Bab 4

210 7 1
                                    

"Apa yang kau termenungkan ni?" Soal Rin ketika melihat Eiyra.

"Katil kau nampak pelik la."

"Pelik, kenapa?" Soal Rin. Dia turut memandang katilnya.

"Nampak macam kosong. Hah, kosong. Eh, mana perginya Domo?" Soal Eiyra setelah perasan apa yang tidak kena dengan katil Rin itu.

Rin mejuihkan bibir ke arah atas alamari pakaiannya. "Ada dalam kotak tu."

"Kenapa kau letak Domo dalam kotak? Takkan kau dah siap-siap simpan barang nak bawak balik kut?" Soal Eiyra.

"Aku bukan simpan barang. Tapi aku simpan kenangan."

"Hah?" Eiyra mengerutkan dahi. Dia memang tak faham bahasa sastera yang digunakan Rin.

"Bukan semalam kau suruh aku simpan semua kenangan aku dengan Fiqri ke? Jadi aku simpanlah Domo tu sekali." Kata Rin.

Domo yang menjadi peneman tidurnya selama ini nerupakan salah satu kenangan dengan Fiqri.
Sebelum Fiqri berangkat ke Melbourne, Rin memberikan patung Domo buat Fiqri sebagai hadiah. Patung Domo yang sama juga dibelikan untuk dirinya sendiri, konon-kononnya sepasang.

"Really?" Eiyra terkejut.
"Tapi kau boleh ke tidur kalau tak ada Domo?"

"Boleh aje. Kalau tak boleh pun kena boleh juga kan?"

"Kau biar betul? Aku macam tak percaya aje." Eiyra musykil. Mimpi apa Rin semalam?

"La... Apa yang kau tak percaya pula? Lagipun aku tengah ikut cakap kau ni. Move on dan hidup tanpa bayang-bayang Fiqri lagi," kata Rin sambil tersengih.

"Kau nekad?"
Rin mengangguk laju.

"Tak menyesal?" Uji Eiyra lagi.

"Insya-Allah tak. Lagipun aku nak bagi peluang pada ni," sambung Rin lalu mengangkat tangan kirinya untuk menunjukkan cincin yang ada di jari manisnya.

Eiyra tersenyum. Dia menghampiri Rin lalu memeluk gadis itu erat.

"Alhamdulillah. Akhirnya kau sedar juga, ya? Kata Eiyra.
Rin membalas senyuman Eiyra. "Mungkin betul jodoh aku bukan dengan Fiqri."
"Aku tumpang gembira, Rin. By the way, Haikal dah tahu ke yang kau dah terima dia? Hesy, kalau dia tahu ni mesti tak tidur malam," kata Eiyra.

Rin menggeleng. "Belum lagi."

Rin mencapai telefon bimbitnya apabila suara Avril Lavigne mula menyanyi. Melihat nama yang tertera, Rin segera menjawab panggilan tersebut.

"Rin, Kal dah sampai depan blok Rin."
"Hah?" Rin terkejut. Bila masa pula Haikal beritahu nak datang?

"Kal tak cakap pun nak datang?" Soal Rin.

"Eh, bukan Rin ke yang mesej Kal suruh datang?"

Berkerut-kerut dahi Rin mendengar jawapan Haikal. Dia memandang kearah Eiyra yang kononnya sedang membaca majalah diatas katilnya.

"Kalau macam tu, Kal tunggulah kejap. Rin nak bersiap."

"Okey." Sebaik sahaja talian dimatikan, Rin memandang Eiyra.

"Eiyra... Ni kerja kau, kan?"

"Apa?" Soal Eiyra dengan riak tidak bersalah.

"Kau yang mesej Kal suruh datang, kan?"

Melihat Eiyra tersengih-sengih seperti model iklan ubat gigi, Rin sudah tahu jawapannya.

"Hesy, kau ni kan, tak ada kerja lain ke nak buat?"

"Habis tu, siapa suruh kau langsung tak mesej Haikal? Kau tahu tak dia tu dah seminggu macam orang gila tunggu kau?"

"Ala, baru macam orang gila. Belum jadi gila lagi, kan?" Balas Rin selamba.
Dia menuju ke almarinya. Kardigan hitam dan tudunghijau yang baru dipakainya pagi tadi dikeluarkan.

"Kau ni memang tak ada perasaan la. Dah, baik kau cepat. Haikal tunggu tu. Kesian dia "

"Yalah. Aku nak cepatlah ni. Kau kalau bab Haikal bukan main lagi, ya? Aku ni kau tak kesian?" Soal Rin sambil tangannya laju menyarungkan tudung ke kepala.

Haikal yang tadinya bersandar pada kereta terus berdiri tegak sebaik sahaja meliht kelibat Rin. Senyuman terukir di bibirnya.

"Rin apa khabar? Lama tak nampak Rin. Makin cantik."

"Kal puji-puji Rin ni kenapa? Nak suruh Rin belanja makan ke?" Soal Rin.

Pantas Haikal menggelengkan kepalanya. "Mana adalah. Kal jujur ni."
Serentak dengan itu, Haikal membuka pintu keretanya. Sejambak bunga ros putih dikeluarkan lalu dihulukan kepada Rin.

"Apa ni?"

"Untuk Rin. Sebagai tanda terima kasih sebab sudi terima Kal," kata Haikal ikhlas.
Sebaik sahaja menerima mesej daripada Rin setelah seminggu dia menanti, dia merasakan bahawa dia ialah lelaki paling bahagia di dunia.
Dan setelah melihat cincin yang diberikannya tersarung kemas di jari manis Rin, kebahagiannya semakin bertambah. Tidak disangka penantiannya selama ini berakhir jua.

"Welcome," kata Rin. Melihat senyuman Haikal yang bukan main lebar membuatkan dia turutengukir senyuman.

"Rin dah makan ke? Jom pergi makan?" Ajak Haikal.

Rin menggeleng. "Tak naklah. Rin pakai selekeh aje ni," tolaknya.

"Mana ada selekehlah. Rin pakai apa pun cantik. Kita pergi makan, eh?"

"Hesy, lama-lama Rin dengan Kal boleh kena kencing manis juga ni. Kurang-kurangkanlah gula dalam mengayat tu, Kal."

"Ala, Kal manis dengan Rin aje pun. Dengan orang lain Kal pahit lagi payau tau."

"Hesy, ada je nak menjawab, kan? Jomlah pergi makan."

Sebaik mendengar persetujuan daripada Rin, Haikal terus membukakan pintu di sebelah tempat pemandu untuk Rin.
Selepas itu, Haikal pula mengambil tempat di bahagian pemandu dan memandu ke sebuh restoran yang menjadi kegemaran mereka.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 06, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

VVIP DihatikuWhere stories live. Discover now