usik mengusik akan menjadi sebuah rindu,andai tidak dikawal kedua-dua insan akan terluka tanpa kita sedar**

"Hoi,kau nak kemana,hah? sergah Afran dari belakang
"Woi mak kau meletup!!!!"Alamak!Asal aku boleh melatah ni?Malu lah,aduh!!!
"Eh,Minah garang pandai pula melatah!"meletus tawa dari mulut Afran.
"Kau diamlah!Suka hati akulah nak melatah,not your business!"balas Aliana yang sedang berdiri lalu memandang ke arah anak mata Afran.Kau fikir aku takut nak lawan mata dengan kau?Hei,aku adalah pelajar di antara yang terbaik di UKM dulu dalam bab-bab lawan mata.Lelaki yang pandang mata aku pun boleh pengsan tiga malam.Ada juga yang menangis dan ada juga yang terus demam gara-gara melihat anak mata aku ni.Eceh,melebih pula aku!
"Tak adalah,seram pula aku sebab first time nampak kau melatah! Haha!!!"kedengaran tawa keluar lagi daripada mulut Si Longkang.Ops,itulah gelaran yang diberi oleh Aliana sejak mula bekerja di bawah Syarikat Kuasa Berhad.
"Aku lagi lah seram sebab bekerja dengan kau yang mulut longkang!Mulut busuk!"jerit Aliana.Si Longkang ni memang nak kena dengan aku,nasib aku tak bawa cili dari rumah aku kalau aku bawa dah lama aku sumbat semua cili tu dalam mulut longkang ni.Hish!Geram!

Aliana terus berlalu pergi tanpa menoleh ke arah Afran yang sedang memandangnya bersama senyuman sinis dibibir.Ikutkan hati mahu sahaja dia menampar muka CEO Syarikat Kuasa Berhad itu tetapi memikirkan keadaan tidak membenarkan.'Jangan fikir kau tu bos besar kat sini mulut kau boleh celopar macam sampah.Dasar bos tak guna!'bebel Aliana di dalam hati.Aliana terhenti apabila IPhone 6s yang berbunyi di dalam bag Bonia kesayangannya,tanpa melengahkan masa lagi Aliana pantas mengambil iPhone 6s dari bag.Nama pemanggil itu adalah mummy kesayangnya, Aishah Ariana.Mak aik?!Apahal mak telefon time cemas ni?Aduh!!!Aliana menepuk dahinya seketika.
"Hello?Mak ada apa telefon ni?"jawab Aliana dengan lembut
"Ya ampun,Aliana ke ni?Mak rindu sangat kat Aliana ni!"
"Aliana pun rindu kat mak ni!Ayah dengan abang macam mana?Sihat?Mak sihat tak?bertalu-talu Aliana melontarkan soalan kepada insan yang amat dirindui dan disayanginya
"Sihat aje semua kat sini!Ni bila nak bawa balik bakal menantu bagi mak?"
"Err......"Aliana telan air liurnya.Apa yang mak aku tanya ni?Bakal menantu?Hish,apa punya soalan ni?!!
"Apa err?"
"Nanti Aliana call mummy balik,ya?Aliana nak drive ni."ujar Aliana
"Ada je alasan.Ingat!Telefon mummy balik tau!"pesan Aishah Ariana yang agak tegas.
"Ye mak,I promise I will call you back."ujar Aliana lalu mematikan telefon IPhone 6s miliknya .Mak ni macam ada something nak bagi tahu je.Ah malaslah nak fikir!Fikirannya hanya tertuju kepada makanan sahaja waktu itu.Tak sabarnya lah aku nak menjamu selera.Tanpa menunggu lagi Aliana terus berlalu pergi tanpa mempedulikan Afran yang sedang memerhatinya.Afran yang sedari dari tadi asyik memerhati gelagat Aliana itu terus mengorak langkah berlalu pergi..

SUAMIKU HATI BATU?!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang