Bab 1~Bad girl!

673 7 0
                                    

Tengku Erina Shuhada berjalan dengan penuh gaya.Stilleto merah menyala disarungkan di kaki cantiknya itu.Tubuh langsingnya ditutupi dengan sehelai tuala paras dada hingga paha.Seksi...

''Rin!!Turun makan..''Suara Tengku Rita kedengaran dari tingkat bawah.'Ala mama ni.kacau betul orang tengah dalam misi nak jadi bad girl terhot ni.'Bad girl..Senyuman yang diukir mula beransur hilang.Wajahnya di dalam cermin dipandang lama.Nafas dihela.Perlahan.

''Rin!!Tidur lagi ke?''Jerit Tengku Rita lagi.Petang tadi selepas pulang dari kerja,Tengku Erina terus tidur.Letih katanya klien banyak songeh.

''Ya,Ma.Rin dah bangun.Kejap Rin nak pakai baju.''Jerit Tengku Erina kembali,membalas panggilan Mamanya.

''Cepat sikit!!''

''Ok!!!!!!!!!''Selepas selesai berbalas jeritan dengan Mamanya,Tengku Erina segera menbuka almari dan mengambil sepasang baju kurung berwarna kuning cair.Hampir 30 minit bersiap,Tengku Erina segera turun ke dapur.Dia tak nak Tengku Rita bising.

Sampai di dapur,Tengku Erina melihat mamanya sedang membelakanginya.Senyum nakal ditarik.Langkah kakinya diperlahankan.Tengku Razif yang melihat tingkah anaknya hanya menggeleng.Tengku Erina meletakkan jari dibibirnya.Sebagai isyarat supaya papanya tidak bersuara.

''Love you,Ma!!''Jerit Tengku Erina ditepi telinga Tengku Rita.

''Oh,Mak kau jatuh!!!''Latah Tengku Rita apabila disergah begitu oleh Erina.Pecah ketawa Tengku Razif dan Tengku Erina mendengar latah Tengku Rita.

''Hahaha,Dah pandai melatah Mama sekarang.Tak sangka.''Usik Tengku Erina sambil melabuhkan duduk di kerusi disebelah papanya.Tengku Rita hanya menjeling tajam.Geram dengan perangai anak gadisnya itu.

''Nakalnya anak papa hari ni.Tengok dah merajuk mama Rin yang cantik tu.Jenuh pulak papa nak pujuk.''Ujar Tengku Razif turut ingin mengusik isterinya.Tengku Erina bangun dan menghampiri mamanya.Tengku Rita sudah memalingkan wajahnya.Bibirnya dimuncungkan.Tanda protes.

''Sorry,Mama.''Ujar Tengku Erina sambil mencium pipi mamanya dan memeluk tubuh Tengku Rita dari belakang.Ingin memujuk.

''Mama taknak kawan dengan Rin 1 hari.''Kata-kata Tengku Rita membuatkan Tengku Erina dan Tengku Razif kembali menghamburkan tawa.Kelakar.

''Mama...Jangan lah merajuk.Rin tak bolehlah kalau 1 saat pun tak dengar suara Mama.Nanti Rin rindu.''Pujuk Tengku Erina lagi.Dagu ibunya dicuit.

''Rin..majlis reunion tu start pukul berapa?''Soal Tengku Razif mengubah topik.

''9 malam,pa.''Jawab Tengku Erina.Tangannya masih menggenggam jari jemari mamanya.

''Rin nak pergi dengan siapa?''

''Dengan Miss Sheena kita la,papa..Siapa lagi,kan.''

''Assalamualaikum!!!.''Belum sempat Tengku Razif membalas kata-kata Tengku Erina , kedengaran suara memberi salam.

''Hah!!Tu panjang umur Sheena.Baru sebut nama,terus sampai.''Mama dah tak merajuk hehehe.Gelak Tengku Erina di dalam hati.

''Waalaikumsalam,Sheena. Masuklah.''Pelawa Tengku Razif.

''Takapa,Pak cik.Tak payah pelawa Sheena masuk pun Sheena tetap akan masuk.Hehe''Ok ni Sheena atau nama penuhnya Puteri Sheena Datuk Ilyas.Perwatakannya,erm tak tahu malu.Hahaha..

''Rin,kau dah kenapa?Tersengih-sengih.''Soal Sheena bila melihat Tengku Erina tersenyum seorang diri.

''Hah?Erm,tak ada apa..Hehe..''Balas Tengku Erina dan tersengih hingga menampakkan giginya.'kalau Miss Sheena ni tahu aku tengah kutuk dia.Mati aku.'

T.E.A.R.SWhere stories live. Discover now