Bab 2 ✌

190 4 0
                                    

Sebaik pulang ke biliknya, kelihatan Eiyra, teman sebilik merangkap kawan baik Rin sejak dari zaman matrikulasi dulu sedang menyiapkan tugasannya di meja studi.
"Dah balik?" Sapa Eiyra.
"Haah," jawab Rin sambil menuju ke katil lalu merebahkan diri sebelum menanggalkan tudungnya.
"Kenapa ni? Tak happy ke jumpa mentua?" Soal Eiyra apabila melihat Rin tidak ceria seperti biasa.
"Apa mentua-mentua? Aku dengan Haikal tak ada apa-apa lah," balas Rin dengan suara yang garang.
"Ala, sekarang memang la tak ada apa-apa tapi esok lusa? Lagipun Haikal tu dah lama tunggu kau. Sejak zaman matrik lagi."
Mendengar bicara Eiyra, Rin terus melempar bantal kecil yang berada di tepinya ke arah Eiyra tetapi gadis itu sempat menyambut.
"Kau ni, kalau bab Haikal bukan main lagi eh,?"
"La, aku cakap banda betul apa?" kata Eiyra sambil bangun lalu menuju ke arah Rin. Dia melabuhkan punggungnya di sisi Rin. Bantal kecil yang disambutnya tadi diletakkan kembali ke atas katil.
"Hesy, malaslah nak cakap dengan kau," kata Rin lalu menekup mukanya dengan bantal.
"Kenapa ni? Ada masalah ke dengan famili Haikal?" Soal Eiyra. Melihat keadaan Rin sebegitu, dia yakin ada sesuatu yang tidak kena.
"Dahlah. Aku nak tidur."
Sah! Ada benda yang dah berlaku.
"Rin!!!"
"Aku mengantuk ni," kata Rin. Dia membuat isyarat tangan menghalau Eiyra agar tidak terus mengganggunya.
"Rinnn..." Eiyra menjerit dengan tiba-tiba sebelum pantas menutup mulutnya. Mungkin baru dia tersedar yang dia telah menjerit dengan begitu kuat.
Rin yang terkejut terus bangun "Kenapa ni?"
"Rin..." Eiyra memegang tangan Rin.
"Cincin tu Haikal bagi ke?"
Rin tersedar akan kecuaiannya. Huh, menyesalnya tak buang awal-awal tadi. Di mngeluh panjang.
"Rin, Haikal lamar kau ke?" Soa Eiyra penuh bersemangat.
"Haikal tak beritahu kau ke?" Soalan Eiyra di balas sengan soalan.
Eiyra menggeleng laju. "Buat apa dia nak beritahu aku?"
"Yalah. Kau orang kan selalunya tak pernah berahsia." sindir Rin.
"Itulah. Aku pelik juga kenapa dia tak beritahu aku. Hmmm... Mesti dia takut aku bocorkan dulu dekat kau. Tapi cantiklah cincin kau ni," puji Eiyra. Cincin di jari manis Eiyra itu dibeleknya berulang kali.
"Kiranya kau dah terima dialah ni?" Soalnya kemudian.
Rin diam. Kemudian bahunya dijongketkan. "Tak tahu."
"Hah? Tak tahu? Kenapa macam tu?" Eiyra pelik. Dia terus melabuhkan punggungnya di sebelah Rin.
Rin mengeluh panjang. Pipinya digaru-garu.
"Kau masih tunggu Fiqri lagi ke?" soal Eiyra perlahan.
Rin tersentak. Setelah sekian lama, tidak disangka hari ini nama itu kembali disebut.
"Rin, betul ke?" Eiyra mengulangi soalannya. Sungguh, dia benar-benar ingin tahu perasaan Rin ketika ini. Sejak hati sahabatnya itu dilukai oleh Fikri dua tahun yang lalu, sudah jarang Rin menyebut nama itu dan apatah lagi mahu menceritakan tentang perasaannya. Dan sebab itu juga dia sukar untuk meneka perasaan Rin. Adakah Rin masih memegang janjinya untuk terus setia?
"Kalau aku terus tunggu dia..." Rin berjeda seketika sebelum menyambung,
"Kau rasa patut tak?"
Giliran Eiyra pula yang diam. Lama dia berfikir sebelum akhirnya dia melepaskan keluhan.
"Siapa aku nak cakap patut ke tak patut pasal hati dan perasaan kau? Cuma aku harap, kau boleh fikir dan pandang dengan mata hati apa yang Fiqri dah buat kepada kau dahulu. Aku bukannya apa, aku taknak tengok kau terluka lagi."
Rin mengeluh. "Hati dan perasaan tak boleh dipaksa."
"Ya, aku tahu. Hati dan perasaan tak boleh dipaksa. Tapi kadang-kadang kau kena tinggalkan semua perasaan tu dan fikir secara rasional. Move on. Lupakan Fiqri. Dia tak layaklah dengan kau."
Tanpa sedar, air mata Rin bertakung. Berbicara soal Fiqri membuatkan hatinya kembali sakit dan pedih.
"Kadang-kadang bila kita kejar seseorang, kita perlu berhenti sekejap. Pusing belakang dan tengok, siapa yang sedar kejar kita. Rin, aku tahu aku tak boleh paksa kau tapi sampai bila kau nak terus simpan perasaan kau terhadap Fiqri? Kau layak dapat lelaki yang boleh buat kau rasa bahagia, bukannya selau menyakitkan hati kau."
"Aku... Aku..."
"Aku sebagai kawan kau tak nak tengok kau terluka lagi. Bagi Haikal peluang. Sekurang-kurangnya dia betul-betul sayangkan kau," kata Eiyra.
"Eiyra, can you leave me alone?" Pinta Rin. Di benar-banar ingin bersendirian ketika ini.
Eira terdiam. Tiba-tiba dia rasa bersalah. Baru tersedar dia tidak sepatutnya menyebut nama Fiqri di hadapan Rin. Bukannya dia tidak tahu betapa dalamnya luka yang Fiqri berikan kepada sahabat baiknya itu.
Dengan rasa bersalah, dia bangun dan kembali ke meja studi. Namun tidak disambung kerjanya sebaliknya dia hanya memandang Rin yang kembali menekup mukanya dengan bantal.
Melihat keadaan Rin, Eiyra mengeluh.

VVIP DihatikuWhere stories live. Discover now