1

32 0 0
                                    

*Pinnnnn pinnnnnn!*

Aku menekan hon keretaku.

"Aduh jalan jam pulak. Habis lah kene bebel dengan dieorng." gumalku seorang.

Selepas 15 minit tersangkut didalam kesesakan lalu lintas, akhirnya aku tiba di chemistry cafe. Aku nampak kereta Nissan Skyline GTR putih milik abangku dan Range Rover merah milik bapaku yang sudah diparkir di depan cafe tersebut.

Memang sudah jadi kebiasaan setiap hujung minggu aku, papa dan Edika akan bertemu dia cafe kegemaran kami. Selain chemistry cafe, kami juga gemar lepak di starbucks. Seminggu sehari untuk kami spend time bersama.

Kami bertiga duduk berasingan. Papa di rumahnya, aku di kondo yang berdekatan dengan tempat belajarku dan abangku di kondo yang tidak berapa jauh dari rumah papa.

Edika ingin duduk sendiri kerana mahu berdikari katanya. Ke sebab kau playboy ha boleh bawak balik perempuan. Ok tak. Dia tak pernah bawak balik perempuan. Walaupun dia playboy.

"Wahhh Eri. Dah naik kematu bontot abang dengan papa ni tunggu Eri." sapa Edika setibanya aku di meja mereka itu.

"Selalu memang muka dia je yang lambat. Papa yang busy ni pun boleh sampai awal." sapa Dato' Eddy pula.

"Eih, bukan selalu. Tadi jam teruk. Tu yang lambat tu." terus aku mencapai tangan papa dan untuk bersalam lalu melabuhkan punggungku ke kerusi.

"Eri order lah, papa dengan abang dah order." kata papa.

"Peh order tak tunggu Eri eh. Sampai hati." aku menarik muncung panjang.

"Ek eleh. Itu pun nak merajuk ke sampai tarik muncung panjang gitu. Nanti tak ada siapa nak meminang baru tau." usik Edika.

"Apa ni abang! Eri belum nak kahwin lagi. Eri pun belum habis belajar lagi. Kerja pun tak ada lagi." kataku sambil buat muka merajuk.

"Betul tu Edi. Eri pun dah nak habis belajar kan. Lagi 2 sem je kan. Kerja? Kata nak tolong papa. Kerja dekat company papa?" sampuk Dato' Eddy.

"Kan pa. Abang memang tak dapat nak tolong papa. Eri jelah yang boleh tolong papa. Kerja dekat company papa. Abang dah ada kerjaya abanh sendiri." kata Edika.

Aku terus mendiamkan diri. Mampu ke aku nak kerja dekat company papa? Boleh ke aku nak ganti tempat papa?

"Eriqa." sapa papaku.

"Ya pa." balasku.

"Bila nak bagi papa menantu?" soalan cepumas yang keluar daripada mulut Dato' Eddy.

Edika yang sedang minum air itu tersembur dek kerana soalan papa yang mengarut.

"Eeeeee. Selekeh lah abang ni." kataku sambil mengesat air yang disembur.

"Eriqa kahwin? Hahahahahahahahahahah!" gelak Edika yang membuatkan orang disekeliling pandang kami.

"Abang! Stop lah orang pandang lah. Aduhai." tanganku terus menutup mulut Edika yang dari tadi dok sakan gelakkan aku.

"Apa yang kelakar Edi? Edi memang lah tak boleh kahwin lagi. Sebok dengan kerjaya Edi. Si Eriqa ni makin lama makin tua. Takkan nak jadi andartu?" papa kalini membiat muka serius yang membuatkan aku dan Edika saling berpandangan dengan dahi berkerut.

"Kahwin? Kalau ada calon, dah lama Eri bawak jumpa papa. Lepastu esok jugak nikah. Tapi Eri sebok study, tak ada masa nak cari calon. Kawan ramai. Tapi tak boleh jadi suami semua tu." ujarku. Aku cuba cari alasan untuk mengelak daripada soalan tentang kahwin.

"Tak ada calon? Apa susah. Papa ada ramai kawan. Edi pun ada ramai kawan kan." jawab Dato' Eddy.

"Memang lah papa ada ramai kawan. Takkan papa nak suruh adik kesayangan Edi sorang ni kahwin dengan orang tua?" Edi terus menarikku kedalam pelukannya.

"Kesian adik Edi sorang ni." sambungnya lagi smabil tanggannya mengusap kepalaku.

"Kan abang. Apa lah papa ni nak suruh Eri kahwin dengan kawan papa pulak." kataku.

"Papa pun belum gila lagi nak suruh Eri kahwin dengan kawan papa yang dah tua tu semua. Anak anak dieorng lah. Kebanyakkan kawan papa ada banyak anak lelaki. So nanti papa carikan lah eh. Ha Edi, Edi pun carikan lah untuk Eri ni tau kawan kawan Edi yang helokkkk sikit." perkataan 'helokkkk' tu ditekankan.

"Baik lah pa. Nanti Edi carikan. Tapi, Edi pun belum kahwin. Takkan nak bagi Eri kahwin dulu baru Edi kahwin? Tunggu lah Edi kahwin dulu." kata Edi.

"Kan abang. Abang kahwin dulu lepasti Eri pulak kahwin. Nanti langkah bendul." kataku kerana bersetuju supaya Edi kahwin dulu. Aku masih belum mahu kahwin. Aku nak kerja dulu, baru nak kahwin.

"Kalau nak tunggu Edi kahwin, sampai mereput lah anak dara papa sorang ni tak kahwin." kata papaku seperti menyindir Edi.

"Kenapa? Papa nak cakap takde orang nak dekat Edi lahni?" kini Edi pula tarik muncung panjang.

EriqaTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang