Bab 4~Penipuan VS Kejujuran

360 7 1
                                    

''Mama..Ini bukan seperti yang mama tengok ....Rin...''Jelas Tengku Erina tapi dipotong oleh Tengku Rita.

''Mama kecewa Rin..Mama ingat Rin dah berubah.Kenapa Rin buat macam ni,sayang?''Tanya Tengku Rita dalam tangisan.Remuk hatinya melihat keadaan Tengku Erina dan Addin Rezaril yang sedang berzina.Niatnya ingin membuat kejutan kepada anaknya tapi alih-alih dia yang dikejutkan.Hatinya bagai disiat.

''Mama,please trust me.....''Rayu Tengku Erina.Tubuh mamanya dipeluk.Namun,Tengku Rita tidak membalasnya.Dia tahu mamanya kecewa.Tapi,ini bukan salahnya.Ini salah lelaki yang sedang duduk diatas sofa durjana itu.

''Mama,Rin rela mama pukul Rin ke apa ke..Rin rela ma asalkan mama maafkan Rin dan please dont tell papa pasal benda ni.Rin taknak papa kecewa dengan Rin.''

Tengku Rita hanya diam.Dia cuba menenangkan dirinya.Dia tidak mahu perasaan amarah menguasainya.Dia tidak tahu apa yang patut dilakukan untuk menyelesaikan masalah ini.Dia tidak mahu sikapTengku Erina yang 5 tahun lepas kembali.Dia tidak mahu anaknya terlanjur lebih teruk dari tadi.Dia tahu anaknya dan Addin belum sempat buat apa-apa kerana kehadirannya yang mengejut.Setiausaha anaknya,Faezah juga ada memberitahunya bahawa ini pertama kali Addin datang ke pejabat anaknya.Itupun sebagai client.

''Addin...''Panggil Tengku Rita.Addin yang sedang menunduk dari tadi,memanggungkan kepalanya.Dahinya berkerut.

''Ya,Tengku...''Balasnya. Terbit rasa gusar di hatinya.Mana taknya,niatnya tadi ingin mempamerkan aksi terlampau romantiknya bersama Tengku Erina kepada Faezah tapi sungguh dia tak sangka yang terjah pintu tadi adalah Tengku Rita.Malu jugak dia dengan tindakan sendiri.

''Tolong nikahi anak auntie...Auntie taknak korang berdua lebih jauh terlanjur.''Pinta wanita separuh umur itu.Seakan merayu.

''No...Mama...Rin tak boleh.Lagipun,Addin dah ada....''
Belum sempat Tengku Erina membantah Addin sudah memotong.

''Auntie,jangan risau..Ad akan bertanggungjawab.Memang ini salah kami berdua.Kami tak mampu control nafsu kita orang.Yelaa dah lama kita orang berpisah,tiba-tiba Ad jumpa dengan Rin sebagai client Rin.And kita orang dulu pernah couple.Betul tak,Rin?.''Terjegil mata Tengku Erina mendengar pembohongan Addin.'Kau memang tak guna,Addin.'

''Rin?Betul ke korang berdua pernah bercinta dulu?''Kini mama pula mengajukan soalan.Kelu lidah Tengku Erina ingin menjawab pertanyaan mamanya.

''Rin..Memang cintakan Addin..Rin berubah pun memang sebab Addin.Kalau tak kenal Addin mungkin sampai sekarang Rin masih BG.''Sayu suara Tengku Erina menuturkan kata-katanya.Kejujuran dan penipuan bersatu didalam kata-katanya.Tersentak Addin mendengar apa yang keluar dari mulut Tengku Erina.'Hebatnya lakonan kau,Tengku Erina Shuhada.Kau masih BG rupanya.'Addin tersenyum sinis.

''Ya Allah,betul ke Rin..Jadi seseorang yang Rin tunggu selama ni adalah Addin.''

''What??Rin tunggu Addin,Auntie?''Soal Addin.Sengaja menambah perasa dalam lakonannya.Walaupun dia tahu dirinya bukan orang yang ditunggu Tengku Erina.Pasti BB.Lelaki perosak.

''Ya,Addin.Setia Rin pada Addin tak pernah tergugat.Sampai dia sanggup tolak pinangan dari jutawan Singapore.Kesian sangat dekat budak tu.Datang jauh demi Rin tapi Rin masih tunggu Addin.''Terang Tengku Rita.Senyuman wanita sangat lebar.Tengku Erina memandang wajah gembira mamanya.Hatinya pilu.Lelaki yang dia tunggu bukan Addin Rezaril!!

''Ya Allah,betul ke?Sayang,i'm sorry for everything.Ad ingat Rin dah lupakan Ad.Tapi..Rin selalu tunggu Ad.Maafkan Add,sayang..''Kata-kata Addin sekali lagi menyakitkan Tengku Erina.

''Kalau macam tu auntie harap hal ni habis kat sini je.Auntie tak nak benda ni diperbesarkan.Lagi-lagi kalau papa Rin tahu.Mati kita.''

''So,auntie nak Ad hantar rombongan bila?''Soalan Addin melebarkan senyuman Tengku Rita.Tapi,soalan itu menghiris hati Tengku Erina.Dia tahu pasti Addin ada rencana lain.Rencana yang akan menghancurkan hidupnya.Ya Allah...

