INI BUKAN PUISI

215 13 4
                                    


Abah,
Dahulu nasi dan ikan keli,
Satu persatu abah teliti pada ikan keli,
Dibuangnya tulang-tulang,
Dibuangnya lemak-lemak,
Dibuangnya kepala yang dulu aku anggap raksasa dan di letakkan di tepi pinggan supaya ayah memberi amaran jangan mengacaunya.
Abah membuang ekornya yang kedengaran rangup apabila di patahkan ekor ikan itu.
Setelah selesai membogelkan ikan itu sehingga tinggal isi sahaja abah menggaulkan isinya bersama nasi. Kata abah Gigi aku tidak kuat lagi jadi abah menggaulkannya sehingga lumat bersama nasi.
Setelah selesai abah mengambil anggota badan ikan tadi meletakkan di atas surat khabar untuk memberi kismi melahap. Ya kismi haiwan peliharaan kami. Setelah abah selesai semua tugasan. Abah pergi kepada aku lalu berkata. Makan nasi sampai habis. "Abah sudah lewat 30minit untuk ke kerja ni".

Ya Allah setelah aku dewasa baru aku tahu apa itu 30minit apa itu maksud LEWAT.
Setiap hari abah berkata begitu maksudnya setiap hari abah lewat. Maksudnya Abah kerap dimarahi majikannya la. Ya Allah besarnya pengorbanan Abah hanya kerana untuk aku makan.
Air mata aku mengalir tanpa ada halangan.
Abah la pejuang dan perwira. Terima kasih Abah.

Puisi Baruah.Where stories live. Discover now