Aku mendail nombor Andy di iphone 6s ku.
"Hai Eriqa Huda. Ada apa call malam malam ni awak?" sapanya walaupun aku yang telefonnya tapi dia yang cakap dulu.
"Hai Andy Shah. Saya nak suruh awak teman saya pegi shopping esok. Lepastu teman saya pegi makan sekali." ujarku.
"Em tapi Eri. Saya belum gaji lagi. Tunggu saya gaji dulu boleh tak?" soalnya.
"Saya tak tanya pun awak dah gaji ke belum Andy. Tak, awak jangan risau. Saya takkan pau awak. Makan saya belanja. Jangan risau. Papa suruh saya shopping baju kerja."
"Em saya segan lah kalau awak nak belanja." katanya.
"Takpelah, selama ni awak belanja saya, esok saya belanja awak pulak ok."
"Ok. Jumpa esok." kata Andy.
Aku menamatkan talian.
Keesokkan harinya aku bangun awal dan bersarapan di dapur sebelum menonton tv. Aku nampak papa baru turun dari tangga.
"Pa, harini Eri nak keluar tau. Nak pegi beli baju kerja apa semua." kataku.
"Okay. Eri pergi dengan siapa?"
"Eri pergi dengan Andy."
"Andy? Wahhh anak dara papa sorang ni dah nak bawak calon menantu untuk papa ke?" papa mengusikku.
"Paaaaa. Mane ade. Kiteorng kawan jelah."
"Haah pa. Dieorng masih dalma proses sebelum dibawa pulang untuk bertemu dengan papa untuk mendapat risssssstu." abang Edi yang baru mahu turun tangga itu menyampuk.
"Apa ni abang."
"Siapa Andy tu Edi? Eh nampak macam kene sangat lah tu. Andy, Edi, Eddy." kata Dato' Eddy.
"Andy tu kawan baik Edi. Dia sama agensi modelling dengan Edi." ujar abang Edi.
"Ohhh. Takkan dia full time modelling? Boleh ke nak tanggung anak dara papa ni nanti? Dahlah makan banyak." papa mengusikku.
"Papa.......... apa ni." suaraku sedikit mengada.
"Betul lah." kata papa.
"Dia modelling part time je sama macam Edi. Dia tolong family dia. Family business." ujar abang Edi.
"Dah lah. Eri naik mandi. Kejap lagi dia datang amik Eri." aku mengangkat punggungku dari sofa dan naik ke atas untuk mandi.
"Awalnya nak keluar? Excited betul Eri nak jumpa bakal menantu papa." papa mengusikku lagi.
Sebenarnya bukan nak mandi. Tapi nak sambung tido kejap sebelum pukol 1. Seronok dapat sambung tido. Tapi tiba tiba rasa mimpiku dikacau.
"Eriqaaaa! Eriqa Huda! Eh tido ke budak ni. Eriqa! Bangun! Andy datang ni!" suara lantang papa mengejutku.
Andy? Haaaaa? Andy dah sampai? Aduh! Macam mane ni? Aku belum mandi lagi.
"Andy. Awak tunggu kejap eh saya tengah nak siap ni." mane boleh cakap baru bangun tido. Nanti kene reject dari jadi calon isteri dia macam mane. Eh! Apa aku fikir ni.
Aku mandi serius cepat lepastu terus siap siap pakai perfume. Ok siap. Apa lah yang papa dengan Andy ni berbualkan.
Aku turun dari tangga sambil dengar papa kata "Ohhh ha yelah. Jaga Eri betul betul tau." mata papa nampak aku turun tangga " Wahhh cantiknya anak perempuan papa sorang ni." sambung papa.
"Uncle, kiteorng pergi dulu eh?" Andy mencapai tangan papa dan menyalam. Aku pandang papa lalu sengih macam kerang busuk.
"Senyum macam kerang busuk ni, ada lahni." lalu papa menghulurkan kad kreditku yang sudah lama ku tak pegang dan dipulang balik pada papa kerana aku takut aku joli sakan habis duit papa.
"Jangan boros ye sayang papa." papa mencium ubun ubun ku lembut.
"Eri boros ke selama ni? Tak kan? Dah. Salam salam. Andy dah tunggu tu dekat luar." aku salam dan berlalu pergi keluar.
"Awak nak makan dulu ke nak shopping dulu ni?" soal Andy sambil menarik tanganku dan melilitkan dilengannya. Aku cuma tergelak.
"Saya tak kesah. Ikut awak lah." kataku.
"Okay. Awak shopping dulu, lepastu penat kita makan. Kalau nak sambung shopping, shopping lepastu teman saya beli barang saya pulak."
Aku malas nak tanye pasal gaji yang dia kata belum dapat tapi dia nak shopping. Aku malas nak amik kesah. Aku pun tak kesah dia banyak duit ke tak, papa ada duit, aku pun ada duit. Jadi aku tak kesah.
"Okay." lalu aku menariknya kedalam satu butik untuk membeli baju kerja. Aku membelek satu persatu dan menyuruh Andy melabuhkan punggung diam sofa didalam butik itu.
Aku pilih mane yang lawa pada mataku dan menyuruh Andy pilih mane yang paling lawa. Walaupun sebenarnya aku mahu membeli kesemuanya, tapi saje je nak suruh Andy buat pilihan.
Andy memilih baju kemeja putih dan kain ketat hitam yang panjangnya hanya sampai paras lutut dan terbelah di bahagian belakang dengan blazer hitam.
Pilihan yang bagus. Aku pun pilih yang sama. Tiba tiba Andy bersuara "Bila start kerja?"
"Lagi seminggu."
"Ohhh."
Selepas puas shopping, kiteorng makan. Semasa aku nak bayar, tiba tiba cashier cakap dah ada orang bayar. Pelik jugak. Tapi aku biar jelah. Alhamdulillah takyah nak keluar duit hihi. Lepastu teman Andy pula beli barangnya.
Andy membeli perfume. Dia menyuruh aku memilih antara 3 perfume itu. Aku pilih bau yang tidak terlalu kuat tidak terlalu lembut. Cukup buat aku kenal bau dia.