Pada keesokan harinya,Qaleesya pergi ke sekolah bersama dengan dua orang rakan karibnya iaitu Tasha dan Sarah.
Di sekolah
"Eh korang,tadi masa aku pergi pejabat,aku nampak ada sorang budak laki baru.Hot gila dia!.Dah la tinggi,kulit putih,hidung mancung ,macam orang Korea pun ada".kata Tasha dengan nafas yang terngucap-ngucap dek kerana berlari kearah mereka semata-mata untuk memberitahu perkara itu.
"Aku haraplahkan budak baru tu sekelas dengan kita"sokong Sarah pula."Eh korang ni ada ada jela.Baik la korang buat revision sikit sebelum cikgu masuk ada jugak faedahnya daripada bergosip macam ni"nasihat Qaleesya kepada dua orang sahabatnya
Mereka berkawan sejak daripada sekolah rendah lagi,jadi tidak hairanlah jika hubungaan mereka bertiga macam isi dengan kuku.Walaupun mereka bersahabat baik,Tasha dan Sarah tidak pernah mengetahui tentang masalah yang dihadapi Qaleesya.Qaleesya tidak pernah menceritakan masalahnya kepada Tasha dan Sarah kerana dia tidak suka sekiranya ada orang yang bersimpati dengan kehidupannya. "Ala,kawan kita dah marah la Tasha,baik kita ikut aja arahan dia"kata Sarah kepada Tasha sambil ketawa kecil.
Tiba-tiba ,kelas yang bising dengan gelak tawa budak perempuan dan lelaki menjadi senyap.Mata mereka semua memandang tepat ke arah seorang pelajar lelaki yang berdiri di sebelah cikgu Hamzah yang baru masuk ke dalam kelas.
"Okey murid-murid hari ni kita akan dapat kawan baru.Sila perkenalkan diri kamu Haziq"kata cikgu Hamzah selaku guru kaunselor disekolah itu
"Hi,nama saya Wan Mohd Haziq Danial.Saya baru berpindah dari U.S ke sini.Harap korang semua dapat bagi tunjuk ajar"kata Haziq dengan yakin."Oh my God.Sarah,Eesya budak ni la yang aku cakap tadi"kata Tasha dengan suara yang separuh menjerit.Semua yang berada didalam kelas memandang ke arah mereka bertiga dek kerana suara Tasha yang sangat lantang itu.Qaleesya meminta maaf bagi pihak Tasha yang bersuara lantang tadi.
"Okey murid-murid,jika tak ada apa-apa lagi saya mintak diri dulu.Haziq kamu boleh duduk ditepi Qaleesya"kata cikgu Hamzah sebelum berlalu pergi.Semua murid memandang kearah Haziq yang berjalan kearah tempat kosong disebelah Qaleesya sebelum cikgu Diana masuk kedalam kelas untuk mengajar subjek matematik tambahan.
"Err..hai.Nama saya Qaleesya"sapa Qaleesya sejurus Haziq duduk ditempat kosong disebelahnya.Haziq terus mengeluarkan buku nota dan tidak membalas sapaan Qaleesya."Ee..sombongnya budak baru ni"kata Qaleesya didalam hati.
Mereka meneruskan pembelajaran pada hari itu dengan gelak ketawa kerana mendengar pengalaman Haziq ketika di U.S .
Pada waktu rehat,
"Wah Qaleesya suka lah engkau kan sebab Haziq tu duduk tepi kau"kata Tasha mengusik Qaleesya."Suka apanya dah lah sombong.Tak suka aku lelaki perangai macam tu"balas Qaleesya
Tanpa mereka sedari,perbualan mereka didengari oleh Haziq.Haziq tersenyum selepas mendengar Qaleesya bermonolog tentang dirinya.Haziq sebenarnya sudah menaruh hati pada Qaleesya sejak melihat dia dalam kelas tadi.Haziq memikirkan rancangan seterusnya untuk memikat hati Qaleesya.
Hey guys.Thanks for reading.Sorry kalau ada tertypo.Nantikan bab seterusnya:)
YOU ARE READING
Just You
RomanceQaleesya,seorang gadis yang tersepit dalam dugaan yang dihadapi oleh dirinya sewaktu masih kecil lagi.Kehadiran Haziq membuatkan hidup Qaleesya bertambah ceria. Qaleesya,aku dah lama tunggu kehadiran kau dalam hidup aku-Haziq Selepas melayari bahter...