puisi hati

66 9 0
                                    

Aku tak perlu bahasa tinggi
Untuk mengungkap apa di hati
Sebab cukup ada didiri
Untuk menghilangkan sepi

Aku tak perlu ihsan manusia
Sebab mereka terlalu biasa
Dan mereka sama sahaja hina
Kerana aku telah terkena
Oleh tusukan perit berbisa

Aku tak kata aku sudah hidup lama
Tapi cukuplah apa telah aku rasa
Untuk meng-insankan seorang manusia
Yang sentiasa di lembah hina

Ya ini hanya bicara hati aku
Puisi hati
Yang sentiasa sepi.

MadahWhere stories live. Discover now