''As soon as possible..Auntie,taknak korang terlanjur lebih teruk.Ad tahu kan rumah Auntie kat mana?''

''Tahu,Auntie.Insha Allah,lagi 2 minggu Add hantar rombongan meminang.''Keputusan Addin membuatkan Tengku Erina rasa mahu pengsan.

''Alhamdulillah..Auntie bangga dengan Addin sebab nak bertanggungjawab.Auntie....''Ucapan Tengku Rita terhenti kerana telefon bimbitnya berdering.

''Papa Rin call.Assalamualaikum, Abang.Ya,saya ada dekat pejabat Rin ni.Kenapa ya?''Hati Tengku Erina sedih kerana mamanya ditipu hidup-hidup oleh lelaki munafik seperti Addin Rezaril.Tapi,timbul rasa bahagia dihatinya bila Tengku Rita tersenyum ceria seperti sekarang.

''Rin!!Ya Allah budak ni mengelamun pulak dia.''Sergahan Tengku Rita menghentikan lamunan Tengku Erina.Dia terus memandang ke arah mamanya itu.Wajah Addin hanya dipandang sekilas.Lelaki itu turut merenungnya.

''Ada apa,Ma?Sorry Rin tak dengar tadi.''

''Termenung bagai ni ingat kat siapa pulak,Rin.Ni Prince Charming dah ada depan mata ni.''Berubah wajah Tengku Erina mendengar usikan mamanya.Malu!!

''Comelnya muka sayang bila malu macam tu.Kan,Auntie?''Ujar Addin Rezaril ingin mengusik.Walaupun dia sedikit terpesona dengan wajah Tengku Erina bila blushing.Sangat Cantik.Tapi,segera diusir rasa itu.Gadis itu memang cantik tapi tidak tahu malu.Terlalu murah.Addin juga pernah dengar bahawa gadis itu selalu check-in hotel bersama lelaki yang berbeza dan ketika itu mereka berumur 19 tahun.

''Mama dah nak balik.Papa ajak keluar makan.So,I got to go.Add,Auntie pergi dulu.Auntie harap Add dengan Rin tak ulang benda yang sama.Ingat Allah,ya sayang.Oklah,mama pergi dulu.''Nasihat Tengku Rita lantas mencium kedua belah pipi Tengku Erina.

''Kesian mama kau ada anak yang tak ada maruah macam kau.Tunggu pinangan aku lagi 2 minggu,Bitch!!''Kata Addin Rezaril bila kelibat Tengku Rita hilang dari ruang mata.

''Kenapa aw...''Belum sempat Tengku Erina membalas kata Addin,bibirnya dipagut kasar.Tengku Erina terpempam.Wajah lelaki itu cuba ditolak sedaya upaya,namun hampa bila lelaki itu memperdalamkan lagi ciuman mereka.

''Umphh..Manisnya..''Ujar Addin selepas meleraikan ciuman ghairah dia dan Tengku Erina.Bibirnya dijilat.Masih terasa kemanisan bibir Tengku Erina dibibirnya.Wajah pucat Tengku Erina dipandang.

''Kenapa awak buat saya macam ni,Addin.Saya masih ada maruah.Awak layan saya macam saya ni pelacur.Awak dah berubah Addin.Awak dah tak kenal halal haram.Awak berubah.''Kata-kata yang keluar dari bibir Tengku Erina membuatkan Addin tersentak.Hatinya mula panas.Wajah Tengku Erina terus dicengkam kuat.

''Memang aku berubah!!Kau punca aku berubah,bitch!!Maruah?Kau fikir pasal maruah kau.Tapi,kau pernah tak fikir pasal maruah aku dulu?Maruah aku sebagai seorang lelaki?Bila gambar aib aku tersebar pada saudara mara aku dan digelar gigolo.Penari bogel semua tu.Kau ada fikir?Aku hilang orang yang aku sayang.Aku hilang segalanya dan aku terpaksa ambil masa lama untuk semua orang percaya aku semula.Kau adalah punca aku berubah!!Aku sumpah kau akan rasa apa aku rasa.!!!''Luah Addin dengan nada tengkingan.Merah padam wajahnya menahan marah.Hampir 3 tahun dia menahan malu disebabkan oleh gambar aibnya sampai ke tangan Mama dan papanya.Bukan itu sahaja gambar aib itu juga dihantar oleh Tengku Erina kepada ibu dan bapa Sufina Aisyah.Sakit betul hatinya dengan sikap gadis di hadapannya ini.

''I'm sorry,Addin.Saya tak bermaksud nak buat awak macam tu.Saya minta maaf.Saya khilaf masa tu.''Rayu Tengku Erina.Memang semua itu salahnya.Dia memang tidak layak dimaafkan.Dia terlalu jahat.

''Aku tak kan maafkan kau!!Sebelum kau rasa apa yang aku rasa,aku tak akan maafkan kau!!And one more things,accept pinangan aku!Kalau kau tak terima,,siap kau!!''Ugut Addin bersama sebuah senyuman sinis.Wajah Tengku Erina sekali lagi dipaut,dan bibir itu dicium sekilas.Kemudian,dia melangkah meninggalkan bilik itu.Terduduk Tengku Erina di sofa dengan kelakuan Addin Rezaril.Airmatanya mengalir lesu.'Sampai hati awak,Addin layan saya macam ni.'

_ _ _ _ _ _

T.E.A.R.SWhere stories live. Discover now