*Yeaa ini dia sambungannya. Maaf buat awak semua tertunggu-tunggu. Saya tkde masa nak taip sbb #budakasrama hehe*
BEBERAPA keping gambar yang tersisip dalam diari hariannya ditarik keluar. Seketika Faezrul merenung gadis bertudung di dalam gambar itu lantas membanting tubuh ke tilam. Untuk entah yang keberapa ribu kali dia mengimbau lagi kenangan lalu.
Kenangan yang tidak pernah mati dari ruang fikir selama bertahun-tahun lamanya. Dan barangkali sampai bila pun nama Nur Esyana Abdul Rahman akan terus mendiami hatinya.
"OKAY, done," ucap Esyana sejurus sahaja menutup booth keretanya. Dia mengatur langkah menghampiri Faezrul yang sedang berdiri di pintu bahagian pemandu.
"Hai... lepas ni tak nampaklah manusia pelik belek pokok bunga waktu malam kat sebelah rumah."
Esyana tertawa kecil. "Itulah... lepas ni tak bolehlah jeling-jeling orang sebelah sidai baju waktu maghrib. Lepas tu dok kalut-kalut cari barang tertinggal dalam kereta. Pelik, hari-hari mesti ada barang tertinggal dalam kereta ke apa?" balas Esyana bersahaja.
Faezrul ketawa dengan respons spontan Esyana. "You know, you look stunning wearing this grey kebaya. Nampak klasik macam perempuan Melayu dulu-dulu. Ni rasa macam nak ikut sekali pergi Penang."
"Dah jangan nak bukan-bukan ya." Wajah Esyana sudah merona merah. Sejak akhir-akhir ini, dapat dilihat sikap Faezrul yang gemar bermanja mesra. Namun, dia sahaja yang bersikap batu seolah-seolah tidak ada hati dan perasaan. Walhal setiap detik hatinya bagai dicuri oleh pemuda itu.
"Faez, Syana nak mintak maaf kalau selama ni Syana ada buat salah dengan Faez. Selalu menyusahkan Faez. Mana tahukan kot kot Syana terlepas pandang ke. Faez jaga diri. Syana pun mungkin tak dapat selalu contact Faez sepanjang kursus ni. Aktiviti Syana terlalu padat kat sana," tutur Esyana sayu.
"Baiklah, Cikgu Syana. Buat apa nak mintak maaf bagai ni? Ish... Just focus on the course okay? Nanti dah sampai Penang jangan lupa bagitahu," pesan Faezrul pula. Wajah manis bertudung merah jambu itu direnung dengan rasa kasih.
Tiga tahun perkenalan begitu mendekatkan dia dengan gadis itu. Dalam ramai gadis yang ditemui, akhirnya dia jatuh hati pada jiran yang tinggal di sebelah rumah. Setiap kali ingin ke tempat kerja, selalu sahaja dia terserempak dengan Esyana yang kebetulan ingin ke sekolah.
Pada mulanya mereka sekadar berbalas-balas senyuman. Namun dek kejadian paip di dapur rumah sewa Esyana itu bocor, hubungan mereka kian akrab. Sehinggalah mereka merancang untuk mendirikan perkahwinan. Faezrul nekad untuk menamatkan zaman bujangnya.
Tambahan lagi, ibu bapa Esyana beberapa kali menggesa agar mereka berkahwin secepat yang mungkin. Sekurang-kurangnya tidaklah dia risau akan keselamatan anak tunggalnya itu di Kuala Lumpur. Sifat Esyana yang terlalu berdikari ada waktu merunsingkan mereka. Gadis itu nampak sahaja lembut tetapi hatinya cukup kuat.
"Insya-ALLAH, nanti lepas Syana balik dari Penang kita sama-sama cari barang hantaran kita okey? Haa... Faez nak kirim apa-apa tak?"
"Kirim sebelah hati ni mintak bawak kat sana sekali. Boleh?" kata Faezrul sambil tersenyum.
Esyana tergelak kecil. "Mana mana? Bak sini nak bawak masuk dalam bonet."
"Bonet? Cis..."
Tawa Esyana meletus. Sungguh dia tidak betah setiap kali Faezrul mempamerkan kasih sayangnya. Namun jauh di sudut hati, perasaannya dibalut rasa bahagia. Demi ALLAH, betapa sayangnya dan kasihnya dia pada lelaki yang bakal menjadi suaminya itu.
"Dahlah... pergi cepat. Nanti lambat pulak sampai ke sekolah. Sekejap lagi orang lain dah pergi, Syana tertinggal kat belakang. Kita jumpa lagi dua minggu ya?"
YOU ARE READING
Rindu Awak 200%
RomanceZILL FAEZRUL IQBAL - Jiwa Armel Aisya jadi nanar apabila teringat nama ini. Bersifat tenang, tapi bermulut celopar sungguh menjengkelkan hati. Tapi, dia tak boleh banyak bunyi. Dia sendiri yang memilih lelaki itu untuk menjadi suaminya. Ibarat minya...